KUALA LUMPUR: Mengenali rapat Allahyarham Mamat Khalid sejak awal perjalanannya dalam bidang seni, penerbit dan pelakon, Puan Sri Tiara Jacquelina menyifatkan sutradara hebat itu sebagai P. Ramlee zaman moden.
Menurut Tiara, Allahyarham bukan sahaja dilahirkan dengan bakat tetapi juga kecerdasan dan kebijaksanaan dalam menghasilkan sebuah karya seni yang mampu memberi impak kepada masyarakat.
"Allahyarham ialah P. Ramlee di zaman kita. Sangat genius, boleh menulis skrip, mengarah, menyanyi, tulis lagu. Kebolehannya sangat luar biasa dan saya tak boleh fikir sesiapa pun dalam dunia moden hari ini, yang ada kebolehan seperti Allahyarham.
"Mungkin ramai juga yang tidak tahu, Allahyarham seorang pemuzik yang hebat. Saya masih ingat dalam satu majlis, Allahyarham bermain piano, semua orang tergamam. Saya tidak pernah tengok orang bermain piano dengan penuh semangat dan rasa cinta seperti beliau.
"Tetapi genius itu datang dengan satu perangai yang kurang baik iaitu kurang disiplin dalam penulisan skrip, sampai ke satu tahap saya terpaksa kunci Allahyarham dalam bilik bagi membolehkan beliau fokus dalam penulisan dan siapkan skrip dalam masa yang dikehendaki," katanya sambil ketawa, mengenang kembali kisah lucu bagaimana akhirnya skrip karya agung, Puteri Gunung Ledang (PGL) berjaya disiapkan.
Namun Tiara menyifatkan semuanya berbaloi dengan hasil yang diabadikan dalam filem epik yang suatu ketika dahulu merupakan antara filem tempatan termahal pernah dihasilkan.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Mengenang Mamat Khalid
"Sampai sekarang, masih ada yang terkejut bila dapat tahu Mamat Khalid adalah individu yang bertanggungjawab menghasilkan skrip seindah itu. Orang lebih mengenali Allahyarham menerusi karya komedi, tetapi itu hanya satu sisi beliau," ujarnya.
Menganggap Mamat seperti abangnya sendiri, Tiara mengakui akan merindui keakraban mereka dan kemesraan ikatan persaudaraan mereka.
"Saya akan rindui partnership kami, perbualan-perbualan kami. Bukan mudah nak cari individu sepertinya.
"Selepas saya tewas kategori Pelakon Wanita Terbaik di FFM menerusi PGL, Allahyarham menghubungi saya dan meluahkan rasa tidak puas hatinya. Katanya, tak mengapa, nanti aku tulis yang lebih bagus dari PGL untuk kau.
"Walaupun sudah lama berlalu, saya tetap tunggu skrip itu. Dan awal tahun ini, Allahyarham mula menulis, tetapi sayangnya tidak sempat disiapkan.
"Perbualan terakhir kami pun berkisarkan skrip itu, malah kami sudah bercakap tentang aspek produksinya nanti. Memang terkilan apabila Allahyarham pergi dulu," katanya, diselang-seli tangisan.
Allahyarham Mamat Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River 12.30 tengah malam tadi.
Allahyarham cukup disegani dalam dunia perfileman tempatan dengan banyak filemnya mencatat kutipan pecah panggung, antaranya Man Laksa, Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah.
Madiha Abdullah
Sun Oct 24 2021

Tiara terkilan projek terbaharu bersama Mamat tidak sempat disiapkan. - Foto/Instagram/@tiarajacquelina

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.

Arwah Dollah Cantek miliki sifat humor ketika bekerja - Eric Floor 88
Pengacara dan juga bekas pengurus pentas program-program terbitan Astro, Dollah Cantek selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg Pusu Gombak.

'Saya ada sahabat perlu dijaga' - Awie utama rezeki dengan Wings, korban kerjaya solo
Menurut Awie, dia kini lebih selesa untuk sama-sama mencari rezeki dengan anggota kumpulan Wings yang lain.

Peniaga abadikan nama 'Warung Pak Jabit', mahu nostalgia filem terus hidup
Kedai makan terbiar yang pernah menjadi lokasi penggambaran tiga filem Allahyarham Mamat Khalid kini 'kembali' meriah.

Tourism Perak anjur wayang pacak tayang filem Mamat Khalid
Kome digalakkan membawa kerusi 'healing' atau 'bean bag' untuk keselesaan. Usoh riso kome! Masuk adalah percuma!

'Barkoba' lonjak semula populari Bell, tak lupa jasa Mamat Khalid
Katanya, watak Barkoba cukup memberi kesan dalam hidupnya, sekali gus melonjakkan semula popularitinya dalam dunia hiburan tanah air.

Berkat restu ibu, minum susu atas bas, kemenangan Bell Ngasri lambang kualiti berbanding populariti
Dia mengaku adalah pelaku seni yang hanya tahu bekerja dan tidak memerlukan populariti.

Filem pertama terbitan Awie 'Sue-On' ke pawagam Julai ini
Awie berkata, pemilihan genre seram komedi dibuat memandangkan sekarang ini dia sememangnya sudah sinonim dengan genre sedemikian.

Runding dengan waris Allahyarham Mamat Khalid, wujud galeri seni di Kampung Kuchai
MBI perlu mendapat persetujuan daripada waris Allahyarham bagi menempatkan barangan dan karyanya di galeri yang terletak di Kampung Kuchai.

Aidilfitri: Peminat cari kubur Mamat Khalid, isteri ucap terima kasih
Peminat cari kubur Mamat Khalid, isteri ucap terima kasih