KOTA KINABALU: Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Timur Sabah dari tengah hari tadi, telah pulih sepenuhnya pada 5.24 petang, menurut Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) dalam kenyataan di sini hari ini.

"Sabah Electricity berterima kasih atas kesabaran pengguna yang terkesan. Sabah Electricity juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi," menurut kenyataan itu.

Gangguan terbabit melibatkan Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Beluran, dan Kinabatangan berlaku pada 12.14 tengah hari.

Pengguna dinasihatkan untuk menghubungi Sabah Electricity Careline 15444 atau 088-515000 untuk maklumat lanjut.

-- BERNAMA