Khaled menerusi perkongsiannya di Facebook berkata antara yang dibincangkan adalah mengenai mengembangkan keupayaan industri pertahanan tempatan selari usaha negara ke arah pertahanan berdikari (self-reliance).
"Thales ialah sebuah syarikat multinasional Perancis terkemuka dalam sektor aeroangkasa, pertahanan dan keselamatan.
"Saya percaya matlamat yang ingin dijayakan ini dapat dibantu pemain industri global seperti melalui pemindahan teknologi dan Program Kolaborasi Industri (ICP)," katanya.
Beliau turut berharap hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua pihak dapat ditingkatkan dan memberikan manfaat kepada industri pertahanan tempatan dan negara.
-- BERNAMA