KUALA LUMPUR: Ibu penyanyi Allahyarham Nabil Zafril Zamanhuri, Fatimah Abdullah mengesahkan kematian anaknya pada pagi tadi disebabkan serangan jantung, berdasarkan hasil siasatan post mortem hospital.
Dalam pada itu, Fatimah memberitahu ia juga berkemungkinan berkait dengan stres (tekanan) termasuk cara pemakanan tidak teratur.
“Mungkin dia ada juga stres sikit-sikit... macam cara kita makan, (saya) faham kerja kadang-kadang tak sempat makan.
“Kadang-kadang makan benda yang tak patut, seperti makan fast food (makanan segera) yang contribute to the lifestyle (menyumbang kepada cara hidup).
"Doktor cakap it’s the lifestyle (ia berkait cara hidup). Benda tu kalau tahu awal boleh dirawat awal. Dia ada plan dah untuk buat medical check up (pemeriksaan kesihatan) tapi tak sempat,” katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Ahad.
Namun begitu, Fatimah tetap reda dengan pemergian anak keduanya itu pada hari ini.
Allahyarham Nabil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana pada jam 6.20 petang tadi.
Turut kelihatan di pengebumian Allahyarham Nabil adalah pengacara Nabil Ahmad, penyanyi Datuk Nora Ariffin dan penyanyi Lah Ahmad.
BACA: Bekas penyanyi, pengacara Nabil Zamanhuri meninggal dunia
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Adelia Citra Hapsari dan dua cahaya mata perempuan.
Faida Rahim
Sun May 26 2024

Ibu penyanyi Allahyarham Nabil Zafril Zamanhuri, Fatimah Abdullah mengesahkan kematian anaknya pada pagi tadi disebabkan serangan jantung, berdasarkan hasil siasatan post mortem hospital. - Foto Astro AWANI/Faida Rahim
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Ibu Nabil Zamanhuri sahkan anak meninggal akibat serangan jantung
Ibu penyanyi Allahyarham Nabil Zafril Zamanhuri, Fatimah Abdullah mengesahkan kematian anaknya pada pagi tadi disebabkan serangan jantung, berdasarkan hasil siasatan post mortem hospital.

"Arwah alami kekejangan lepas solat Subuh" - Isteri Nabil Zamanhuri
Isteri Nabil Zamanhuri memaklumkan suaminya itu dipercayai mula menunjukkan tanda kurang baik ketika selesai menunaikan solat subuh, pagi tadi.

Bekas penyanyi, pengacara Nabil Zamanhuri meninggal dunia
Berita tersebut disahkan oleh kakaknya, Najihah Zamanhuri menerusi satu hantaran di platform Facebook.