Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi perhatian kepada proses pemulihan negara dengan dua tumpuan utama diberikan melibatkan pemulihan jentera pentadbiran yang dirosakkan dan kedudukan kewangan negara yang dibelenggu hutang besar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada sesi pertemuan dan dialog bersama hampir 200 rakyat Malaysia di United Kingdom pada Ahad, Dr Mahathir berkata kerosakan kewangan negara dan jentera pentadbiran oleh parti pemerintah terdahulu boleh menyebabkan Malaysia hancur jika parti sama kekal menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"(Malaysia) jadi kawasan ditakluk orang lain, kita hilang kuasa di negara sendiri," katanya mengenai kesan kerosakan tersebut, sambil menambah rakyat memberi sokongan kepada PH untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) kerana ia tidak memberi tumpuan kepada kebaikan negara dan pembangunan negara serta masalah rakyat yang tertekan dengan isu kos sara hidup.
Dalam pertemuan yang berlangsung dalam rangka lawatan kerja peringkat pertamanya ke United Kingdom, Dr Mahathir berkata jentera pentadbiran negara dirosakkan sehingga mereka menjadi korup dengan terlibat dengan rasuah daripada peringkat tertinggi hingga rendah.
BACA: Hutang RM1 trilion perlu dilangsai atau Malaysia berdepan status bankrap - Tun Mahathir
Beliau juga berkata jentera pentadbiran itu juga memihak kepada parti pemerintah hingga sanggup berkempen secara langsung dan terbuka untuk membantu BN walaupun mereka sepatutnya bersikap berkecuali.
"Kesetiaan mereka bukan kepada pemerintah tetapi pada parti yang memerintah," katanya, sambil menambah ia tidak menepati kehendak perlembagaan negara yang jentera pemerintah seperti polis dan tentera harus patuh pada arahan kerajaan semasa tetapi bukan menepati arahan parti berkuasa.
Mengenai pemulihan kedudukan kewangan negara, Dr Mahathir berkata ia penting untuk dilakukan walaupun sukar dan ia berkemungkinan akan menyebabkan kerajaan menjual aset-aset untuk mendapatkan wang untuk membayar hutang.
Menurutnya, kerajaan terdahulu berhutang kira-kira RM1 trilion dan hutang tersebut perlu dibayar kerana jika tidak dibayar, negara mungkin akan bankrap hingga menimbulkan banyak masalah kepada negara.
"Kita kehilangan wang yang dihutang, kita tidak tahu di mana ia (wang) pergi, jadi kita tidak ada wang untuk bayar hutang," katanya.
Dr Mahathir berkata bajet selalunya akan menjadi defisit kerana wang yang tidak mencukupi untuk membiayai perbelanjaan kerajaan untuk pentadbiran dan pembangunan termasuk biasiswa untuk penuntut.
"Banyak lagi yang perlu diperbaiki, kalau diberi masa kita (kerajaan) akan dapat atasi masalah-masalah yang dihadapi," katanya.
Pada sesi dialog yang turut mengutarakan mengenai biasiswa, Dr Mahathir berharap penerima biasiswa dapat mempercepatkan proses pengajian, dengan menjadikan Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak Hussein sebagai contoh yang menamatkan pengajiannya dalam bidang undang-undang dalam tempoh dua tahun berbanding tiga tahun kebiasaannya.
"Kalau boleh kurangkan masa supaya boleh balik dan berkhidmat," katanya yang menerima tepukan.
Pada pertemuan yang turut membangkitkan mengenai kereta nasional, Dr Mahathir menjelaskan bahawa pembangunan kereta nasional bukanlah untuk kebanggaan untuk mengadakan kereta nasional tetapi untuk memberi peluang kepada negara terlibat dalam kejuruteraan.
Beliau berkata membina sebuah kereta yang mempunyai 4,000 alat bukan mudah dan bukan sebarang graduan kejuruteraan boleh melakukannya jika mereka tidak praktis aspek kejuruteraan itu.
Melalui pembuatan kereta, katanya negara akan menguasai bidang kejuruteraan yang akan membawa kepada pembangunan bidang pembuatan yang memerlukan pelbagai kemahiran dan pengetahuan kejuruteraan.
“Ia bukan hanya tentang pembuatan kereta tetapi kejuruteraan kereta berpotensi membawa kepada rangsangan ekonomi,” katanya.
