KUALA LUMPUR: Lebih keterbukaan dalam pentadbiran kerajaan adalah penting untuk memastikan kepercayaan dan kerjasama orang ramai ke arah mencapai pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan secara keseluruhan, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Tan Sri Soh Thian Lai.
Soh dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata FMM juga mengharapkan sokongan dan penekanan secara berterusan terhadap penciptaan nilai yang kompetitif dan mampan.
"Persekitaran kawal selia yang mesra perniagaan dengan dasar berdasarkan empat prinsip utama iaitu kredibiliti, kejelasan, konsistensi dan kepastian akan memastikan kemudahan menjalankan perniagaan dan mengekalkan industri berdaya saing dan mampan serta terus berkembang.
"Pada masa yang sama, reformasi institusi dengan fokus berterusan terhadap kecekapan pentadbiran kerajaan dan memastikan tahap integriti tertinggi mesti berada di barisan hadapan dalam tindakan kerajaan di bawah konsep Madani," katanya.
Soh berkata pelancaran konsep Malaysia Madani oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis akan menggalakkan pendekatan kolaboratif yang inklusif dan holistik terhadap pembangunan dan merealisasikan tanggungjawab kerajaan dan rakyat termasuk komuniti perniagaan.
"Ini adalah ke arah mencapai pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat dengan membina di atas nilai teras kemampanan, kemakmuran, inovasi, rasa hormat, amanah dan belas kasihan," tambahnya.
Soh berkata prinsip teras utama konsep Madani adalah sama dengan amalan FMM terutamanya kerana tiga nilai teras iaitu ketelusan, integriti dan akauntabiliti diterapkan dalam budaya kerja FMM untuk memastikan ahlinya berdaya saing di peringkat global melalui komitmen berterusan ke arah kualiti dan kecemerlangan perkhidmatan.
Beliau juga berkata bahawa inovasi adalah perkara utama untuk menyokong amalan perniagaan yang mampan dan memainkan peranan penting dalam meletakkan asas pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang memacu produktiviti, meningkatkan daya saing serta meningkatkan prestasi perniagaan dan ekonomi yang akhirnya membawa kepada kesejahteraan rakyat.
"Pada masa yang sama, tadbir urus yang baik dan persekitaran perniagaan yang didorong oleh ketelusan, integriti dan akauntabiliti yang dibina berdasarkan nilai teras hormat-menghormati, amanah dan belas kasihan adalah penting untuk menyokong pertumbuhan perniagaan dan untuk kesejahteraan keseluruhan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 20 2023
Soh dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata FMM juga mengharapkan sokongan dan penekanan secara berterusan terhadap penciptaan nilai yang kompetitif dan mampan. -Gambar fail/BERNAMA
Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.
Saya satu-satunya yang anda ada, yang lain setakat bercakap - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menjawab mengenai dirinya yang dikaitkan dengan sebuah 'page' bola sepak yang mendakwa seorang pemain berpangkalan di Eropah mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.
Laporan DNA Cikgu Istiqomah siap, diserah kepada pendakwaan
Laporan bedah siasat dan dna guru sekolah, Istiqomah Ahmad Rozi sudah disiapkan dan diserah kepada pihak pendakwaan.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
'Saya kehilangan adik lelaki saya hari ini' - Fauziah Ahmad Daud
Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita sedih mengenai pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud akibat masalah batu karang dalam hempedu.
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Kemalangan jalan raya itu melibatkan dua kenderaan jenis Toyota Corolla Altis dan Cam Placer-X.
Mogok pekerja Starbucks merebak ke beberapa bandar di Amerika Syarikat
Pekerja Starbucks di Amerika Syarikat meluaskan mogok mereka ke Boston, Dallas dan Portland di tengah-tengah pertikaian buruh yang memuncak.
Aplikasi Files by Google terima integrasi Gemini untuk rumus fail PDF
Ciri ini memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan dokumen PDF tanpa perlu memuat naik fail ke dalam aplikasi Gemini.
Institusi perubatan awam makin parah - Gerakan
Parti Gerakan menyifatkan institusi perubatan awam dalam negara menghadapi gelombang besar dan parah.
Hospital kerajaan terbeban jika M40 batal polisi insurans - Sim Tze Tzin
Hospital kerajaan akan menjadi terlalu padat akibat pertambahan pesakit daripada golongan M40 yang tidak lagi mampu membayar polisi insurans.
Gangguan seksual di UA perlu bukti, fakta diperoleh melalui kaedah tepat
Sebarang dakwaan berhubung gangguan seksual hendaklah berasaskan kepada bukti dan fakta yang diperoleh melalui kaedah tepat dan boleh dipercayai.
Sektor pembuatan bersedia untuk pertumbuhan separuh kedua 2024 - FMM
Soh berkata, pengeluar sedang bersiap sedia bagi memenuhi lonjakan permintaan di dalam dan luar negara, dibantu oleh peningkatan nilai ringgit.
Belanjawan 2025 : Turunkan cukai korporat, sedia insentif bagi sektor utama - FMM
FMM menggesa kerajaan mempertimbang langkah pengurangan cukai korporat dalam Belanjawan 2025 bagi mengekalkan daya saing Malaysia dalam usaha menarik pelaburan asing.
Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM
Ia membantu mengelak kejutan terhadap perniagaan terutama yang mungkin tiada fleksibiliti kewangan untuk menyerap kenaikan kos buruh.
Mekanisme levi pelbagai peringkat perlu dilakukan seiring dengan permohonan pekerja asing dalam talian - FMM
Ini akan mengukuhkan keseluruhan proses pengambilan pekerja asing di Malaysia, dan tindakan itu penting untuk menerima pakai lebih banyak teknologi, kata FMM.
Ekonomi Malaysia bakal pulih dengan sokongan eksport - FMM
Data PMI memberi isyarat bahawa aktiviti pembuatan kembali rancak dan berada di landasan untuk mencatatkan pemulihan beransur-ansur.
FMM syor kerajaan tubuh majlis MADANI perkukuh kerjasama sektor awam-swasta
Presiden FMM Tan Sri Soh Thian Lai berkata langkah itu akan membantu menyelaraskan usaha negara dengan nilai-nilai MADANI yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri.
Peningkatan Malaysia dalam senarai pemantauan pemerdagangan orang mudahkan akses pasaran antarabangsa - FMM
Laporan TIP tahunan Jabatan Negara AS yang dikeluarkan minggu lepas menyaksikan Malaysia naik kepada Senarai Pemantauan Tahap 2 daripada Tahap 3 sebelum ini.
FMM akan bekerjasama dengan China dalam pelbagai bidang
FMM akan bekerjasama dengan CCPIT dan CCOIC untuk memperkukuh hubungan perniagaan serta kerjasama antara Malaysia dan China.
Pembekuan permohonan pekerja asing akan jejas produktiviti negara - FMM
Pembekuan permohonan pekerja asing akan menjejaskan produktiviti dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kata FMM.
Tiada komitmen dari EU mengenai kebimbangan terhadap peraturan penebangan hutan - MPOC
MPOC akan terus dapatkan penglibatan dalam EUDR, dan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menentang diskriminasi terhadap minyak sawit.