KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI sedang berusaha menambah baik skim perlindungan seniman bagi melindungi serta meningkatkan kebajikan golongan itu dan ahli keluarga mereka, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Fahmi di laman Facebooknya hari ini berkata usaha menambah baik skim itu perlu memandangkan para seniman banyak berjasa dan menyumbang kepada negara.
Dalam hantaran sama, Fahmi turut berkongsi kisah kunjungannya ke rumah Allahyarham Man Kadir Samsi atau lebih dikenali sebagai "Pak Jabit" di Temerloh, sempena lawatan rasminya ke Kuantan, Pahang, baru-baru ini, selepas mengetahui nasib balu Allahyarham, Raja Maharani Raja Jaafar, 70, mengalami masalah kesihatan.
"Makcik Maharani jatuh sakit dan batuknya jadi semakin teruk dan kini dia perlu bergantung kepada penumpu oksigen selama 15 jam sehari untuk bernafas. Dia juga perlu mengambil susu formula khas dengan harga RM100 satu kotak untuk dia teruskan kehidupan," katanya.
Beliau berkata Maharani kini tinggal bersama seorang anak lelakinya dengan pendapatan kira-kira RM30 sehari.
Dalam lawatan itu, Fahmi turut menyampaikan sumbangan peribadi berbentuk penumpu oksigen dan beberapa kotak susu formula khas untuk Maharani.
Man Kadir Samsi merupakan seorang pelawak dan pelakon yang begitu popular menerusi watak Pak Jabit yang dibawanya dalam filem Hantu Kak Limah, Zombi Kampung Pisang.
Man Kadir telah meninggal dunia pada 7 Sept 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2024

Fahmi turut berkongsi kisah kunjungannya ke rumah Allahyarham "Pak Jabit" di Temerloh, selepas mengetahui nasib balu Allahyarham, Raja Maharani mengalami masalah kesihatan. - Gambar FB Fahmi

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kerajaan sedang tambah baik skim perlindungan seniman - Fahmi
Kerajaan MADANI sedang berusaha menambah baik skim perlindungan seniman bagi melindungi serta meningkatkan kebajikan golongan itu dan ahli keluarga mereka, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Mamat Khalid adalah 'P. Ramlee' di zaman kita - Tiara Jacquelina
Allahyarham dikurniakan bakat dan kebijaksanaan dalam menghasilkan sebuah karya seni yang mampu memberi impak kepada masyarakat.

Astro tayang 19 karya Mamat Khalid bermula hari ini
Ianya akan ditayangkan di Astro On Demand bermula hari ini sehingga 31 Oktober 2021.

Air mata Awie, Pekin gugur kenang Allahyarham Mamat Khalid
Awie dan Pekin tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan kenangan bersama pengarah tersohor, Allahyarham Mamat Khalid.

Mengenang Mamat Khalid: Jenazah dijangka dikebumi selepas zohor
Jenazah akan disolatkan di Masjid Sungai Rokam sekitar pukul 11.30 pagi ini.

#NoToLanun: Hasilkan karya bermutu untuk dihormati masyarakat dan elak cetak rompak - Mamat Khalid
Menurut pengarah Mamat Khalid, dengan rasa hormat itu, ia boleh memberi kesedaran kepada masyarakat untuk tidak membeli barangan cetak rompak.

Shazmi Syazli tidak mahu bergabung dengan pengarah lain kerana...
Mael Totey The Movie (MTM) berjaya menandingi filem pecah panggung di Astro First seperti Polis Evo dan Hantu Kak Limah (HKL).

'Macam pernah tengok, pelakon ke? Saya dah biasa' - Sharwani
"Seingat sayalah,tak pernah kami yang berlakon di bawah Mamat Khalid ni terikat dengan skrip secara total dalam setiap watak."

"Alhamdulillah, jantung, buah pinggang saya okey"- Mamat Khalid
Mamat bersyukur jantung dan buah pinggangnya sihat

Filem Hantu Kak Limah ke pentas teater
Kejayaan filem Hantu Kak Limah (HKL) meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM36.2 juta menjadi faktor utama dalam mengangkat naskhah itu ke pentas teater muzikal.