GEORGE TOWN: Sebanyak 30 ladang babi komersial di Pulau Pinang dijangkiti penyakit African Swine Fever (ASF) sejak awal Januari lepas.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang (JPVPP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan setakat ini, sebanyak 19 ladang dijangkiti di Daerah Seberang Perai Selatan, dua di Daerah Seberang Perai Tengah, enam di Daerah Seberang Perai Utara dan tiga di Daerah Barat Daya, melibatkan 68,659 ekor babi.
Justeru, bagi mengawal dan mencegah perebakan penyakit ASF, JPVPP menjalankan polisi ‘stamping out’ menerusi pemusnahan babi di ladang positif atau disyaki terjangkit dalam zon jangkitan dengan berpandukan Protokol Veterinar Malaysia (PVM) bagi penyakit ASF.
"Polisi ini diamalkan dengan tujuan menghapuskan virus supaya penternak dapat menternak semula dengan selamat serta bebas daripada penyakit ASF, seterusnya menjamin bekalan daging babi dalam negara mencukupi.
"Langkah pemusnahan babi ini telah dijalankan bermula 5 Januari 2023 selepas kes pertama dikesan dengan kadar kematian yang tinggi iaitu mencecah 37 peratus atau lebih kurang 60 ekor sehari dari populasi 1,200 ekor babi di ladang.
“Di Pulau Pinang, pemusnahan babi dari ladang-ladang dengan kematian yang tinggi sehingga melebihi 30 peratus ini telah selesai dijalankan. Kadar perebakan penyakit dilihat semakin perlahan.
"Selain itu, penemuan karkas babi dengan tanda-tanda klinikal seperti penyakit ASF di rumah sembelih telah berkurang atau tiada serta tiada aduan kematian babi yang tinggi di ladang babi," ” menurut kenyataan itu.
Menurut JPVPP lagi, sehingga hari ini sebanyak 14,385 ekor babi telah dilupuskan dari 16 buah ladang positif hasil kaedah stamping out yang dijalankan oleh pihak jabatan itu.
“JPVPP amat bersimpati ke atas nasib para penternak yang terkesan dengan penyakit ASF ini kerana ianya melibatkan kerugian yang amat besar.
“Bagi meringankan beban kepada para penternak, JPVPP juga telah menghantar permohonan wang ihsan bagi sepuluh ladang babi yang telah selesai proses pelupusan sepanjang bulan Januari 2023 kepada pihak Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar (IPPV) di Putrajaya untuk di angkat ke peringkat seterusnya iaitu di peringkat kerajaan persekutuan," katanya.
Menurut jabatan itu lagi, setakat ini, bekalan daging babi di seluruh negeri mencukupi dimana masih terdapat 94 ladang babi yang masih negatif penyakit ASF dengan populasi sekitar 198,586 ekor babi.
"Kesemua ladang-ladang ini masih menjalankan penternakan seperti biasa dan dibenarkan untuk menyembelih babi di rumah-rumah sembelih berlesen di dalam Negeri Pulau Pinang dengan pemeriksa daging dari JPVPP memeriksa dan memastikan hanya daging yang bebas ASF dijual di pasaran," katanya.
Dalam pada itu katanya sebarang kematian membabitkan babi hutan, babi kampung atau babi komersial boleh memaklumkan kepada JPV Daerah terdekat, Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri atau menerusi Hotline Bilik Pengurusan Krisis Penyakit JPV Pulau Pinang di talian 04-504 1047.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Feb 14 2023

Menurut JPVPP, sehingga hari ini sebanyak 14,385 ekor babi telah dilupuskan dari 16 buah ladang positif hasil kaedah stamping out yang dijalankan oleh pihak jabatan itu. - Fail/REUTERS
Lima bidang utama digaris dalam Mesyuarat Pemukiman Jawatankuasa Pegawai Kanan SOCA
Lima bidang utama digariskan dalam Mesyuarat Pemukiman Jawatankuasa Pegawai Kanan bagi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (SOCA).
Festival Makanan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Putrajaya bersedia menjadi hab cita rasa Asia Tenggara dengan penganjuran Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya (PRAFF) 2025 yang berlangsung bermula pada hari ini hingga 28 Mac.
Sidang kemuncak dengan Amerika Syarikat dalam peringkat perancangan
Sidang kemuncak yang dirancang asean bersama Amerika Syarikat (AS) kini berada dalam peringkat perancangan.
Pengendali kereta api Indonesia lihat peningkatan penumpang
Lebih 246,000 penumpang menggunakan perkhidmatan kereta api jarak jauh di seluruh Indonesia dalam beberapa hari kebelakangan ini, susulan peningkatan permintaan menjelang Ramadan
Manila gantung kelas bersemuka akibat indeks haba tinggi
Kerajaan Manila menggantung kelas bersemuka di semua peringkat bagi sekolah awam dan swasta akibat indeks haba yang tinggi, laporan dari Philippine News Agency.
Phuket perlu strategi pertumbuhan baru
Dewan perniagaan Phuket menggalakkan sektor swasta menetapkan strategi baharu bagi pembangunan ekonomi dalam menghadapi peningkatan persaingan serantau.
Pantau Agenda Reformasi: RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 bacaan kali kedua dibentangkan
Ikuti ulasan Pengarah Eksekutif, Institute for Political Reform and Democracy (REFORM), Idzuafi Hadi Kamilan mengenai Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Selasa.

57 MP pembangkang khianati usaha reformasi institusi Parlimen - PM
Sokongan penuh dua pertiga Ahli Parlimen dalam meluluskan RUU berkenaan, adalah membuktikan betapa kukuh dan stabil Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar.
MBSB isytihar dividen tunai tunggal RM1.80 sen sesaham bagi 2024
Malaysia Building Society Berhad (MBSB) mengisytiharkan dividen tunai tunggal peringkat pertengahan sebanyak RM1.80 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
Pembayaran dividen ini akan dibuat pada 27 Mac 2025 kepada pemegang saham yang tersenarai dalam Rekod Pendeposit pada 17 Mac ini.
Pembayaran dividen ini akan dibuat pada 27 Mac 2025 kepada pemegang saham yang tersenarai dalam Rekod Pendeposit pada 17 Mac ini.
LHDN kesan 66,000 perniagaan e-dagang gagal patuh cukai
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya mengenal pasti sebanyak 66,000 perniagaan melalui Platform e-dagang tidak mempunyai atau mematuhi bayaran ansuran anggaran cukai mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 sejak 1 Ogos 2024.
Menurutnya, semakan juga mendapati tiada rekod Borang Nyata Cukai Pendapatan oleh perniagaan berkenaan dikemukakan sedangkan sejumlah 4 juta e-Invois telah dikeluarkan oleh 66,000 perniagaan itu.
Menurutnya, semakan juga mendapati tiada rekod Borang Nyata Cukai Pendapatan oleh perniagaan berkenaan dikemukakan sedangkan sejumlah 4 juta e-Invois telah dikeluarkan oleh 66,000 perniagaan itu.

30 ladang babi di Pulau Pinang dijangkiti ASF
Sebanyak 30 ladang babi komersial di Pulau Pinang dijangkiti penyakit African Swine Fever (ASF) sejak awal Januari lepas.