KUALA LUMPUR: Malaysia perlu terus mengambil langkah berkecuali namun proaktif susulan ketegangan yang berlaku di antara China dan Amerika Syarikat.
Menurut Penganalisis Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, dalam hal ini, Malaysia selaku anggota negara ASEAN perlu aktif menyuarakan desakan untuk satu penyelesaian secara aman dilakukan.
“Malaysia perlu teruskan ambil pendekatan berkecuali cuma kita jangan pasif, kita perlu aktif dalam isu ini.
“Dan peranan kita akan lebih kuat kalau kita bergerak dalam satu gabungan kolektif yang lebih besar.
"Peranan ASEAN sebenarnya lebih penting, Malaysia bersama-sama ASEAN boleh mewujudkan jalan penyelesaian dalam isu ini dengan berinteraksi dengan China, Amerika termasuk Taiwan,” jelasnya.
Bagaimanapun beliau menyifatkan tindakan ketenteraan yang diambil China ke atas Taiwan ketika ini adalah hanya reaksi semasa dan tidak akan berlanjutan seperti krisis yang berlaku di antara Rusia dan Ukraine.
“China menyedari bahawa mereka mempunyai hubungan ekonomi yang rapat dan kuat di negara-negara Asia Tenggara.
"Pelaburan China dengan Asia Tenggara berjumlah hampir AS$700 bilion dan laluan perdagangan di Laut China Selatan bernilai AS$5 trilion.
“Kalau perang berlaku ini menjejaskan dagangan mereka dan kalau berlanjutan ia memberi impak dagangan di Asia Tenggara, inilah impak yang China tak mahu dan Amerika pun tak mahu kerana ia akan memberi kesan kepada ekonomi dunia,” katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau melihat ASEAN perlu mainkan peranan aktif dalam konteks diplomasi, kerana China rakan dagangan terbesar ASEAN, dan China mahu negara-negara ASEAN bersahabat dengannya.
Taiwan kini dikatakan telah terputus dari dunia luar disebabkan latihan ketenteraan China selepas Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi meninggalkan pulau itu pada Rabu.
Ketika ini, laporan antarabangsa menyebut, China melancarkan latihan ketenteraan besar-besaran yang julung kali membabitkan tembakan peluru hidup di enam kawasan sekeliling Taiwan.
Azyyati Ahmad
Fri Aug 05 2022
Taiwan kini dikatakan telah terputus dari dunia luar disebabkan latihan ketenteraan China selepas Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi meninggalkan pulau itu pada Rabu. -AP
Warga emas 70 tahun rugi lebih RM170,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas berusia 70 tahun kerugian RM176,500 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pantau Agenda Reformasi: Pilihan Amerika Syarikat, masa depan Malaysia
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai kesan keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat kepada agenda pembangunan dunia dan Malaysia secara menyeluruh.
Pavilion Malaysia dilancar cerminan pembangunan lestari, kepelbagaian
Pavilion yang diberi nama Rumah Malaysia itu dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di Kaherah, Mesir.
Pekerja Boeing tandatangani persetujuaan
Selepas piket selama tujuh minggu, Kesatuan Pekerja Boeing akhirnya menandatangani persetujuan dengan syarikat pengeluar pesawat itu.
Penswastaan MAHB dianggap positif, bakal tingkatkan prestasi
Keputusan itu satu langkah positif ke arah meningkatkan prestasi keseluruhan lapangan terbang negara.
Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin 6 warga Malaysia disyaki miliki dadah
Mahkamah Narathiwat telah menolak permohonan ikat jamin bagi kesemua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman semalam kerana disyaki memiliki dadah.
Pelabur asing jual RM1.77 bilion ekuiti tempatan Oktober 2024
Firma penyelidikan Maybank Innvestment Bank, perubahan itu didorong ketidaktentuan susulan serangan iran ke atas Israel, serta pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada November.
Pantai timur Sabah selamat, terkawal - Shamsul Anuar
Situasi keselamatan di kawasan pantai timur Sabah adalah selamat dan terkawal, walaupun terdapat 14 negara yang masih belum menarik balik nota nasihat perjalanan yang melarang rakyat mereka daripada melancong ke kawasan tersebut.
China akan terus perjuang keterbukaan, tolak unilateralisme
Perdana Menteri China, Li Qiang dalam ucapannya di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) Ke-7, berkata China akan terus menaik taraf zon perdagangannya dan meneroka kerjasama baharu.
Sektor perkhidmatan China berkembang pantas
Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Caixin / S&P Global negara itu dicatatkan pada 50.3 mata bagi Oktober, pertumbuhan kadar tertinggi dalam tempoh tiga bulan.
Persaingan sengit Kongres AS, tiada parti dijangka raih majoriti besar - Laporan
Parti Demokrat dan Republikan dijangka tidak memperoleh majoriti besar dalam Kongres semasa pilihan raya legislatif pada Selasa, lapor Agensi Berita Anadolu memetik laporan media tempatan.
Pesawat pengebom B-52 milik Amerika Syarikat tiba di Asia Barat
Pesawat pengebom B-52 milik Amerika Syarikat tiba di Asia Barat, menurut Komando Pusat AS (CENTCOM).
Harris dahului dengan sokongan tipis ketika pengundian semakin hampir - Laporan
Menurut laporan media, Harris memperoleh sokongan sebanyak 48 peratus, manakala Trump berada di belakangnya dengan 47 peratus dalam tinjauan.
Harris boneka Biden, Trump lebih bijak tangani konflik global - Penganalisis
Beberapa konflik global terutama isu di Gaza serta kemelut Rusia-Ukraine dijangka dapat diselesaikan segera sekiranya calon Republikan, Donald Trump memenangi Pilihan Raya Presiden AS, 5 November ini.
AS umum hantar lebih banyak pasukan, aset tentera ke Asia Barat di tengah ketegangan
Amerika Syarikat umum untuk menghantar lebih banyak pasukan serta aset ketenteraan ke Asia Barat bagi menangani peningkatan ketegangan di rantau itu.
Taufan Helene: Sampah sarap penuhi sepanjang jalan menuju pusat mengundi Asheville
Timbunan sisa sampah, kaca, dan kotak kadbod memenuhi sepanjang jalan raya menuju salah sebuah lokasi pusat mengundi utama di Asheville berikutan Taufan Helene pada Jumaat.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) malam ini dan pilihan raya presiden AS pada minggu depan.
Lebih 62 juta rakyat Amerika undi awal menjelang pilihan raya
Lebih 62 juta rakyat Amerika mengundi awal dengan lima hari lagi menjelang Pilihan Raya, menurut data yang diterbitkan pada Khamis.
Pengeluar dron terbesar AS dikenakan sekatan oleh China
Disebabkan sekatan ini, Skydio mengatakan pengeluaran mereka akan terjejas untuk beberapa bulan.
Hubungan ekonomi AS-Malaysia wujudkan 312,000 pekerjaan baharu - Kaunselor Ekonomi
Syarikat Amerika telah mengumumkan lebih RM200 bilion pelaburan baharu sejak 2021, dengan 72 peratus datang daripada syarikat Fortune 500.