IPOH: Kes penganiayaan atau pengabaian kanak-kanak bagi tempoh tiga tahun menunjukkan peningkatan di negeri ini menerusi data dari tahun 2020 hingga 2022.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan Koperasi, Salbiah Mohamed berkata, kes berkenaan terbahagi kepada empat jenis penderaan iaitu penderaan seksual, fizikal, emosi dan pengabaian, sama ada dibuang atau tiada ibu bapa.
Katanya, bagi tahun 2020, terdapat 332 kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak berlaku, disusuli dengan sedikit peningkatan pada tahun 2021 dengan 370 kes dan kes bagi maksud yang sama naik secara mendadak tahun lalu dengan 532 kes.
"Bagi kes sama untuk tahun semasa iaitu sehingga 30 November 2023, berlaku penurunan yang signifikan iaitu sebanyak 168 kes sahaja dilaporkan dan sedang diurus oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Kerajaan negeri sedar dan bersikap cukup kritikal terhadap kes berkaitan kanak-kanak ini yang sentiasa diberi perhatian yang secukupnya.
"Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi trend turun naik graf statistik kes penginayaan atau pengabaian kanak-kanak ini.
"Peningkatan mendadak berlaku pada tahun 2021 dan 2022 yang merupakan tahun pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat COVID-19.
"Dalam tempoh ini, tekanan dan kesulitan hidup rakyat yang terpaksa berkurung di rumah telah membuatkan emosi amat menekan sehinggakan kanak-kanak turut dijadikan mangsa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Isnin.
Bagaimanapun katanya, pola peningkatan kes tersebut tidak perlu dilihat sebagai satu sisi positif di mana timbulnya kesedaran yang tinggi dalam kalangan rakyat.
Jelas dapat dilihat, masyarakat mahu pun ibu bapa tampil untuk melaporkan kes itu kepada pihak berkuasa.
"Kesedaran yang menebal ini sudah pasti didorong oleh usaha yang berterusan oleh pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan, pujian harus kita zahirkan kepada semua agensi seperti JKM, bahagian D11 PDRM, WANITA Perak dan banyak lagi.
"Banyak usaha advokasi, kempen turun padang memberi penerangan malah melakukan tindakan susulan bagi kes-kes dan isu berkaitan kanak-kanak giat dilaksanakan," katanya.
Aida Aziz
Mon Dec 04 2023

Salbiah Mohamed ketika menjawab soalan lisan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15, di Bangunan Perak Darul Ridzuan. - Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PM New Zealand mohon maaf atas penganiayaan di pusat penjagaan
Permohonan maaf rasmi itu dibuat selepas pendedahan bahawa ribuan orang yang berada di bawah pusat penjagaan telah didera di negara itu.

Rakyat Palestin yang ditahan pihak berkuasa Israel hadapi seksaan, dianiaya - Laporan PBB
Mereka hadapi seksaan 'waterboarding', kurang tidur, renjatan elektrik, serangan anjing serta bentuk penyeksaan dan penganiayaan lain.

Kes penganiayaan, pengabaian kanak-kanak di Perak meningkat
Kes berkenaan terbahagi kepada empat jenis penderaan iaitu penderaan seksual, fizikal, emosi dan pengabaian.

Selangor disaran wujud polisi khas pelihara kucing, anjing
Langkah itu lebih wajar berbanding menyekat atau melarang penjualannya supaya dapat mengelak penganiayaan serta eksploitasi haiwan.

Kes Bella: Saya tidak dapat keluar kenyataan atas dasar perundangan - Ras Adiba
Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa mengikuti rapat perkembangan kes Bella meskipun secara peribadi tidak hadir ke perbicaraan.

Aniaya haiwan: Polis Kedah buka kertas siasatan
Polis terima dua laporan yang menyatakan tidak berpuas hati terhadap tindakan anggota MPKK terbabit yang dianggap kejam serta tidak berperikemanusiaan.

Kementerian teliti semula SOP di pusat asuhan elak penderaan kanak-kanak
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) di pusat asuhan atau taman didikan kanak-kanak (Tadika).

AS bakal tambah had kemasukan pelarian
Biden berkata masyarakat antarabangsa berhadapan cabaran apabila lebih 80 juta orang kini terpaksa melarikan diri di seluruh dunia.

Sidang Kemuncak ASEAN: Malaysia ulangi sokongan padu terhadap Palestin
Malaysia kekal mendukung perjuangan rakyat Palestin dan menyokong usaha mencari penyelesaian damai yang berkekalan dan adil dalam kancah Israel-Palestin sejajar dengan undang-undang antarabangsa.

Penyertaan Malaysia ke dalam ICC buka saluran undang-undang baru
Tragedi yang melibatkan pesawat Malaysia Airlines MH17 ini boleh dianggap sebagai satu jenayah berat kemanusiaan dan boleh dibawa ke pengetahuan ICC untuk proses perbicaraan.