ALOR SETAR:Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hari ini menolak peletakan jawatan Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Presiden KFA.
Timbalan Presiden KFA, Datuk Abdul Rahman Abdullah berkata, keputusan dibuat pada mesyuarat khas jawatankuasa berkenaan setelah mengambil kira pencapaian baik yang ditunjukkan Menteri Besar Kedah itu dalam mentadbir dan menyelesaikan beberapa isu berbangkit sejak menerajui KFA.
"Pagi ini, Jawatankuasa Eksekutif KFA bagi sesi 2018-2022 telah mengadakan mesyuarat khas, membincangkan surat peletakan jawatan bertarikh 25 September lalu yang dihantar oleh Presiden KFA itu.
"Beliau (Muhammad Sanusi) menyatakan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Presiden KFA berkuat kuasa 15 Okt ini, tetapi kita sebulat suara menolak peletakan jawatan itu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di sini.
BACA: Sanusi letak jawatan Presiden KFA berkuat kuasa 15 Oktober
BACA: KFA langsai baki tunggakan gaji pemain selama tiga bulan
Abdul Rahman berkata, tiada sebab kukuh untuk Muhammad Sanusi meletak jawatan selepas berjaya menyelesaikan beberapa masalah besar dalam persatuan itu dan secara tidak langsung telah memberi motivasi kepada pasukan Kedah yang kini merupakan pasukan kedua terbaik Liga Super.
Ditanya mengenai tindakan KFA sekiranya Muhammad Sanusi tetap dengan pendirian peletakan jawatan, Abdul Rahman berkata, mereka akan cuba merayu agar beliau terus memimpin KFA sekurang-kurangnya hingga tamat musim ini.
"Itu tempoh minimum yang kita minta tapi berharap beliau akan terus memimpin KFA hingga habis penggal iaitu pada 2022. Kita harap dia dapat pertimbangkan jawatan tersebut dan setakat ini Jawatankuasa Eksekutif KFA belum memikirkan calon lain bagi jawatan berkenaan," katanya.
Mengenai logo dan nama pasukan Kedah yang akan digunakan bagi saingan musim akan datang, beliau berkata, KFA telah membuka pertandingan mencipta logo kepada peminat pasukan Hijau Kuning tersebut.
"Sedia maklum, sebelum ini kita kesuntukan masa untuk buat permohonan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia. Logo sebelum ini cuma untuk pendaftaran dan logo sebenar akan diputuskan melalui pertandingan nanti.
"Bagi nama pasukan pula, setakat ini yang dipersetujui ialah Darul Aman FC tetapi sekiranya pihak yang memiliki pasukan hendak ubah nama, itu terpulang kepada mereka," katanya. - BERNAMA
BACA: "Darul Aman FC dipilih sebab tidak mahu jadi ayam goreng" - MB Kedah
Bernama
Sun Oct 11 2020

KFA berpendapat, tiada sebab kukuh untuk Muhammad Sanusi meletak jawatan selepas berjaya menyelesaikan beberapa masalah besar dalam persatuan itu. - Gambar fail

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pendakwaan memberitahu pihaknya tidak bercadang untuk meneruskan kes dihadapi Muhammad Sanusi.

Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam
Cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.

Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.

Kedah salur bantuan banjir RM500 kepada semua keluarga terjejas
Kerajaan Negeri Kedah akan menyalurkan bantuan RM500 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas banjir.

Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.

MB Kedah berpindah, kediaman terjejas banjir
Pekarangan kediaman itu mula dinaiki air dari Sungai Anak Bukit awal pagi semalam.

Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.

Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.

Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi
Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri ini.