KUALA LUMPUR: Boikot, Penjualan, Sekatan (BDS) memaklumkan restoran makanan segera, KFC tidak pernah masuk dalam kempen boikot kumpulan pro-Palestin itu.
Pengerusi BDS Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail menegaskan mereka tidak pernah sesekali membuat kempen terhadap rakyat Malaysia untuk memboikot KFC dari dahulu sehingga sekarang.
"McDonald's (McD) pun dulu tidak masuk senarai, tetapi terpaksa dimasukkan dalam senarai apabila cawangan di Israel memberi makan percuma kepada tentera Zionis Israel.
"Seluruh dunia marah terhadap McD sebab tindakan itu, yang tidak disekat oleh McD Corporation.
"Alhamdulillah KFC tidak pernah melakukan tindakan sama dan sebab itu tidak perlu dimasukkan dalam senarai boikot," katanya dalam satu hantaran di Facebook BDS Malaysia di sini, pada Ahad.
Mohd Nazari berpendapat, pelanggan sudah tidak ke restoran makanan segera itu berkemungkinan harganya yang semakin meningkat.
"Saya dapati ada pelanggan yang merungut dan tidak mahu beli lagi kerana mahal dan bukan kerana isu Palestin pun," jelasnya.
Gerakan BDS dimulakan pada tahun 2005 atas kesedaran bahawa kerajaan-kerajaan di dunia, terutama sekali kerajaan Amerika dan Eropah tidak boleh diharapkan untuk membantu dalam perjuangan membebaskan warga Palestin dari cengkaman zalim Zionis ke atas mereka.
Oleh itu gerakan BDS membuat keputusan untuk mengembeling sokongan dari rakyat biasa dari seluruh dunia yang mempunyai hati nurani serta membenci kezaliman yang dilakukan terhadap warga Palestin.
Gerakan itu mendapat inspirasi dari kejayaan usaha pemboikotan oleh masyarakat antarabangsa terhadap negara Afrika Selatan kerana amalan apartheidnya terhadap warga berkulit hitam.
Umavathi Ramayah
Sun May 26 2024

Boikot, Penjualan, Sekatan (BDS) memaklumkan restoran makanan segera, KFC tidak pernah masuk dalam kempen boikot kumpulan pro-Palestin itu. - Gambar fail/REUTERS

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kekejaman Zionis: WMCQP ketuai NGO Malaysia, desak AS hentikan sikap munafik
MWCQP pada Isnin, mengetuai beberapa NGO, menggesa AS untuk menghentikan sikap hipokrit dan sentiasa melindungi rejim Zionis Israel

KFC tak pernah ada dalam senarai boikot - BDS Malaysia
Boikot, Penjualan, Sekatan (BDS) memaklumkan restoran makanan segera, KFC tidak pernah masuk dalam kempen boikot kumpulan pro-Palestin itu.

McDonald's Malaysia saman NGO gerak kempen boikot
McDonald's mengesahkan tindakan itu dilaksanakan berdasarkan nasihat undang-undang luar, bagi melindungi hak dan kepentingan syarikat makanan segera itu.

Sayang Gaza, selamatkan Palestin - tabik Hitler bukan cara
BDS (Boycott, Divest, Sanction) Malaysia kutuk tindakan menunjuk gaya tabik Hitler (Hitler Salute) di pentas konvokesyen UMS oleh seorang graduan.