IPOH: Suspek yang disyaki membunuh dan memotong mayat ibu kandungnya sendiri kepada 15 bahagian di Parit Buntar pernah mendapat rawatan pesakit mental di sebuah hospital kira-kira 20 tahun lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, bagaimanapun hasil siasatan awal mendapati suspek yang berusia 42 tahun itu tidak pernah menerima sebarang rawatan susulan.
Katanya terdahulu pihak polis telah menerima laporan berkenaan kes orang hilang yang dibuat salah seorang anak mangsa pada pada 28 Mei lalu.
“Suspek dalam kes ini tinggal serumah dengan mangsa. Bertindak atas laporan kes Orang Hilang yang dibuat, sepasukan anggota dan pegawai Polis Parit Buntar telah membuat pemeriksaan ulangan di rumah mangsa.
“Hasil pemeriksaan berkenaan pihak polis menemukan potongan daging-daging dipercayai daging milik manusia,” katanya di sini pada Ahad.
BACA: Ibu dikerat 15, dibuang dalam tangki kumbahan
Dalam pada itu Mior Faridalathrash memberitahu permohonan reman tujuh hari ke atas suspek telah dibuat di Mahkamah Taiping pada Ahad, namun belum ada sebarang keputusan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Terdahulu, Mior Faridalathrash dalam kenyataannya lewat malam Sabtu berkata, polis menahan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki membunuh ibu kandungnya sendiri dan membuang mayat ke dalam tangki kumbahan di Taman Kerian.
Katanya, polis menerima laporan mengenai penemuan potongan daging dipercayai anggota badan manusia kira-kira jam 3.30 petang pada Sabtu.
Menurutnya, daripada siasatan awal polis mendapati, kejadian berpunca daripada masalah pembahagian harta sehingga menyebabkan suspek tidak berpuas hati terhadap ibunya yang berusia 68 tahun.
Siasatan awal polis juga mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau.
Amirrul Rabbani
Sun Jun 05 2022

Mior Faridalathrash memberitahu permohonan reman tujuh hari ke atas suspek telah dibuat di Mahkamah Taiping pada Ahad, namun belum ada sebarang keputusan. - Foto Astro AWANI
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Kerat ibu 15 bahagian: "Tiada pula bunyi ketukan, jeritan" - Jiran terkejut, trauma
Rata-rata mereka yang ditemui mendiami kawasan kejiranan berkenaan mengakui berasa terkejut dan trauma dengan insiden berkenaan.

Kerat ibu 15 bahagian: Luka tetak, potong punca kematian warga emas - Polis
Hasil bedah siasat ke atas keratan mayat mendapati punca kematiannya adalah akibat luka tetakan dan potongan tubuh.

Kerat ibu 15 bahagian: Anak tidak dapat rawatan masalah mental susulan - Polis
Hasil siasatan awal mendapati suspek yang berusia 42 tahun itu tidak pernah menerima sebarang rawatan susulan.