KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini memberi amaran kepada semua pihak agar tidak menyebarkan sentimen atau bahan yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja (3R) pada Pilihan Raya Negeri nanti.
Beliau berkata tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang didapati berbuat demikan tanpa mengira daripada mana-mana kumpulan.
"Tidak timbul persepsi bahawa hanya individu daripada kumpulan tertentu sahaja yang ditahan dan disiasat.
"Saya beri peringatan dan amaran tegas kepada semua, jangan sesekali membuat sebaran bersifat 3R. Jika kamu buat, maka bersedialah berhadapan dengan pihak berkuasa dan undang-undang Malaysia," katanya.
Fahmi berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis penutup Kempen Kesedaran Keselamatan Siber, Ekonomi Digital dan Keterhubungan di Perumahan Pantai Permai di sini hari ini.
Fahmi berkata demokrasi negara tidak seharusnya dicemarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab atas alasan ia merupakan hak dan kebebasan bersuara seperti yang berlaku semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Di Malaysia, didapati ada pihak-pihak tertentu yang secara tidak bertanggungjawab sengaja menyebarkan bahan 3R terutama pada PRU15. Ini tidak akan berlaku lagi.
"Kita tidak mahu demokrasi disalah guna atas dasar kebebasan bersuara untuk pihak tidak bertanggungjawab ini mengulangi sikap mereka pada PRU15 lepas untuk menyebar bahan yang sangat merosakkan keharmonian dan akidah rakyat," katanya.
Bagi mengekang penularan bahan bersifat 3R, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah diarah untuk mempertingkat usaha pemantauan semasa PRN di Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan serta Pulau Pinang yang akan berlangsung tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil bercakap pada sidang media Kempen Peningkatan Kesedaran Keselamatan Siber, Ekonomi Digital dan Perhubungan 2023 di Perumahan Pantai Permai hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.