SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor disarankan agar mewujudkan polisi khas kepada individu yang ingin mengambil kucing atau anjing sebagai haiwan peliharaan.
Aktivis haiwan jalanan, Mohd Noor Azhreen Shaari berkata, langkah itu lebih wajar berbanding menyekat atau melarang penjualannya supaya dapat mengelak penganiayaan serta eksploitasi haiwan.
“Anjing jalanan biasanya terdedah dengan penyakit sehingga mampu mengancam nyawa manusia dan mereka yang ingin mengambil haiwan jalanan akan mengeluarkan kos yang banyak antaranya perbelanjaan vaksin, proses memandulkan haiwan dan sebagainya.
“Jika dibeli di kedai haiwan terdapat eksploitasi di mana kucing-kucing ini dijual dengan harga yang mahal kerana mempunyai baka yang unik dan penjagaan yang rapi,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Pada 12 Jun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baharu Selangor, Ng Sze Han berkata, terdapat rancangan untuk melarang semua kedai haiwan peliharaan di Selangor daripada menjual kucing dan anjing bagi menggalakkan orang ramai mengambil haiwan peliharaan dari pusat perlindungan.
Ia bertujuan membantu negara mengurangkan kadar pembuangan haiwan peliharaan dan sekali gus menyokong pengambilan haiwan di pusat perlindungan sedia ada tanpa perlu melibatkan sebarang kos pembelian yang tinggi.
Dalam pada itu, Mohd Noor Azhreen berkata, langkah larangan itu tidak mengurangkan sepenuhnya pembuangan haiwan tetapi kerajaan negeri perlu menyediakan rang undang-undang terhadap mereka yang mengabaikan haiwan peliharaan.
Tambahnya, kempen kesedaran secara menyeluruh adalah penting bagi memupuk masyarakat mencintai haiwan dan bukan melakukan pengabaian sehingga menganiaya kucing atau anjing.
“Kesedaran ini penting bagi mereka membuat pilihan sama ada ingin memiliki haiwan peliharaan dari kedai haiwan atau mengambil kucing dan anjing jalanan untuk dijaga,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 14 2023

Kempen kesedaran secara menyeluruh adalah penting bagi memupuk masyarakat mencintai haiwan dan bukan melakukan pengabaian sehingga menganiaya kucing atau anjing. - Gambar hiasan

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
Malaysia gesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India
Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dalam beberapa bidang utama. Ia termasuk keselamatan siber, tadbir urus digital, perdagangan serta pembangunan mampan sejajar keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan keterangkuman dan kemampanan.

Selangor disaran wujud polisi khas pelihara kucing, anjing
Langkah itu lebih wajar berbanding menyekat atau melarang penjualannya supaya dapat mengelak penganiayaan serta eksploitasi haiwan.