MELAKA: Kestabilan politik yang teguh akan membawa perpaduan dan kemakmuran kepada seluruh rakyat, kata Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.
Beliau berkata kestabilan politik kekal menjadi faktor penting dalam pembangunan negeri dan tiada pelabur asing akan berminat melabur di Melaka sekiranya situasi politiknya tidak stabil.
"Justeru saya juga amat berharap agar wakil-wakil rakyat dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat (dalam) merangka dasar-dasar pembangunan negeri yang mampu menarik lebih banyak pelaburan demi pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Melaka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perasmian Pembukaan Persidangan Pertama, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Melaka ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.
Mohd Ali berkata kerajaan Melaka perlu mempelbagaikan usaha untuk menjana ekonomi negeri dengan menarik pelabur sama ada dalam dan luar negeri khususnya di koridor ekonomi Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ).
Beliau berkata kerajaan negeri harus memastikan pembangunan M-WEZ sepanjang 33 kilometer (km) di pesisir pantai negeri Melaka sebagai 'game changer' atau pengubah keadaan kepada pertumbuhan ekonomi Melaka.
"Saya berharap koridor ekonomi baharu ini akan melonjakkan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri sehingga dua peratus setiap tahun.
"Saya berharap kerajaan Persekutuan dapat memberi pengiktirafan kepada M-WEZ sebagai projek nasional dan menjadi satu daripada pemangkin pembangunan ekonomi negara serta menyalur peruntukan sewajarnya bagi membina dan menaiktaraf infrastruktur bagi menjana lebih banyak pelaburan ke M-WEZ," katanya.
Menurut Mohd Ali permintaan tinggi daripada pelabur untuk melabur di Melaka menyebabkan tanah industri di 22 kawasan perindustrian sedia ada semakin terhad, justeru Melaka Corporation (MCorp) diminta mengenal pasti lokasi berpotensi bagi membangunkan kawasan perindusstrian baharu berdasarkan keperluan kluster pelaburan.
Beliau berkata antara projek perindustrian baharu yang dirancang termasuk Hab Ekonomi Utara MCorp Hi-Tech Park seluas 2,023 hektar, pembesaran kawasan Industri Elkay di Lipat Kajang seluas 243 hektar dan kawasan perindustrian di koridor M-WEZ seluas 809 hektar.
"Selain itu, Invest Melaka mestilah memudah cara dan menguruskan kawasan perindustrian bagi memastikan pihak pelabur dan pekilang mendapat perkhidmatan terbaik.
"Peranan ini diyakini mampu untuk menghasilkan kepuasan kepada para pelabur di samping meningkatkan lagi keyakinan para pelabur dan pekilang untuk terus beroperasi di Melaka.
"Melaka juga mestilah menjadi destinasi 'easy and enjoy of doing business', oleh itu pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan permudahkanlah urusan para pelabur dan peniaga.
"Perbanyakkan lokasi perniagaan termasuk ruang niaga untuk penjaja yang lebih bersih dan selesa," katanya.
Mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas, Mohd Ali berkata beliau menyambut baik kesepakatan yang tercapai dalam kalangan pimpinan parti-parti Kerajaan Perpaduan yang selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan utuh.
Beliau berkata dengan demikian, kerajaan Persekutuan boleh menumpukan daya usaha untuk memperkuat tekad bagi menjamin kestabilan politik dan menjana pertumbuhan ekonomi sekali gus menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia.
"Saya ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 serta kepada seluruh barisan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan.
"Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, atas segala jasa dan sumbangan bakti beliau menerajui negara sebagai Perdana Menteri ke-9," katanya.
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Katil merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah Adly Zahari yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Adam Adli Abdul Halim yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023

Mohd Ali berkata kestabilan politik kekal menjadi faktor penting dalam pembangunan negeri dan tiada pelabur asing akan berminat melabur di Melaka sekiranya situasi politiknya tidak stabil. - Gambar/ Bernama
Pegawai farmasi disyaki hina Nabi Muhammad di laman sosial ditahan
Seorang pegawai farmasi yang disyaki memuat naik komen menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial baru-baru ini ditahan polis. #AWANInews

TNB tutup bekalan elektrik di beberapa lokasi banjir
Antara senarai pencawang elektrik yang ditutup dan masih terjejas akibat banjir membabitkan daerah Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Bayi umur sebulan diselamatkan dari runtuhan Gaza
Sejak subuh bayi itu menangis dan sesekali terdiam sehingga pasukan penyelamat berjaya mengeluarkannya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama GeeGee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
- Perkembangan banjir di tiga negeri
- Sekolah bertingkat diperkenal bantu masalah kepadatan
- KTMB sedia empat perkhidmatan ETS tambahan sempena raya
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di tiga negeri
- Sekolah bertingkat diperkenal bantu masalah kepadatan
- KTMB sedia empat perkhidmatan ETS tambahan sempena raya
#AWANIpagi #AWANInews

Dua beranak maut motosikal dirempuh pacuan empat roda
Penunggang motosikal Honda EX5 Mohd Nazri Mohd Nor dan anaknya Muhammad Hamas meninggal dunia di Hospital Besut pada 10.30 malam.

Hamas dakwa lancar roket ke Tel Aviv
Serangan tersebut adalah tindak balas terhadap "pembunuhan beramai-ramai Zionis terhadap orang awam".

Harimau Malaya masih di bawah jagaan FAM - Noor Azman
Sebaliknya, skuad negara yang kini sedang melalui proses revolusi, masih berada di bawah bidang kuasa FAM selain mendapat bantuan Tunku Mahkota.

Pusingan baharu rundingan Rusia-AS akan berlangsung di Riyadh pada 24 Mac
Yury Ushakov mengumumkan bahawa pusingan baharu rundingan antara Rusia dan AS akan diadakan pada 24 Mac di Riyadh, Arab Saudi.

Alvin Tan peroleh suaka dari AS
Alvin berkata, kelulusan itu diperoleh selepas beberapa bulan berada dalam tahanan imigresen di negara berkenaan.

Israel menggila, ragut 91 lagi nyawa rakyat Palestin
Tindakan ini secara efektif menamatkan gencatan senjata yang telah berlangsung selama dua bulan.

Tun Mohd Ali angkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka
Tun Mohd Ali Rustam mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ke-7 bagi penggal kedua hari ini.

Kestabilan politik bawa perpaduan, kemakmuran kepada rakyat - Mohd Ali
Kestabilan politik yang teguh akan membawa perpaduan dan kemakmuran kepada seluruh rakyat, kata Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

Tun Mohd Ali dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi Pembangunan oleh USM
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi Pembangunan (Hon. D. Dev. Econs) oleh Universiti Sains Malaysia (USM), pada 29 Mac ini.

Barisan Exco Negeri Melaka angkat sumpah petang ini
Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia barisan Exco Negeri Melaka bakal berlangsung kira-kira jam 3 petang ini.

Majlis angkat sumpah Exco Melaka dijangka esok
Majlis angkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka dijangka berlangsung petang esok selepas mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.

Politik Melaka: PKR tolak PRN dan darurat, desak Kabinet nilai keputusan pembubaran DUN - Shamsul Iskandar
PKR berharap Kabinet dapat melihat kembali keputusan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Politik Melaka: Surat bubar DUN diserahkan sehari sebelum empat ADUN tarik sokongan - Mohamad Ali
Mohamad berkata itu sebab pembubaran berlaku selepas sidang media itu.