Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman menasihatkan semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini agar berkempen secara berhemah dan mengikut garis panduan undang-undang yang telah ditetapkan.
Ini termasuk memohon permit jika mahu mengadakan sebarang perhimpunan bagi memastikan kempen yang diadakan berjalan dalam suasana aman.
Tambahnya, dengan permohonan permit itu pihaknya akan melihat kesesuaian dari pelbagai sudut -- antaranya lokasi, lalu lintas dan keselamatan orang awam sebelum memberi sebarang kelulusan.
Rosli berkata pihaknya berharap semua parti politik memberi kerjasama yang baik dan sentiasa mematuhi peraturan serta tidak melakukan sebarang provokasi yang boleh mencetuskan kekacauan sepanjang tempoh tersebut.
"Jadi, kita ingin ingatkan apabila permit-permit itu ingin dipohon, pohon awal… jangan di saat akhir. Paling tidak, seminggu.
“Ini penting untuk memastikan bahawa tempat itu sesuai atau tidak sesuai, ada halangan lalu lintas ke tidak, dan keselamatan awam.
“Kita tidak mahu, tempat sama nanti ada parti parti lain yang berceramah di situ,” katanya pada sidang media Program Lawatan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sempena peringatan Hari Polis ke-211 hari ini.
Turut hadir ialah Pengarah HTAA, Dr Norazmi Abdullah, Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Jamaludin Kudin dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Othman Nanyan.
Sementara itu, Rosli turut berkata pihaknya juga telah mengenal pasti kumpulan tertentu dan akan memantau pergerakan mereka bagi mengelak keadaan huru-hara sepanjang tempoh kempen pilihan raya sehingga pada hari membuang undi.
Dalam pada itu, pada Program Lawatan ke HTAA berkenaan, Rosli bersama para pegawainya telah menziarahi pesakit dewasa dan kanak-kanak yang berada di Wad 4A di samping memberikan sumbangan berupa hadiah serta wang untuk menceriakan mereka.
Astro Awani
Tue Apr 10 2018

Rosli berkata pihaknya berharap semua parti politik memberi kerjasama yang baik dan sentiasa mematuhi peraturan. - Gambar fail/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pendekatan berhemah, waspada perlu dalam kes babitkan wartawan Bloomberg - Johan Jaaffar
Tan Sri Johan Jaaffar menggesa pihak polis untuk mengambil pendekatan berhemah, penuh waspada dan penuh pemahaman dalam mengendalikan kes membabitkan seorang wartawan Bloomberg, Ram Anand.

Perlu beri kesedaran agar rakyat guna air secara berhemah - Amlir Hayat
Usaha pendidikan tentang penggunaan air secara berhemah perlu dilaksanakan di peringkat sekolah untuk meningkat kesedaran dikalangan masyarakat.

Syarikat produksi swasta digalak hasil program didik penggunaan media sosial secara berhemah
KKMM) menggalakkan lebih banyak syarikat produksi swasta untuk bersama-sama mewujudkan program bagi mendidik orang ramai.

Mujahid ingatkan Asyraf Wajdi berhenti buat tuduhan liar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini mengingatkan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki supaya berpolitik secara berhemah.

Diskaun insurans untuk pemandu berhemah sedang dipertimbang - Anthony Loke
Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memberikan diskaun bayaran insurans kereta kepada pemandu berhemah mulai 2019.

Selangor kurangkan hampir 50 peratus defisit
Ini membuktikan kerajaan negeri tuntas berpegang kepada prinsip belanja secara berhemah dan mengelakkan ketirisan dan kecuaian.

Ketua Polis Pahang nasihat ahli politik kempen secara berhemah
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman menasihatkan semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini agar berkempen secara berhemah.

Najib harap rakyat berbelanja dengan berhemah sambut Syawal
Apa yang penting dan bermakna dalam menyambut Aidilfitri bukanlah kelengkapan baru, namun ikatan silaturrahim serta kekeluargaan.