IPOH: Mahkamah Majistret di sini hari ini memutuskan kes seorang ahli perniagaan didakwa membunuh pengawal keselamatan dua tahun lalu, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus membuat keputusan itu selepas permohonan Timbalan Pendakwa Raya Raya Fatin Hosna Mohamad Zikri yang memaklumkan semua dokumen, termasuk laporan bedah siasat dan kesihatan telah diterima.
Mahkamah turut membenarkan tertuduh, Ahmad Noor Azhar Muhammad, 34 tahun, diberi rawatan selepas peguam, Ariff Azami Hussein memaklumkan anak guamnya sering batuk dan kehabisan ubat asthma.
Mengikut kertas pertuduhan, ahli perniagaan itu didakwa membunuh pengawal keselamatan, S Thava Sagayam di Menara Majestic, Jalan CM Yusuff, Ipoh, antara jam 8 pagi dan 9.30 pagi pada 29 Dis 2020.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan awal, dia didakwa di bawah Seksyen 335 Kanun Keseksaan kerana menyerang pengawal keselamatan sebuah kondominium.
Bagaimanapun, pada 9 September tahun lalu, pertuduhan terhadapnya dipinda kepada membunuh selepas mangsa meninggal dunia 27 Ogos lalu.
Menurut Ariff Azami, pihak Mahkamah Tinggi dijangka menetapkan tarikh perbicaraan dalam tempoh dua atau tiga minggu.
Turut hadir di mahkamah, isteri mendiang Thava Sagayam, E Philomena, 59, bersama empat peguam pemerhati, M Kulasegaran, A Sivanesan, N Selvam dan Omar Kutty.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jan 12 2022

Ahmad Noor Azhar Muhammad ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini. - Foto Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Laporan bedah siasat Zayn Rayyan tidak boleh didedah kepada umum
Tidak semua hasil bedah siasat ke atas mayat Zayn Rayyan Abdul Matiin boleh didedahkan kepada umum.

Kes bunuh pengawal keselamatan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi
Mahkamah turut membenarkan tertuduh diberi rawatan selepas peguam memaklumkan anak guamnya sering batuk dan kehabisan ubat asthma.

Penghantar makanan warga Singapura didakwa bunuh isteri, anak tiri
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim, kerana kes berkenaan merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

3 Mei sebutan semula kes pelajar maut SUV terjunam ke laut
Tarikh baru dipohon berikutan mahkamah baru mendapat laporan bedah siasat berhubung kematian Moey Yun Peng dan perlu menunggu arahan pengarah pendakwa raya negeri untuk tindakan lanjut.