Ringkasan AI
- Tiga rumah sewa terbakar sepenuhnya di Kampung Patikang Ulu, menyebabkan seorang lelaki melecur di bahu.
- Mangsa terjun dari tingkap untuk menyelamatkan diri setelah bahunya disambar api.
- Kebakaran berjaya dikawal dalam masa satu jam oleh pasukan bomba yang menggunakan air dari tangki jentera dan pili bomba berhampiran.
- Mangsa dihantar ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, lelaki tersebut mengalami kecederaan melecur bahagian bahu akibat disambar api ketika sedang tidur.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Sharudy Delamin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.50 pagi dan seramai 10 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh enam kilometer.
"Kebakaran melibatkan tiga rumah sewa jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya dan terdapat seorang mangsa melecur serta dihantar ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut.
"Difahamkan, ketika kejadian mangsa sedang tidur, namun hanya menyedarinya apabila bahunya terbakar akibat disambar api lalu bertindak terjun setinggi satu meter dari tingkap bagi menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Katanya lagi, anggotanya bertindak memadam kebakaran menggunakan sumber air dari tangki jentera dan pili bomba berhampiran.
"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 7.34 pagi dan operasi hanya ditamatkan kira-kira dua jam kemudian selepas anggota memastikan tiada bahaya lain di lokasi tersebut," katanya. -Sinar Harian