Kesemua 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey menerima layanan baik daripada pihak penjara.
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien berkata, dalam pertemuan singkat bersama pegawai penjara, beliau dimaklumkan ketua mereka sanggup menggunakan wang poket sendiri untuk membeli makanan halal kepada empat tahanan Muslim.
"Saya diberitahu, kebajikan 47 tahanan dijaga dengan baik, makanan disediakan mencukupi dan ketua penjara turut membelanjakan wangnya untuk membeli bekalan makanan halal bagi tahanan Muslim.
"Saya turut diberitahu mengenai beberapa tahanan yang mengalami masalah kulit gatal dan perkara itu sedang ditangani pihak penjara. Pegawai perubatan yang turut serta dalam lawatan ini juga telah membekalkan ubat bagi mengatasi masalah berkenaan," katanya kepada Bernama News Channel di sini, pada Rabu.
Sng tiba di penjara berkenaan berkenaan bersama wakil media dan dua anggota keluarga kira-kira 10.30 pagi waktu tempatan setelah berlepas dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap.
BACA: Menteri Luar hubungi TPM Kemboja untuk pembebasan 47 rakyat Malaysia
Menurut Sng, setakat ini, hanya 25 keluarga telah berjumpa dan menghubungi beliau bertanyakan tentang kejadian yang menimpa mangsa lingkungan usia 19 hingga 44 tahun itu.
"Untuk lawatan singkat ini, hanya dua wakil keluarga yang dibawa. Keluarga mangsa yang tidak dapat turut serta bagaimanapun mengamanahkan saya untuk melihat keadaan anak mereka di sini. Segala maklumat mengenai keadaan dan kesihatan mereka akan saya sampaikan sebaik pulang ke Kuching, Sarawak nanti."
Sng berkata pada tahap ini terserah kepada pihak berkuasa kedua-dua negara untuk melakukan sesuatu agar kesemua tahanan dapat dibebaskan dengan kadar segera.
"Sekiranya mereka ditahan lebih lama, saya akan berusaha membawa beberapa lagi keluarga ke penjara untuk bertemu tahanan," katanya.
BACA: Wakil Malaysia berangkat untuk temui 47 yang ditahan di Kemboja
Khamis lepas, Sng dalam satu sidang media mendedahkan 47 rakyat Malaysia dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia ditahan di sebuah penjara di negara berkenaan.
Sebelum ini, pihak berkuasa Kemboja memaklumkan kepada Kementerian Luar, mereka ditahan kerana disyaki terbabit dengan aktiviti judi dalam talian secara haram. -- Bernama
Bernama
Wed Feb 13 2019
!['Ketua penjara keluar wang sendiri beli makanan halal untuk tahanan Muslim' 'Ketua penjara keluar wang sendiri beli makanan halal untuk tahanan Muslim'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81550059708_kemboja.jpg)
Antara 47 rakyat Malaysia yang kini dalam tahanan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey, Kemboja.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Pembebasan 47 warga Malaysia selesai ikut prinsip kedaulatan undang-undang Kemboja Pembebasan 47 warga Malaysia selesai ikut prinsip kedaulatan undang-undang Kemboja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81550374110_OknhaOthsmanHassan.jpg)
Pembebasan 47 warga Malaysia selesai ikut prinsip kedaulatan undang-undang Kemboja
Beliau berkata terdapat proses dokumentasi perlu dipatuhi terlebih dahulu memandangkan kesemua tahanan telah menginap lebih masa dan lapan daripadanya kehilangan pasport.
![47 rakyat Malaysia ditahan di Kemboja dijangka pulang mulai esok 47 rakyat Malaysia ditahan di Kemboja dijangka pulang mulai esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81550059708_kemboja.jpg)
47 rakyat Malaysia ditahan di Kemboja dijangka pulang mulai esok
Tumpuan utama kerajaan pada masa ini diberikan kepada usaha membawa pulang kesemua mereka dengan segera dan selamat.
![Terima kasih kepada kerajaan Kemboja yang beri kerjasama baik - TPM Terima kasih kepada kerajaan Kemboja yang beri kerjasama baik - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/61545036237_wanazizah.jpg)
Terima kasih kepada kerajaan Kemboja yang beri kerjasama baik - TPM
Kesemua warga Malaysia dibebaskan lewat petang Jumaat selepas beberapa rundingan dibuat dengan pihak kerajaan Kemboja dan Malaysia.
![47 warga Malaysia di penjara Kemboja dibebaskan 47 warga Malaysia di penjara Kemboja dibebaskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/41549554766_kemboja.jpg)
47 warga Malaysia di penjara Kemboja dibebaskan
Kesemua 47 warga Malaysia yang ditahan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey telah dibebaskan lewat petang Jumaat.
!['Ketua penjara keluar wang sendiri beli makanan halal untuk tahanan Muslim' 'Ketua penjara keluar wang sendiri beli makanan halal untuk tahanan Muslim'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81550059708_kemboja.jpg)
'Ketua penjara keluar wang sendiri beli makanan halal untuk tahanan Muslim'
Kesemua 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey menerima layanan baik daripada pihak penjara.
![Menteri Luar hubungi TPM Kemboja untuk pembebasan 47 rakyat Malaysia Menteri Luar hubungi TPM Kemboja untuk pembebasan 47 rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61541939965_SAIFUDDIN.jpg)
Menteri Luar hubungi TPM Kemboja untuk pembebasan 47 rakyat Malaysia
Datuk Saifuddin Abdullah telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Prak Sokhonn, pada Rabu.
!['Saya dipaksa belajar seni bela diri, dan kini saya bersyukur' 'Saya dipaksa belajar seni bela diri, dan kini saya bersyukur'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/81544615630_ChanRothana.jpg)
'Saya dipaksa belajar seni bela diri, dan kini saya bersyukur'
Chan Rothana, mempunyai reputasi mampu menentang segala kemungkinan, sama ada sebagai artis profesional seni mempertahankan diri mahupun sebagai seseorang yang dibesarkan dalam persekitaran mencabar.