JOHOR BAHRU: Cadangan melaksanakan larangan cermin gelap bagi mengelakkan kes kecuaian meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan persendirian hingga menyebabkan kematian, hanya boleh diputuskan Kementerian Pengangkutan (MOT).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata beliau telah menyuarakan cadangan mengenai perkara itu kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
"Bagi larangan cermin gelap yang dicadangkan orang ramai, itu terpulang pihak berkenaan (MOT) untuk melihat perkara ini yang merupakan satu daripada punca kepada kecuaian.
"Saya sebenarnya ada berbincang dengan Menteri Pengangkutan supaya melihat perkara ini sama ada ia perlu diambil tindakan, kerana kita tahu ini merupakan antara punca kepada kecuaian (terhadap kanak-kanak)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini.
Nancy sebelum ini dilapor berkata kementeriannya sedang mempertimbangkan cadangan untuk melarang penggunaan cermin gelap kenderaan bagi mengelak kematian kanak-kanak yang ditinggalkan di dalam kereta.
Cadangan itu, katanya dibuat berikutan tiga kanak-kanak meninggal dunia dalam tempoh dua bulan, selepas ditinggalkan bersendirian di dalam kenderaan.
Sementara itu, Nancy berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberikan khidmat kaunseling kepada keluarga seorang murid madrasah yang cedera dipercayai dirotan guru menggunakan batang paip polyvinyl chloride (PVC) di Sik Kedah baru-baru ini.
Menurut beliau bantuan itu diberikan susulan ibu mangsa yang dilaporkan mengalami trauma atas kejadian menimpa anaknya, sekali gus menjelaskan kes masih dalam siasatan pihak polis di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Mengenai statistik kes penderaan kanak-kanak, beliau berkata JKM menerima 5,216 laporan kes penderaan sejak awal Januari hingga Ogos lepas.
Pada tahun lepas pula, katanya JKM secara keseluruhan menerima 6,770 kes penderaan berbanding 6,144 kes pada 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023

Nancy Shukri berkata beliau telah menyuarakan cadangan mengenai perkara itu kepada Anthony Loke. - Gambar fail/Bernama
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
Malaysia gesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India
Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dalam beberapa bidang utama. Ia termasuk keselamatan siber, tadbir urus digital, perdagangan serta pembangunan mampan sejajar keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan keterangkuman dan kemampanan.
Vietnam kaji semula duit terhadap barangan AS
Vietnam sedang mengkaji semula duti terhadap barangan Amerika Syarikat termasuk gas asli cecair, produk pertanian, dan produk teknologi tinggi.
Thailand perlu turunkan cukai import ke atas barangan AS
Sebuah Kumpulan perniagaan Thailand menggesa Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra untuk berunding dengan Amerika Syarikat bagi menurunkan cukai import ke atas barangan dari negara barat itu
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.
Gesaan itu hadir dalam pertemuan di antara sektor swasta dan kerajaan thailand bagi membincangkan tentang impak polisi perdagangan Amerika.

Salah identiti: Mahkamah benar wang jaminan RM1 juta dikembalikan kepada ahli perniagaan
Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan warga Indonesia agar wang RM1 juta yang dibayar sebagai jaminan dikembalikan kepadanya.
Desas-desus Sri Mulyani letak jawatan tidak benar
Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati belum ada cadangan untuk meletak jawatan dari Kabinet Prabowo, kata Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Indonesia, Sufmi Dasco Ahmad
Pakar PBB beri amaran krisis makanan di Myanmar semakin parah
Myanmar berdepan krisis makanan pada tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dengan keadaan yang semakin merosot menjejaskan hak asasi manusia di seluruh negara itu, menurut PBB.h

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Larangan cermin gelap bidang kuasa MOT - Nancy
Cadangan melaksanakan larangan cermin gelap bagi mengelakkan kes kecuaian meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan persendirian hingga menyebabkan kematian, hanya boleh diputuskan MOT.

HSR: Kerajaan teliti model pelaksanaan baharu - Loke
Kerajaan sedang mengkaji model pelaksanaan baharu bagi meneruskan cadangan pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.

Ingkar peraturan cermin gelap boleh didenda, penjara - JPJ
Pemandu atau pemilik berdaftar kenderaan yang melanggar peraturan cermin gelap boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan bagi kesalahan pertama.

JPJ diarah hadkan kemasukan kenderaan cermin gelap dari Thailand
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui kemasukan kenderaan sebegitu memberi masalah kepada negara dan perlu ada penguatkuasaan untuk menghadkannya.

Kesalahan cermin gelap paling tinggi dikesan di Terengganu
Kebanyakan pemilik kenderaan yang ditahan mengakui faham syarat peratusan ketelusan cahaya yang ditetapkan namun memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

PDRM akur keputusan kerajaan berhubung peraturan baharu cermin gelap
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata pihaknya menghormati keputusan berkenaan.

Cermin gelap: Misi menyelamat mangsa kemalangan menjadi sukar - Penganalisis
Pemasangan cermin gelap tanpa had pada kenderaan menyumbang kepada peningkatan tahap kesukaran pihak penyelamat dalam misi menyelamat, sekiranya kenderaan tersebut terlibat dalam kemalangan.

JPJ, Miros perlu keluar hasil kajian cermin gelap
Kedua-dua agensi itu perlu menunjukkan statistik yang membuktikan kadar jenayah tiada kaitan dengan penggunaan cermin gelap agar kegusaran orang ramai dapat diatasi.

Tiada lagi had cermin gelap kereta
Kerajaan pada Selasa mengumumkan kebenaran penggunaan lapisan filem atau cermin gelap tanpa had pada cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan.

Peraturan baharu cermin gelap kenderaan diumum hari ini - Loke
Peraturan baharu mengenai penggunaan cermin gelap kenderaan akan diumum dalam satu sidang media selepas mesyuarat bersama Jabatan Pengangkutan Jalan.