JIKA ada perancangan untuk bertandang ke negeri Jelapang Padi, Kompleks Pasar Bisik di Kuala Muda merupakan antara lokasi yang perlu ada dalam senarai kunjungan.
Selain terkenal dengan hasil tangkapan laut yang segar, keunikan proses jual beli di pasar berkenaan memberikannya identiti tersendiri sejak sekian lama.
Bagi orang luar, urusan jual beli dengan cara 'berbisik' mungkin kelihatan asing bagi mereka, namun itulah budaya yang telah menjadi tradisi unik di pasar ini sejak puluhan tahun lalu.
Menariknya di sini, pembeli yang bijak membuat tawaran harga yang menarik akan berjaya membawa pulang hasil tangkapan yang diidamkan dengan harga yang munasabah dipersetujui bersama.
Menjengah ke pasar ini, Astro AWANI, mendapati pembeli mula menantikan kepulangan nelayan yang membawa pelbagai hasil tangkapan segar antara jam 9 hingga 10 pagi.
Menurut seorang nelayan yang juga penjual ikan, Zahir Ismail berkata, budaya yang telah diamalkan sekian lama itu menjadi satu keseronokan bagi mereka yang sudah biasa berurus niaga di Pasar Bisik.
"Memang menarik sebab tak ada di tempat lain (berbisik) jadi bila orang ramai datang memang akan jadi riuh.
"Bagi orang luar yang baru datang pun mereka akan rasa seronok sebab cara jualan begini memang tiada di tempat mereka," katanya ketika ditemui Astro AWANI yang membuat tinjauan rakyat sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah baru-baru ini.
Sementara itu, seorang pelanggan tetap di pasar berkenaan, Zainal Mat berkata, kualiti ikan di situ sememangnya tidak perlu dipersoalkan.
Apa yang penting katanya adalah bagaimana untuk 'memikat' hati nelayan untuk memperoleh harga yang berpatutan.
"Ikan memang segar kalau kita nak bandingkan dengan pasar yang lain sebab turun sahaja dari laut mereka (nelayan) akan terus bawa naik untuk jualan.
"Kena pandai bisik kalau nak dapatkan harga murah... jadi bagi pembeli yang dah biasa, mereka dah tahu harga dan kuantiti yang boleh mereka dapat," katanya.
Keunikan Pasar Bisik ini bukan sahaja menjadi tarikan pelancong dan penduduk setempat, namun ramai juga yang datang dari jauh semata-mata untuk membawa pulang hasil laut yang dijamin segar.
Di sebalik keunikan Pasar Bisik ini, ia juga pernah melakar sejarah hitam.
Tarikh 26 Disember 2004 menjadi detik tragis apabila kawasan ini turut musnah akibat tsunami.
Selain kemusnahan harta benda, bencana alam itu juga telah meragut beberapa nyawa di kawasan ini. Kesan bencana itu telah diabadikan melalui pembinaan Dataran Tsunami di sini.
Hilmi Malik
Mon Aug 07 2023

Budaya berbisik yang telah diamalkan sekian lama itu menjadi satu keseronokan bagi mereka yang sudah biasa berurus niaga di Pasar Bisik. - Gambar fail/ Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Keunikan Pasar Bisik jadi tarikan pelancong
JIKA ada perancangan untuk bertandang ke negeri Jelapang Padi, Kompleks Pasar Bisik di Kuala Muda merupakan antara lokasi yang perlu ada dalam senarai kunjungan.

Harga ikan kembung 'melambung' akibat kekurangan bekalan
"Harga belian ikan kembung sudah RM8 sekilogram berbanding hanya RM4 hingga RM5 sekilogram sebelum ini walaupun saiz agak kecil."

Gagal patuhi SOP, Pasar Bisik Kuala Penaga diarah tutup tujuh hari
SOP seperti penjarakan sosial, pemeriksaan suhu badan dan pendaftaran masuk serta keluar pengunjung tidak dilakukan secara terkawal.

Kaedah jual ikan secara berbisik dihentikan serta-merta
Keputusan menghentikan kaedah jualan ikan cara bisik hasil perbincangan dengan nelayan, wakil Kementerian Kesihatan dan penguatkuasa LKIM.