ANDHRA PRADESH: Sekurang-kurangnya 15 terbunuh dalam satu letupan pada Rabu di sebuah kilang pembuatan farmaseutikal di Andhra Pradesh, selatan India.

Angka kematian setakat ini mencecah 15 orang dan berkemungkinan meningkat dengan hampir 40 orang cedera.

Menurut penguasa polis daerah, operasi menyelamat sedang dijalankan.

Kebakaran berlaku pada sebelah petang di unit pembuatan Escientia Advanced Sciences milik persendirian seluas 40 ekar.

Kilang berkenaan telah beroperasi sejak 2019 di daerah Anakapalli di negeri itu.

Setakat ini tiada kenyataan dari syarikat berkenaan.

Kerajaan negeri telah mengarahkan siasatan berhubung insiden itu.

Yahun lalu, dua orang terbunuh dan lima lagi cedera dalam kemalangan kebakaran serupa yang berlaku di reaktor pelarut di kilang Sahithi Pharma di daerah Anakapalli.