PARIT BUNTAR: Kes pembunuhan kejam ibu kandung yang mayatnya ditemukan dikerat kepada 15 bahagian di Taman Kerian dekat sini pada Sabtu lalu masih meninggalkan kesan kepada penduduk setempat.
Rata-rata mereka yang ditemui mendiami kawasan kejiranan berkenaan mengakui berasa terkejut dan trauma dengan insiden berkenaan.
Menurut jiran yang enggan dikenali, tiada yang aneh jika ingin digambarkan kepada tingkah laku suspek sebaliknya lelaki berkenaan kelihatan seperti individu normal.
Katanya, walaupun berperwatakan serius namun tidak pernah kelihatan insiden pertengkaran atau kekasaran berlaku antara dua beranak berkenaan.
“Lelaki itu biasanya akan keluar pada waktu pagi untuk pergi mencari barangan lusuh bagi dikumpul dan dijual. Ada kala pulang sampai lewat malam.
“Tidak ada kedengaran pergaduhan atau berlaku pertengkaran serius antara mereka sebelum ini. Pertengkaran kecil mungkin disebabkan perselisihan faham anak beranak itu kadang-kadang ada.
“Jadi, apabila ada kejadian seperti itu berlaku, saya sangat takut. Sampai rasa macam tak percaya ia berlaku di sini,” katanya ketika ditemui di Taman Kerian, dekat sini pada Isnin.
BACA: Luka tetak, potong punca kematian warga emas - Polis
BACA: Anak tidak dapat rawatan masalah mental susulan - Polis
Selain itu, kata jiran itu lagi, dia tidak menyedari insiden berkenaan sehinggalah pihak polis datang melakukan siasatan di rumah suspek.
Menurutnya dia tidak mendengar sebarang bunyi sama ada ketukan, potongan mahupun jeritan sepanjang tempoh beberapa minggu sebelum kelibat wanita warga emas itu tidak kelihatan beberapa hari sebelumnya.
“Pada kebiasaan, emak lelaki itu sering dilihat menyapu di persekitaran rumah. Akan tetapi sebelum saya dimaklumkan oleh pihak polis tentang insiden itu, saya sudah tidak nampak kelibat wanita itu pada beberapa hari.
“Saya sangkakan yang warga emas itu mengikut anak perempuannya tinggal ke Pulau Pinang. Namun tidak sangka lain pula yang berlaku,” katanya lagi.
Sementara itu, seorang lagi penduduk setempat yang juga enggan dikenali menganggap kejadian pembunuhan kejam itu pertama kali berlaku di situ.
“Sebelum ini jika kes bunuh, mati seorang diri, atau dibakar itu memang ada dengar berlaku di kawasan ataupun daerah ini.
“Tetapi untuk insiden dibunuh sampai mayatnya dipotong kepada beberapa bahagian, saya rasa ini adalah pertama kali berlaku,” jelasnya.
Sementara itu, tinjauan ke rumah suspek mendapati pita keselamatan polis telah dipasang di sekeliling rumah sementara pintu bahagian belakang yang dipercayai menempatkan tangki kumbahan telah ditutup.
Selain itu hampir di setiap sudut pekarangan rumah juga kelihatan dipenuhi dengan pelbagai barangan lusuh dan terpakai yang dipercayai dikumpul suspek.
Pada masa sama, tidak kelihatan kelibat anggota keluarga mangsa berada di persekitaran rumah mahupun kawasan kejiranan berkenan.
Sabtu lalu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata polis menahan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki membunuh ibu kandungnya sendiri berusia 68 tahun dan membuang mayat ke dalam tangki kumbahan di Taman Kerian, di sini.
Katanya, polis menerima laporan mengenai penemuan cebisan daging dipercayai anggota badan manusia kira-kira jam 3.30 petang pada Sabtu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Amirrul Rabbani
Mon Jun 06 2022
Menurut jiran yang enggan dikenali, tiada yang aneh jika ingin digambarkan kepada tingkah laku suspek sebaliknya lelaki berkenaan kelihatan seperti individu normal. - Foto Astro AWANI
RM11 juta peruntukan pemerkasaan ekonomi Komuniti Bandar 2025 - KPKT
Sejumlah RM11 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2025.
Logo VM2026 rekaan pelukis tempatan, bukan ilustrasi AI
Rekaan logo rasmi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang menampilkan ilustrasi beruang matahari merupakan rekaan seorang pelukis tempatan dan bukannya janaan kecerdasan buatan (AI).
Bumbung Axiata Arena bocor, PSM mohon maaf
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memohon maaf kepada semua pihak, terutama penganjur dan peminat sukan badminton, berikutan insiden kebocoran bumbung di Axiata Arena semalam.
[TERKINI] Peniaga mengaku salah hina Agong di media sosial
Seorang peniaga gerai makanan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan menerbitkan satu hantaran menghasut yang menghina Yang di-Pertuan Agong dalam media sosial pada Disember lalu.
UTM, UMPSA terima Naib Canselor baharu - KPT
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pelantikan Naib Canselor baharu bagi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
Lesen Layang-Layang Island Resort dibatalkan - MOTAC
Lesen syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn Bhd dibatalkan berkuat kuasa Isnin lalu (6 Januari).
e-PCB Plus ganti sistem perkhidmatan potongan cukai sedia ada - LHDN
LHDN memperkenalkan sistem perkhidmatan Potongan Cukai Bulanan (PCB) baharu, e-PCB Plus, bagi menggantikan sistem sedia ada.
Korea Selatan, AS mulakan analisis kotak hitam pesawat Jeju Air
Korea Selatan AS memulakan analisis perakam data penerbangan pesawat Jeju Air, manakala pasukan penyiasat bersama kedua-dua negara mempercepatkan siasatan terhadap komponen utama.
30,000 penduduk Los Angeles dipindahkan
Sebanyak 30,000 penduduk di kawasan mewah Los Angeles dipindahkan susulan kebakaran hutan yang semakin marak melanda bandar itu.
Chatgpt digunakan dalam letupan Tesla Cybertruck - Polis
Sherif Kevin McMahill dalam satu sidang media berkata, suspek, Matthew Livelsberger, 37, dari Colorado menggunakan chatbot kecerdasan buatan generatif itu untuk mengumpul maklumat bagi rancangannya.
Kerat ibu 15 bahagian: "Tiada pula bunyi ketukan, jeritan" - Jiran terkejut, trauma
Rata-rata mereka yang ditemui mendiami kawasan kejiranan berkenaan mengakui berasa terkejut dan trauma dengan insiden berkenaan.
Kerat ibu 15 bahagian: Luka tetak, potong punca kematian warga emas - Polis
Hasil bedah siasat ke atas keratan mayat mendapati punca kematiannya adalah akibat luka tetakan dan potongan tubuh.
Kerat ibu 15 bahagian: Anak tidak dapat rawatan masalah mental susulan - Polis
Hasil siasatan awal mendapati suspek yang berusia 42 tahun itu tidak pernah menerima sebarang rawatan susulan.