Ringkasan AI
- Seramai 40 mangsa yang terperangkap di dalam gua di Kampung Gua Ikan akibat paras air sungai yang meningkat berjaya diselamatkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat dari BBP Dabong.
- Panggilan kecemasan diterima pada jam 3.24 petang dan pasukan penyelamat tiba di lokasi sejauh 3.7 kilometer dalam masa 6 minit. Semua mangsa berjaya diselamatkan menggunakan bot.
- Operasi penyelamatan melibatkan tujuh anggota dan beberapa jentera, dikawal sepenuhnya pada jam 4 petang dan tamat pada jam 5.13 petang. Semua mangsa selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.
Menurut kenyataan Pusat Pengurusan Operasi JBPM, panggilan kecemasan diterima pada jam 3.24 petang dan pasukan penyelamat tiba di lokasi sejauh 3.7 kilometer sekitar 6 minit kemudian.
Komander operasi, PBK II Mohd Aiman Aminuddin memaklumkan bahawa semua mangsa berjaya diselamatkan menggunakan bot dan dibawa ke tempat selamat.
“Alhamdulillah, semua mangsa selamat dan tiada kecederaan dilaporkan. Kami berterima kasih atas kerjasama semua pihak yang terlibat dalam operasi ini,” kata Mohd Aiman.
Operasi penyelamatan melibatkan tujuh anggota serta beberapa jentera termasuk FRT-1, Bot-1, dan Utiliti-1 dikawal sepenuhnya pada jam 4 petang dan tamat pada jam 5.13 petang.