SUBANG JAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menggalakkan lebih banyak syarikat produksi swasta untuk bersama-sama mewujudkan program bagi mendidik orang ramai menggunakan media sosial secara berhemah.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata kerjasama itu boleh dilakukan dengan agensi di bawah kementerian tersebut seperti CyberSecurity Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
"KKMM akan sentiasa memberi sokongan dalam pewujudan program sebegini sebab media sosial ini kalau disalah guna akan menyebabkan negara menjadi kelam-kabut dengan penyebaran fitnah," katanya ketika melancarkan program realiti 'Jari Neraka' terbitan syarikat Rentak Sehati Sdn Bhd.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi.
Pengurus Produksi Rentak Sehati Sdn Bhd Ahmad Qusairy Faudzi pula berkata Jari Neraka merupakan program realiti yang bertujuan memberi didikan dan pengajaran kepada warganet mengenai penyalahgunaan media sosial.
"Waktu sekarang ini kecaman, fitnah dan spekulasi menjadi satu kebiasaan dalam kalangan kita, nampak seperti tak ada apa tetapi pihak yang terlibat boleh mendapat depresi dan tekanan sehingga boleh menyebabkan kematian, sebab itu kita tidak mahu perkara ini berlaku," katanya.
Program itu akan disiarkan menerusi saluran YouTube syarikat berkenaan mulai semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 21 2022

Kecaman, fitnah dan spekulasi menjadi satu kebiasaan dalam kalangan kita. - Gambar hiasan
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

RUU588: Mengekang atau melindungi?
RUU 588 tidak bertujuan menyekat kebebasan media atau kreativiti pengamal media, tetapi lebih kepada melindungi rakyat daripada penyalahgunaan platform digital.

Kempen Klik Dengan Bijak anjur 569 program pada 2023, perangi maklumat palsu
Kempen Klik Dengan Bijak telah menganjurkan 569 program di seluruh negara pada 2023 dalam usaha memerangi penyebaran maklumat palsu dan disinformasi dalam media sosial.

Kontroversi filem Mentega Terbang: Kerajaan serah kepada Finas, SKMM buat siasatan - Menteri
Kerajaan menyerahkan SKMM dan Finas untuk menyiasat filem kontroversi Mentega Terbang yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia diperkemas, elak disalah guna
Kerajaan sedang mengkaji dan memperkemaskan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk memastikan skop dan penggunaannya tidak memberi ruang untuk disalahgunakan.

KKOM kini dikenali Kementerian Komunikasi dan Digital - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKOM) kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Digital, kata Menterinya Fahmi Fadzil.

Kurangkan beban pemuzik jalanan, K-KOMM akan bincang dengan beberapa kementerian
Perbincangan melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

PerantiSiswa ada sistem pengesan, tindakan boleh diambil terhadap penerima cuba jual - Annuar
Annuar menjelaskan, dengan ada sistem pengesan itu, pihaknya dapat mengetahui sama ada ia diguna oleh penerima peranti tersebut atau sebaliknya.

'RIUH BENOR!' sasar 20,000 pengunjung
Program Kembara RIUH Keluarga Malaysia (KRKM), 'RIUH BENOR!', akan berlangsung Jumaat hingga Ahad ini.

8 negeri jadi perintis bandar pintar hasil kerjasama K-KOMM, TM One
Ia bagi merealisasikan aspirasi ekonomi digital negara termasuk pembangunan bandar pintar di seluruh negara yang bermula di lapan negeri.

Kisah Setanggi Ratna Inderapura bakal difilemkan - Zahidi
Kisah sejarah srikandi Melayu, Sultanah Alam Shah atau Raja Ungu, yang terkenal dengan berpencak senjata dapat dijadikan pengajaran buat generasi muda.