GEORGE TOWN: Lebih 1,500 ekor babi dimusnahkan di sebuah ladang ternak di Perkampungan Valdor, di Seberang Perai Selatan (SPS) dalam usaha membendung penularan penyakit demam babi Afrika (ASF).
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Sayuthi Bakar berkata semua babi yang dimusnahkan itu membabitkan ladang pertama yang dikesan terdapat kes jangkitan ASF.
"Setakat semalam tiada kes ASF yang baharu di ladang-ladang ternak babi dan buat masa sekarang kes (ASF) masih dalam kawalan yang kita masih kendalikan di peringkat daerah sahaja kerana setakat ini ia libatkan daerah SPS sahaja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kempen Hari Tanpa Tunai Bagi Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Mohd Sayuthi berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri sedang memantau perkembangan kes ASF dan akan mengambil tindakan segera bagi memastikan penularan tidak merebak ke kandang-kandang lain di negeri ini.
Beliau berkata ladang ternak babi kedua masih di peringkat pemantauan dan pihaknya masih menunggu keputusan JPV.
Katanya ladang itu juga tidak mempunyai ruang untuk penanaman bangkai babi yang dijangkiti ASF.
"Ladang itu ada lebih 2,500 ekor babi iaitu bilangan lebih besar namun saiz ladang sedikit kecil," katanya.
Sehingga Jumaat lepas, dua ladang ternak babi di Perkampungan Valdor ditutup ekoran penularan kes ASF.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2023
![1,500 ekor babi dimusnahkan bendung penularan ASF 1,500 ekor babi dimusnahkan bendung penularan ASF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663922258_babi.jpg)
Semua babi yang dimusnahkan itu membabitkan ladang pertama yang dikesan terdapat kes jangkitan ASF. - Gambar hiasan
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
!['Babi makan babi' antara punca penyebaran ASF di Sarawak 'Babi makan babi' antara punca penyebaran ASF di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641830852_babi.jpg)
'Babi makan babi' antara punca penyebaran ASF di Sarawak
Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom menggesa amalan pemberian makanan menggunakan sisa dapur dihentikan kerana produk makanan yang tercemar (termasuk daging babi) jadi punca jangkitan ASF.
![DVS hapus 16,000 babi dijangkiti Demam Babi Afrika di Melaka DVS hapus 16,000 babi dijangkiti Demam Babi Afrika di Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81642435328_KetuaPengarahPerkh.jpg)
DVS hapus 16,000 babi dijangkiti Demam Babi Afrika di Melaka
Virus ASF mula dikesan di Paya Mengkuang pada akhir bulan lepas.
![MCMC gesa Seniman tampil buat laporan berhubung filem 'Babi' MCMC gesa Seniman tampil buat laporan berhubung filem 'Babi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51605865167_MCMC.jpg)
MCMC gesa Seniman tampil buat laporan berhubung filem 'Babi'
MCMC berkata proses penelitian terhadap kandungan boleh dibuat berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan di bawah Akta AKM 1998.
![Terbongkar! Virus ini punca lebih 1,000 babi mati secara misteri di Bali Terbongkar! Virus ini punca lebih 1,000 babi mati secara misteri di Bali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/61580899956_TBAFRICANSWINEFEVER.jpg)
Terbongkar! Virus ini punca lebih 1,000 babi mati secara misteri di Bali
Pihak berkuasa Bali mengesahkan pulau tersebut terjejas akibat demam babi Afrika (ASF) susulan kematian kira-kira 1,000 ekor haiwan tersebut, sejak beberapa bulan lalu.
![Polis tahan lelaki lempar bungkusan berisi daging babi ke perkarangan masjid Polis tahan lelaki lempar bungkusan berisi daging babi ke perkarangan masjid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/71371906920_295x200.jpg)
Polis tahan lelaki lempar bungkusan berisi daging babi ke perkarangan masjid
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian melempar bungkusan dipercayai mengandungi daging babi ke dalam perkarangan Masjid Telaga Air, di sini awal hari ini.
![Tiada laporan ternak babi secara haram di N. Sembilan - Pengarah Veterinar Tiada laporan ternak babi secara haram di N. Sembilan - Pengarah Veterinar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/71404358126_295x200.jpg)
Tiada laporan ternak babi secara haram di N. Sembilan - Pengarah Veterinar
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan tidak ada menerima laporan mengenai kegiatan penternakan babi secara haram di Negeri Sembilan.
![Hanya blogger jamah Cadbury, pegawai JAKIM enggan Hanya blogger jamah Cadbury, pegawai JAKIM enggan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/81402817396_295x200.jpg)
Hanya blogger jamah Cadbury, pegawai JAKIM enggan
Pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusan status halal yang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkannya.
![Pengguna Islam makan coklat Cadbury esok Pengguna Islam makan coklat Cadbury esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/71400917103_295x200.jpg)
Pengguna Islam makan coklat Cadbury esok
Lebih kurang 100 pengguna Islam termasuk blogger akan makan coklat Cadbury pada petang Ahad untuk mempertahankan bahawa produk jenama itu sah halal.
![Apa yang anda perlu tahu tentang pensijilan halal Jakim? Apa yang anda perlu tahu tentang pensijilan halal Jakim?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/41401782390_120x90.jpg)
Apa yang anda perlu tahu tentang pensijilan halal Jakim?
Apa yang anda perlu tahu tentang pensijilan halal Jakim menurut sumber dari www.halal.gov.my
![Bila ustaz hendak makan coklat Cadbury? Bila ustaz hendak makan coklat Cadbury?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/71382343289_295x200.jpg)
Bila ustaz hendak makan coklat Cadbury?
Apakah caranya untuk mengembalikan keyakinan umat Islam kepada logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia?