Kesemua 47 warga Malaysia yang ditahan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey telah dibebaskan lewat petang ini selepas beberapa perundingan dibuat dengan pihak kerajaan Kemboja dan Malaysia.
Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican yang mengesahkan perkara itu berkata, keputusan meluluskan pembebasan itu dibuat oleh Perdana Menteri Kemboja Hun Sen setelah mendapati semua tahanan itu telah ditipu oleh sindiket ejen pekerjaan.
"Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Oknha Datuk Dr Othsman Hassan, kita sudah melihat dan meneliti semua perkara bahawa tahanan dari Malaysia telah ditipu terdaya oleh sindiket ejen perkerjaan.
"Kita juga melihat daripada segi hubungan diplomatik kedua-dua negara yang sudah lama terjalin," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Wisma Putra pada Khamis lepas mengesahkan laporan penahanan 47 rakyat Malaysia itu sejak 11 Dis tahun lalu atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian secara haram.
BACA: Tahanan Kemboja 'dipenjara' dalam banglo sebelum diberkas
BACA: 'Ketua penjara keluar wang sendiri beli makanan halal untuk tahanan Muslim'
Dr Mustapha berkata selain Wisma Putra, beberapa pemimpin dan wakil rakyat dari Sarawak turut berada di Kemboja beberapa hari lalu untuk membincangkan cara penyelesaian bagi membebaskan tahanan terbabit.
Dalam pada itu, ibu kepada salah seorang tahanan Zunita Sedini sebelum ini berkata, anaknya Yusuf Islam bersama 46 lagi rakyat Malaysia dijanjikan peluang pekerjaan dengan bayaran lumayan sehingga US$1,500 (lebih RM6,000), namun semuanya hanya sandiwara apabila setibanya di Kemboja mereka tidak mendapat pekerjaan yang dijanjikan.
Bernama
Fri Feb 15 2019

Sebelum ini, beberapa rakyat Malaysia yang ditahan di Kemboja mendakwa, mereka ditipu sindiket ejen pekerjaan. - Gambar fail
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Pembebasan 47 warga Malaysia selesai ikut prinsip kedaulatan undang-undang Kemboja
Beliau berkata terdapat proses dokumentasi perlu dipatuhi terlebih dahulu memandangkan kesemua tahanan telah menginap lebih masa dan lapan daripadanya kehilangan pasport.

47 rakyat Malaysia ditahan di Kemboja dijangka pulang mulai esok
Tumpuan utama kerajaan pada masa ini diberikan kepada usaha membawa pulang kesemua mereka dengan segera dan selamat.

Terima kasih kepada kerajaan Kemboja yang beri kerjasama baik - TPM
Kesemua warga Malaysia dibebaskan lewat petang Jumaat selepas beberapa rundingan dibuat dengan pihak kerajaan Kemboja dan Malaysia.

47 warga Malaysia di penjara Kemboja dibebaskan
Kesemua 47 warga Malaysia yang ditahan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey telah dibebaskan lewat petang Jumaat.

'Ketua penjara keluar wang sendiri beli makanan halal untuk tahanan Muslim'
Kesemua 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Penjara Provinsi Banteay Meanchey menerima layanan baik daripada pihak penjara.

Menteri Luar hubungi TPM Kemboja untuk pembebasan 47 rakyat Malaysia
Datuk Saifuddin Abdullah telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Prak Sokhonn, pada Rabu.

'Saya dipaksa belajar seni bela diri, dan kini saya bersyukur'
Chan Rothana, mempunyai reputasi mampu menentang segala kemungkinan, sama ada sebagai artis profesional seni mempertahankan diri mahupun sebagai seseorang yang dibesarkan dalam persekitaran mencabar.