Dr Mahathir juga menolak cadangan bahawa Proton adalah kegagalan kerana pada satu masa di bawah pengurusan yang baik, syarikat kereta nasional itu mampu mengumpulkan RM4 bilion dalam rizab, yang dapat membina loji di Tanjung Malim dengan wang sendiri tanpa meminta bantuan kerajaan dan pinjaman bank.
Beliau berkata Proton telah berjaya sehingga ia memutuskan untuk membenarkan kereta asing masuk ke Malaysia tanpa batasan tetapi sebaliknya Malaysia tidak boleh menjual kereta di negara asing kerana mereka mengenakan syarat ke atas kereta Malaysia.
“Ia semua mengenai mengimport kereta mereka tetapi bukan mengeksport kereta kita. Dan sudah pasti jika anda tidak eksport kereta, anda tidak mendapat pertukaran asing. Jika anda terus membeli kereta asing maka anda akan kehilangan banyak wang setiap tahun," katanya.
Mengenai cadangan kenderaan nasional ketiga, Dr Mahathir berkata kerajaan akan meminta sektor swasta untuk melaksanakannya kerana kerajaan tidak mempunyai modal untuk membiayai projek itu.
“Kemudian anda akan mengembangkan vendor, mewujudkan perniagaan menghasilkan alat kerana terdapat banyak bahagian (kereta) yang akan menawarkan pekerjaan untuk rakyat dan membuka peluang kepada perniagaan kecil-kecilan,” katanya.
Pertemuan itu dianjurkan Kelab Bunga Raya United Kingdom yang ditubuhkan pada 2016 bagi mendukung aspirasi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Selain ahli kelab itu, turut hadir ke pertemuan dan dialog bersama perdana menteri itu ialah pemimpin-pemimpin pelajar di United Kingdom.
Dr Mahathir turut merasmikan Kelab Bunga Raya United Kingdom pada majlis itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 24 2018
Dr Mahathir berkata kerosakan kewangan negara dan jentera pentadbiran oleh parti pemerintah terdahulu boleh menyebabkan Malaysia hancur jika parti sama kekal menang. - Foto Astro AWANI / Izza Izelan
AWANI Ringkas: Lima pegawai kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PILKADA 2024: Kawasan panas & figura politik tumpuan
Eksekutif, Penyelidikan & Khidmat Nasihat, KRA Group Ahmad Fedullah berkongsi unjuran beliau berkenaan kawasan-kawasan panas dan figura politik yang menjadi tumpuan pada Pemilihan Kepala Daerah (PILKADA) 2024.
Tambah baik fasiliti, Jadikan Ngoca bertaraf antarabangsa
Ahli Parlimen Kuala Pilah mencadangkan kementerian menyediakan peruntukan bersesuaian untuk naik taraf stadium bola ngoca di Kuala Pilah. “Jadikan Pesta Bola Ngoca acara sukan bola antarabnagsa bagi merancakkan ekonomi dan peluang pendapatan untuk masyarakat setempat” Katanya.
Kes IPIC: Najib, Mohd Irwan lepas tanpa bebas pertuduhan pecah amanah RM6.6 bilion
Hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk Seri K.Kumaraendran.
Ciri Recents di Spotify diperkenal, simpan sejarah dengar lagu selama 90 hari
Recents akan mengintegrasikan sejarah mendengar lagu, podcast, dan buku audio.
Pulau Pinang akan tubuh jawatankuasa, garis panduan khusus tangani gelandangan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam proses untuk menubuhkan jawatankuasa dan mengembangkan garis panduan khusus bagi menangani serta membantu populasi gelandangan di negeri ini.
Bencana banjir: Jambatan Teladas Lama penanda aras untuk Kemaman
Bagi meninjau situasi banjir di Kemaman, Terengganu, kita bersama dengan wartawan Firdaus Azil.
Kerajaan sasar tingkat pengecas DC hingga 1500 unit
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri telah meningkatkan sasaran untuk pengecas arus terus (DC) kenderaan elektrik (EV) dari 1000 ke 1500 unit.
Menurut Timbalan Menterinya i Liew Chin Tong, perkara itu disasar kerajaan untuk dicapai menjelang 2025.
Menurut Timbalan Menterinya i Liew Chin Tong, perkara itu disasar kerajaan untuk dicapai menjelang 2025.
Bencana banjir: Mangsa di Kelantan meningkat mendadak, negeri lain terkawal
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
[TERKINI] Kes buli UPNM: Lima pegawai kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi
Lima Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terlibat dalam tiga kes buli diambil tindakan oleh Kementerian Pertahanan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.