PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dan kerajaan bersedia menerima sebarang kritikan, namun kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang menyentuh sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum).
Beliau berkata, kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan bermakna kebebasan untuk mencerca dan memaki hamun sesuka hati.
"Raja-Raja Melayu secara konsesus meminta supaya kerajaan lebih tegas menghalang.. ini kerana mereka merasa tidak adil. (Raja-Raja Melayu) diserang tapi (Raja-Raja Melayu) tak boleh jawab.
"... semua cakap nak pertahan Melayu, parti pun parti Melayu, tapi maki Raja-Raja Melayu... saya tidak akan bertolak ansur (bagi yang) langgar peraturan ini, polis akan bertindak tegas dan saya minta Peguam Negara kaji dan bawa ke mahkamah biar mahkamah putuskan," katanya dalam program 'Soal Jawab Perdana Menteri' bersama empat stesen televisyen tempatan malam tadi.
Anwar berkata, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap pihak-pihak yang menyentuh institusi raja-raja, sebagai contoh dakwaan penglibatan raja dalam penubuhan kasino.
Terdahulu, Anwar ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Pekerja 2024 semalam menegaskan, mana-mana pihak yang mengaitkan beliau dan kerajaan dengan dakwaan ada perbincangan mengenai projek lesen kasino di Forest City, perlu diambil tindakan undang-undang.
Menyifatkan pihak berkenaan tiada modal berpolitik, Anwar berkata, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim tidak pernah menyebut kepada beliau minat baginda untuk mengadakan tempat perjudian di Forest City.
Temu bual khas hampir sejam bersama Perdana Menteri Malaysia Ke-10 itu dikendalikan penyampai RTM Sayed Munawar Sayed Mustar, Pasha Abdul Rahim (Bernama TV), Dzulfitri Yusop (Astro Awani) dan Azaria Tagaya (TV3).
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 01 2024

Anwar menjawab soalan dalam 'Program Soal Jawab Perdana Menteri' di Seri Perdana, Putrajaya, 1 Mei 2024. --fotoBERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kerajaan sedia terima kritikan, namun, tidak bertolak ansur sentimen 3R - PM Anwar
Kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan bermakna kebebasan untuk mencerca dan memaki hamun sesuka hati.

Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.

PRN: Masyarakat berperanan kawal sentimen 3R dalam tempoh kempen
Teo Nie Ching berkata, masyarakat perlu melaporkannya kepada penyedia platform terbabit supaya ia tidak tersebar secara meluas.

PRN: Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak sebar sentimen 3R - Fahmi
Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang didapati berbuat demikan tanpa mengira daripada mana-mana kumpulan.