SLIM RIVER: Dua lelaki nyaris maut apabila kereta jenis Toyota Yaris yang dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah lori tangki gas petroleum cecair (LPG), di Kilometer 372.3 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini pada Selasa malam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, akibat kemalangan itu kedua-dua mangsa cedera tersepit dalam kereta.
Katanya lagi pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.06 malam, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River bergegas ke lokasi.
"Kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Toyota Yaris telah melanggar belakang sebuah lori tangki LPG (UN 1075).
"Bagaimanapun tiada kebocoran dilaporkan berlaku pada lori itu. Terdapat dua mangsa lelaki tersepit di kereta manakala pemandu lori selamat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurut kenyataan itu lagi, anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa tersepit.
Kemudiannya membuat rawatan awal dan menyerahkan mangsa kepada pihak ambulans bagi tindakan lanjut.
Operasi yang diketuai PBK II Yussli Abdul Latiff itu tamat pada jam 10.15 malam.
Aida Aziz
Tue Aug 02 2022
![Kereta rempuh lori tangki LPG, dua nyaris maut Kereta rempuh lori tangki LPG, dua nyaris maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61659477351_KeretaRempuhLori.jpg)
Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa tersepit. - Foto JBPM Perak
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Dua motosikal dihempap pokok tumbang di Jalan TAR Dua motosikal dihempap pokok tumbang di Jalan TAR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719572009_motosikalpokoktum.jpg)
Dua motosikal dihempap pokok tumbang di Jalan TAR
Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.
![Bomba pecahkan cermin kereta selamatkan lelaki tidak sedarkan diri Bomba pecahkan cermin kereta selamatkan lelaki tidak sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719478781_Bombapecahkancermi.jpg)
Bomba pecahkan cermin kereta selamatkan lelaki tidak sedarkan diri
Lelaki berusia 30 tahun tersebut didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam sebelum bertindak menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan.
![Rumah didiami tujuh sekeluarga terbakar Rumah didiami tujuh sekeluarga terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718604524_tbkediamanterbakar.jpg)
Rumah didiami tujuh sekeluarga terbakar
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun dua daripada mereka dilaporkan mengalami tekanan darah tinggi dan cedera ringan.
![Lelaki maut dihempap jengkaut Lelaki maut dihempap jengkaut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717765825_jengkautmaut.jpg)
Lelaki maut dihempap jengkaut
Dalam kejadian sekitar jam 4 petang itu, mangsa yang berusia 39 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
![Bomba kesan kebocoran gas ammonia di kilang NSK Sg Tua Bomba kesan kebocoran gas ammonia di kilang NSK Sg Tua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717584929_tbkebocorangasammo.jpg)
Bomba kesan kebocoran gas ammonia di kilang NSK Sg Tua
Kebocoran gas ammonia itu berlaku di bahagian stor kilang berkenaan.
![Dua rumah musnah dalam kebakaran awal pagi di Langkap Dua rumah musnah dalam kebakaran awal pagi di Langkap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716255214_TBkebakaran.jpg)
Dua rumah musnah dalam kebakaran awal pagi di Langkap
Sembilan anggota dari BBP Teluk Intan dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 27 kilometer dari balai.
![Percutian keluarga berakhir tragedi, tiga beranak lemas di Batang Kali Percutian keluarga berakhir tragedi, tiga beranak lemas di Batang Kali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714896497_lemas.jpg)
Percutian keluarga berakhir tragedi, tiga beranak lemas di Batang Kali
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda di hujung minggu berakhir tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Batang Kali.
![Lelaki lemas ketika bercuti di Air Terjun Sekayu Lelaki lemas ketika bercuti di Air Terjun Sekayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651569158_DrownGeneric.jpg)
Lelaki lemas ketika bercuti di Air Terjun Sekayu
Mangsa dipercayai lemas selepas menyelamatkan rakannya yang terjatuh ke dalam air sewaktu mendaki laluan berbukit di tepi kawasan air terjun itu.
![Asrama maahad tahfiz di Jitra terbakar, 21 pelajar nyaris maut Asrama maahad tahfiz di Jitra terbakar, 21 pelajar nyaris maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713784432_MaahadTahfizTerba.jpg)
Asrama maahad tahfiz di Jitra terbakar, 21 pelajar nyaris maut
Dianggarkan hampir 70 peratus daripada keseluruhan bangunan pusat maahad tahfiz itu musnah.
![Lemas ketika cuba selamatkan bapa jatuh sungai Lemas ketika cuba selamatkan bapa jatuh sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712386651_Lemasketikacubase.jpg)
Lemas ketika cuba selamatkan bapa jatuh sungai
Mangsa, 21, disahkan maut selepas mayatnya ditemui pasukan penyelamat jam 12.59 tengah hari.