GEORGE TOWN: Sebuah lagi ladang ternak babi di Kampung Valdor, Seberang Perai Selatan (SPS), dekat sini ditutup bermula semalam ekoran kes baharu penyakit demam babi Afrika (ASF) dikesan di ladang berkenaan.
Penutupan yang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang itu, menjadikan dua kes terkumpul positif ASF membabitkan dua ladang ternakan babi di negeri itu, setakat ini.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata beliau telah dimaklumkan mengenai kes baharu ASF itu dan tindakan segera diambil untuk menutup ladang berkenaan bagi menjalankan kerja-kerja pelupusan lebih 1,000 ternakan di situ.
"Memandangkan di kawasan Valdor ada 42 ladang ternakan babi, jadi kita putuskan bencana ini dinaikkan taraf daripada daerah kepada negeri kerana pejabat daerah( SPS) mempunyai sumber yang terhad," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival LovePENANG, di Padang Kota Lama, di sini malam tadi.
Karnival julung kali diadakan itu yang dihadiri ribuan pengunjung adalah gabungan antara festival makanan tempatan, warisan, budaya dan hiburan untuk seisi keluarga.
Dalam pada itu, Chow berkata beliau juga telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Sayuthi Bakar mengadakan mesyuarat pengurusan bencana peringkat negeri hari ini bagi membincangkan isu ASF itu.
Menurutnya semua jabatan yang terlibat diharap dapat digembleng bagi mengambil tindakan segera mengawal wabak tersebut daripada merebak ke ladang ternakan babi lain sama ada di SPS atau daerah lain di Pulau Pinang.
"Kami juga berjumpa dengan wakil persatuan penternak untuk meminta mereka memberi kerjasama dan arahan selanjutnya akan dikeluarkan pihak pengurusan bencana negeri," katanya.
Sementara itu, Pengarah Veterinar Negeri Dr. Saira Banu Mohamed Rejab berkata JPV mengambil langkah segera dengan mengarahkan operasi ladang ternakan berkenaan ditutup serta merta selepas mendapat keputusan positif ASF pagi tadi.
"Setakat ini terdapat dua (kes) positif ASF ditemukan, jadi tindakan daripada JPV adalah sama iaitu akan tutup ladang, tindakan pelupusan (binatang ternakan) dan kesan pergerakan (lori mengangkut ternakan supaya tidak rentas daerah atau negeri)," katanya ketika dihubungi.
Katanya berdasarkan data bancian JPV negeri terdapat 124 ladang ternakan babi di Pulau Pinang membabitkan jumlah keseluruhan 267,348 ekor babi.
Pada Jumaat, Bernama melaporkan jangkitan ASF dikesan di sebuah ladang babi di Kampung Valdor, Sungai Bakap, di SPS dan ladang tersebut ditutup bagi kerja-kerja menghapuskan ternakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2023

Berdasarkan data bancian JPV negeri, terdapat 124 ladang ternakan babi di Pulau Pinang membabitkan jumlah keseluruhan 267,348 ekor babi. - Gambar hiasan
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.
Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan
Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.
[TERKINI] Syarikat lori tayar tercabut sebabkan tujuh maut didakwa lebih muatan
Sebuah syarikat logistik yang terbabit dalam nahas maut mengorbankan tujuh individu hujung Disember lalu didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Dua sahabat mengaku salah rompak berkumpulan guna senjata, cederakan dua lelaki
Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan senjata dan mencederakan dua lelaki di Bachok, pada 30 Jan.

Sukan olahraga hilang 'sentuhan' Harun Rasheed
KOM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai jasa beliau kepada sukan tanah air.

Berpuasa tidak halang Nurul Izzah tampil aksi cemerlang di Turkiye
Ratu berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjanji akan menampilkan aksi cemerlang meskipun beraksi ketika berpuasa di Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye.

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tiga ladang babi di Selangor disita, sah dijangkiti demam babi Afrika - Exco
Tiga ladang ternakan babi di Selangor disita selepas disahkan dijangkiti penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika.

Pampasan kepada penternak babi dijangkiti ASF akan dimuktamadkan
Pampasan kepada penternak terjejas akibat penularan African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika akan dimuktamadkan pada peringkat Kementerian kewangan dalam masa terdekat

30 ladang babi di Pulau Pinang dijangkiti ASF
Sebanyak 30 ladang babi komersial di Pulau Pinang dijangkiti penyakit African Swine Fever (ASF) sejak awal Januari lepas.

Demam Babi Afrika merebak ke daerah Barat Daya Pulau Pinang, 62,197 babi dijangkiti
Penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika kini telah merebak ke daerah Barat Daya Pulau Pinang, menyebabkan tiga lagi ladang ternakan babi ditutup.

23 ladang ternak babi dijangkiti ASF
Ia membabitkan 53,275 ekor babi yang terdapat di ladang tersebut.

ASF: Lapor segera jika jumpa babi mati - JPVNS
Seekor babi hutan jantan dewasa yang mati dan positif ASF ditemukan di Ladang Sengkang, Pasir Panjang, Port Dickson, pada 3 Januari lalu.

ASF: 5 ladang ternakan babi di Perak ditutup
Sebanyak lima ladang ternakan babi yang dijangkiti Demam Babi Afrika (ASF) di Perak ditutup bagi kerja-kerja memusnahkan ternakan untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak berkenaan.

Empat kes demam babi Afrika di Perak sejak Disember
Perak melaporkan empat kes penyakit demam babi Afrika (ASF) melibatkan dua daerah dari Disember hingga awal tahun ini.

1,500 ekor babi dimusnahkan bendung penularan ASF
Semua babi yang dimusnahkan itu membabitkan ladang pertama yang dikesan terdapat kes jangkitan ASF.

Kes baharu ASF di sebuah lagi ladang ternakan babi di Valdor
Ia menjadikan dua kes terkumpul positif ASF membabitkan dua ladang ternakan babi di negeri itu, setakat ini.