Ketiadaan kemudahan internet boleh menyebabkan guru mengalami tekanan psikologi dan tidak dapat menjalankan tanggungjawab mereka, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah.
Keadaan ini, katanya, semakin ketara khususnya di kalangan guru yang dikehendaki berkhidmat di kawasan luar bandar di negeri itu yang kurang kemudahan bekalan elektrik, air dan jalan raya yang baik.
"Guru seperti manusia biasa dan keperluan psikologi mereka perlu diberi perhatian sepenuhnya," katanya selepas merasmikan Program Jelajah Psikososial di Jabatan Pendidikan Sarawak di sini, Selasa.
Beliau berkata perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara turut menjadi cabaran yang perlu ditangani para pendidik di negara ini kerana ada di kalangan mereka yang tidak mempunyai kemahiran untuk menghadapi perubahan yang memberikan tekanan kepada mereka.
Fatimah berkata program jelajah psikososial yang dianjurkan Bahagian Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pendidikan dapat memberikan manfaat yang luas bukan hanya kepada warga pendidik malah masyarakat secara keseluruhan.
"Sentuhan psikologi dan kaunseling ini sangat sesuai digunakan bagi membangunkan minda rakyat dalam pelbagai aspek terutamanya pendidikan dan kemahiran insaniah," katanya.
Sementara itu Setiausaha Bahagian Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pendidikan, Dr Ruziati Mior Ahamad Ariffin berkata di bawah program itu, kaunselor-kaunselor di peringkat bahagian itu akan berkongsi pengalaman dengan rakan sejawatan mereka di peringkat jabatan dan negeri dalam mencari idea dan strategi untuk melaksanakan program psikososial.
Program Jelajah Psikososial kali ini di Sarawak merupakan siri keempat sejak dimulakan Disember 2012, katanya.
Bernama
Tue Feb 18 2014

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah. --gambar arkib

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pendedahan awal kepada bahasa isyarat pupuk empati dalam kanak-kanak - Fatimah
Ini adalah penting untuk memupuk empati, rasa hormat dan keterangkuman dalam kalangan kanak-kanak.

Para SUKMA: Jadikan kekurangan sebagai pemangkin raih kejayaan
Setiap atlet perlu diberikan dorongan serta semangat agar dapat memberikan persembahan terbaik.

Ibu Nabil Zamanhuri sahkan anak meninggal akibat serangan jantung
Ibu penyanyi Allahyarham Nabil Zafril Zamanhuri, Fatimah Abdullah mengesahkan kematian anaknya pada pagi tadi disebabkan serangan jantung, berdasarkan hasil siasatan post mortem hospital.

Sarawak terima 1,403 permohonan kewarganegaraan individu bawah 21 tahun
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak menerima 1,403 permohonan kewarganegaraan melibatkan kanak-kanak dan individu berusia 21 tahun ke bawah bagi tempoh 2018 hingga 2023.

Pemimpin Sarawak berduka atas kehilangan Tun Abdul Taib Mahmud
Sarawak telah kehilangan seorang lagi figura hebat dalam arena politik.

Miri venue Olimpik Khas Sarawak November depan
Fatimah berkata penubuhan Olimpik Khas Cabang Samarahan dan Bintulu dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Olimpik Khas Sarawak.

TTG atasi isu gelandangan di Bintulu siap tahun depan
TTG Bintulu itu satu daripada pusat bagi membantu gelandangan yang diwujudkan di bandar-bandar utama di Sarawak.

Pendekatan Sarawak perangi dadah raih anugerah, diiktiraf di peringkat antarabangsa
Usaha Sarawak dalam memerangi penyalahgunaan dadah telah mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Pengawasan Pengurangan Permintaan Dadah daripada ISSUP Global.

Sarawak aktifkan pangkalan hadapan hadapi musim kemarau
Sebelum ini, pangkalan hadapan di Sarawak hanya melibatkan bantuan bekalan makanan kering sewaktu musim banjir.

Sarawak setuju keluarkan dokumen sementara kepada individu tanpa kewarganegaraan
Kerajaan Sarawak bersetuju untuk mengeluarkan dokumen sementara kepada individu atau kanak-kanak tanpa kewarganegaraan berumur 21 tahun ke bawah yang lahir di negeri itu.