BATU KAWAN: Sebanyak 23 ladang ternak babi di Pulau Pinang dikesan dijangkiti penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika sehingga hari ini dan membabitkan 53,275 ekor babi yang terdapat di ladang tersebut.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata sehingga semalam, sebanyak 7,998 ekor babi telah dimusnahkan dari enam ladang ternakan di Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS) yang didapati positif ASF.
"Setakat ini, jumlah pecahan ladang yang dijangkiti ASF ialah 17 ladang di daerah SPS melibatkan 42,691 ekor babi, dua ladang di SPT( 2,742 ekor) dan di Seberang Perai Utara (SPU) melibatkan empat ladang dengan populasi babi 7,842 ekor.
"Semua babi yang telah dimusnahkan ditanam di kawasan SPS namun ia jauh dari penempatan awam dan lokasi yang tiada pembangunan bagi mengelak berlakunya kacau ganggu kepada orang awam di kawasan yang terlibat, kami juga sekarang ini tengah cari tapak di SPU untuk menanam babi di situ," katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 Ahli Parlimen Batu Kawan, di sini hari ini.
Chow yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan ASF di Pulau Pinang.
Mengulas lanjut, Chow berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang dengan bantuan pihak berkuasa tempatan dilihat dapat menangani isu ASF itu terutama berkaitan pelupusan babi di tapak yang disediakan.
Katanya JPV Pulau Pinang juga mendapat bantuan dua pasukan JPV dari Putrajaya dalam menjalankan semua tugas-tugas berkaitan ASF termasuk persampelan dan memusnahkan babi yang dijangkiti ASF atau telah mati kerana penyakit itu.
"Bagi ladang-ladang yang telah sempurna (babi dimusnahkan), JPV Pulai Pinang sudah kemukakan kepada JPV Putrajaya untuk memohon pampasan, bagi minggu lepas situasi jangkitan ASF stabil walaupun terdapat ladang baharu dijangkiti iaitu dua ladang namun kami tidak menolak kemungkinan jangkitan ASF akan terus bertambah," katanya.
Katanya berdasarkan bancian yang dijalankan ketika ini terdapat 124 ladang babi di empat daerah di Pulau Pinang dengan populasi keseluruhan ternakan tersebut sebanyak 267,348 ekor.
"Sehingga kini, masih terdapat 101 ladang babi yang belum dijangkiti penyakit ASF dengan populasi sekitar 214,073 ekor iaitu 35 ladang di SPS dengan jumlah 97,104 ekor, 60 ladang di SPU (100,600 ekor), dua ladang di SPT (5,539 ekor) dan empat ladang di Barat Daya (10,830 ekor)," katanya.
Katanya penternak dari ladang-ladang yang disahkan selamat masih dibenarkan menghantar ternakan mereka ke rumah sembelihan bagi memastikan bekalan daging babi tidak terjejas di pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 28 2023
![23 ladang ternak babi dijangkiti ASF 23 ladang ternak babi dijangkiti ASF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674121256_babi.jpg)
Sebanyak 23 ladang ternak babi di Pulau Pinang dikesan dijangkiti penyakit African Swine Fever (ASF) atau demam babi Afrika sehingga hari ini dan membabitkan 53,275 ekor babi yang terdapat di ladang tersebut. - Gambar fail
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
28 cedera akibat rempuhan kereta di Munich
Insiden rempuhan kereta di Munich, Jerman mencederakan 28 individu setakat ini.
DeepSeek bakal lonjak AI di Malaysia, tingkat produktiviti PKS - Fadillah
Malaysia sedia meneraju kecerdasan buatan (AI) di rantau ini dengan kemajuan chatbot dari China, DeepSeek yang membolehkan industri digital negara berkembang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kos DeepSeek yang lebih murah dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengadaptasi AI dalam operasi mereka.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kos DeepSeek yang lebih murah dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengadaptasi AI dalam operasi mereka.
Penguat kuasa lupus diesel bawah harga pasaran ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang pegawai penguat kuasa di negeri ini disyaki terlibat menerima rasuah bagi melupuskan minyak diesel bernilai RM87,400.00 dibawah harga pasaran.
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan Negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
Datuk antara 4 suspek terlibat tender jual tanah RM2.6 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat individu melibatkan dua pengarah syarikat termasuk seorang bergelar Datuk dan dua naib presiden kanan syarikat.
Sumber berkata, kesemua mereka ditahan kerana disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.
Sumber berkata, kesemua mereka ditahan kerana disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.
SPRM tonggak utama kerajaan pertahan tadbir urus berintegriti
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi antara tonggak utama kerajaan untuk mempertahankan sistem tadbir urus yang berintegriti sekali gus menyelamatkan negara daripada masalah rasuah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi menyelamatkan negara daripada masalah rasuah, beliau telah memberi kuasa penuh kepada SPRM untuk bertindak tanpa halangan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam salah guna kuasa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi menyelamatkan negara daripada masalah rasuah, beliau telah memberi kuasa penuh kepada SPRM untuk bertindak tanpa halangan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam salah guna kuasa.
![23 ladang ternak babi dijangkiti ASF 23 ladang ternak babi dijangkiti ASF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674121256_babi.jpg)
23 ladang ternak babi dijangkiti ASF
Ia membabitkan 53,275 ekor babi yang terdapat di ladang tersebut.
![Empat lagi ladang ternak babi di Pulau Pinang dijangkiti ASF Empat lagi ladang ternak babi di Pulau Pinang dijangkiti ASF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663922258_babi.jpg)
Empat lagi ladang ternak babi di Pulau Pinang dijangkiti ASF
Empat lagi ladang ternak babi di P. Pinang disahkan dijangkiti penyakit demam babi Afrika atau African Swine Fever menjadikan keseluruhan 11 buah ladang komersial telah dilanda wabak tersebut.