SHAH ALAM: Sebuah kilang memproses ayam sejuk beku di Tanjung Karang didenda sebanyak RM35,000 selepas didapati gagal mematuhi had piawai yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata denda berkenaan dikenakan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam di sini hari ini.
"Hakim Razali Ariffin telah menjatuhkan hukuman itu terhadap wakil syarikat selaku Orang Kena Saman yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Nor Aziah pada 27 Februari 2019, syarikat berkenaan didapati telah melepaskan efluen perindustrian melebihi had piawai bagi satu parameter di bawah Peraturan 11(1)(b), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 iaitu kandungan pepejal terampai mempunyai kepekatan sebanyak 190 migram seliter (mg/l) melebihi had kepekatan yang dibenarkan iaitu 100 mg/l.
"Berdasarkan fakta kes dan eksibit-eksibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, Hakim Razali telah menjatuhkan hukuman dengan denda sebanyak RM 35,000.00.
Terdahulu, pegawai pendakwa Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor, Nor Faizura Mohd Ali dan Mohd Ridzuan Zainal memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal berdasarkan pertimbangan ke atas kepentingan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 19 2021

Kilang tersebut gagal mematuhi had piawai yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tiga cedera, silinder gas meletup
Seorang pekerja patah kaki manakala dua lagi cedera ringan dalam insiden letupan silinder gas di sebuah kilang pembuatan dan penyelesaian komponen elektronik di Pulau Pinang.

Terhidu gas beracun: Seorang maut, seorang kritikal, 6 dalam pemantauan
Sebuah kilang di Perai diarah tutup selepas insiden pekerja terhidu gas beracun dari bahan kimia berbahaya, pada Rabu lalu.

JKDM tegas tangani dakwaan pegawai, anggota peras ugut
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan anggota jabatan itu sekiranya didapati terlibat dalam perbuatan peras ugut di sebuah kilang di Kapar, Selangor.

Eve Energy di Kedah diuar-uar jadi pembekal bateri ke-6 Tesla
Menurut laporan LatePost, kilang Eve Energy di Malaysia dijangka mula membekalkan bateri simpanan tenaga kepada Tesla US pada 2026.

Dua maut, 10 lagi cedera dalam letupan kilang di AS
Letupan berkenaan menyebabkan sebahagian daripada bangunan kilang runtuh dengan pekerja masih di dalam.

Pencemaran bau: Dua kilang di Nibong Tebal diarah henti operasi serta-merta
MBSP mendapati kilang terbabit masih beroperasi hingga secara berterusan menyebabkan gangguan kepada penduduk.

Dua penjenayah maut ditembak polis di Pulau Pinang
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.20 pagi ketika sepasukan polis sedang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan.

Angkara mulut, lelaki bunuh rakan sekerja
Kejadian bermula dengan pergaduhan mulut antara kedua-dua mereka.

Kilang farmaseutikal di India meletup, 15 terbunuh
Angka kematian setakat ini mencecah 15 orang dan berkemungkinan meningkat dengan hampir 40 orang cedera.

10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.