KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengesan 8,669 kes kesalahan cermin gelap menjadikan ia kesalahan paling tinggi dikesan di negeri itu sepanjang operasi dijalankan tahun lalu.
Pengarahnya, Zulkarnain Mat Yasin berkata, kebanyakan pemilik kenderaan yang ditahan mengakui faham syarat peratusan ketelusan cahaya yang ditetapkan namun memberi pelbagai alasan tidak munasabah.
Ada yang memberikan alasan cuaca panas dan faktor keselamatan barangan yang disimpan dalam kenderaan, namun ia dilihat tidak munasabah kerana terdapat jenis cermin gelap atau tinted kalis haba walaupun tidak kalis cahaya.
"Alasan yang diberikan ini tidak kukuh malah menunjukkan ia lebih kepada faktor imej dan hanya inginkan kereta kelihatan cantik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Ahad.
Selain itu, beliau memberitahu, terdapat juga pengguna terpengaruh dengan label 'lulus JPJ' yang dipamerkan kedai aksesori kenderaan.
Namun katanya, pihak JPJ tidak pernah meluluskan mana-mana jenama tinted kerana ia bergantung kepada jenis tinted dan cara pemasangan.
"Pemasangan tinted perlu mematuhi 70 peratus ketelusan cahaya bagi cermin depan atau windscreen, 50 peratus (pemandu/penumpang) serta 0 atau pelbagai peratus bagi cermin penumpang belakang dan cermin belakang.
"Jika dipasang pada cermin yang sedia ada gelap (factory made) ia akan menambahkan lagi peratusan ketelusan cahaya sekaligus menjadikan cermin semakin gelap," ujar beliau.
Zulkarnain berkata, selain cermin gelap, kesalahan tiada lesen memandu merupakan kesalahan kedua tertinggi (6,504 kes), lesen kenderaan motor tamat tempoh (6,384), tiada perlindungan insurans (4,463), nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (3,687) dan selebihnya melibatkan kes-kes di pusat pemeriksaan Puspakom yang tamat tempoh.
"Sebanyak 224,760 kenderaan diperiksa sepanjang tahun lalu. Daripada jumlah itu sebanyak 29,949 kenderaan diambil tindakan melibatkan 6,943 buah motosikal, motokar (9,700), bas dan lain-lain kenderaan (2,057).
"Jumlah notis saman JPJ (JPJP22) dikeluarkan melibatkan 33,575 kes, notis saman JPJ (P23) sebanyak 177 dan lain-lain notis sebanyak 26,270," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, JPJ Terengganu merekodkan kutipan hasil sebanyak RM71.6 juta sejak Januari hingga November tahun lalu.
Menurutnya, jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding sebanyak RM61.3 juta pada 2021.
"Antara faktor kenaikan kutipan itu termasuk peningkatan tahap kesedaran pengguna dari segi pembayaran hasil dan tender yang dikeluarkan," kata beliau. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 01 2023

Zulkarnain (kiri) ketika Operasi Khas Ambang Tahun Baharu 2023 di Kuala Nerus pada malam Ahad. -Foto Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Larangan cermin gelap bidang kuasa MOT - Nancy
Cadangan melaksanakan larangan cermin gelap bagi mengelakkan kes kecuaian meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan persendirian hingga menyebabkan kematian, hanya boleh diputuskan MOT.

HSR: Kerajaan teliti model pelaksanaan baharu - Loke
Kerajaan sedang mengkaji model pelaksanaan baharu bagi meneruskan cadangan pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.

Ingkar peraturan cermin gelap boleh didenda, penjara - JPJ
Pemandu atau pemilik berdaftar kenderaan yang melanggar peraturan cermin gelap boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan bagi kesalahan pertama.

JPJ diarah hadkan kemasukan kenderaan cermin gelap dari Thailand
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui kemasukan kenderaan sebegitu memberi masalah kepada negara dan perlu ada penguatkuasaan untuk menghadkannya.

Kesalahan cermin gelap paling tinggi dikesan di Terengganu
Kebanyakan pemilik kenderaan yang ditahan mengakui faham syarat peratusan ketelusan cahaya yang ditetapkan namun memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

PDRM akur keputusan kerajaan berhubung peraturan baharu cermin gelap
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata pihaknya menghormati keputusan berkenaan.

Cermin gelap: Misi menyelamat mangsa kemalangan menjadi sukar - Penganalisis
Pemasangan cermin gelap tanpa had pada kenderaan menyumbang kepada peningkatan tahap kesukaran pihak penyelamat dalam misi menyelamat, sekiranya kenderaan tersebut terlibat dalam kemalangan.

JPJ, Miros perlu keluar hasil kajian cermin gelap
Kedua-dua agensi itu perlu menunjukkan statistik yang membuktikan kadar jenayah tiada kaitan dengan penggunaan cermin gelap agar kegusaran orang ramai dapat diatasi.

Tiada lagi had cermin gelap kereta
Kerajaan pada Selasa mengumumkan kebenaran penggunaan lapisan filem atau cermin gelap tanpa had pada cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan.

Peraturan baharu cermin gelap kenderaan diumum hari ini - Loke
Peraturan baharu mengenai penggunaan cermin gelap kenderaan akan diumum dalam satu sidang media selepas mesyuarat bersama Jabatan Pengangkutan Jalan.