IPOH: Proses rundingan sedang dijalankan di antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan waris Allahyarham Mamat Khalid bagi mewujudkan sebuah galeri seni di Ipoh, kata Datuk Bandar Datuk Rumaizi Baharin.
Katanya, pihaknya perlu mendapatkan persetujuan daripada waris Allahyarham bagi menempatkan barangan dan karyanya di galeri ilham Mamat Khalid yang akan bertapak di Kampung Kuchai, di sini.
"Kita sedang berunding dengan waris Allahyarham. Tapak untuk galeri itu sudah ada dan dulu memang dah nak jadi, tetapi apabila Mamat Khalid meninggal dunia, terhenti sementara.
"Kita memang kena buat rundingan dengan waris. Kalau kita buat (galeri) sekali pun, tetapi barangan itu tiada persetujuan untuk diletakkan di galeri, maka rugilah. Kalau waris setuju, baru kita boleh teruskan.
"Kalau waris setuju maka kita akan bawa ke peringkat kerajaan negeri. Setakat ini masih belum dapat pengesahan dari keluarganya. Kita sudah berjumpa dengan waris (anak arwah) sebanyak dua kali," katanya lagi.
Rumaizi berkata demikian ketika diminta mengulas tentang status galeri seni ilham Mamat Khalid yang sebelum ini dikatakan akan diwujudkan di kawasan Kampung Kuchai.
Ia bagi merealisasikan rundingan di antara MBI dengan Allahyarham Mamat Khalid semasa hayatnya.
Ditanya sama ada pihaknya optimis projek itu akan dijayakan dalam masa terdekat, beliau berkata peluang itu cerah berikutan keluarga Allahyarham yang memberi kerjasama baik.
"InsyaAllah setakat ini saya rasa mereka memang berminat, cuma mungkin ada beberapa isu yang perlu diselesaikan sebelum galeri itu dapat direalisasikan," katanya.
Terdahulu, Rumaizi ditemui pemberita selepas merasmikan program Pesta Panjut Antara Sektor MBI di Padang Ipoh, malam tadi.
Sebelum ini media melaporkan, sebuah galeri seni bakal diwujudkan di kawasan Kampung Kuchai di Ipoh.
Galeri berkenaan akan memberi nilai tambah kepada produk pelancongan negeri, khususnya di Pekan Lama, Ipoh.
Sepanjang kerjaya seninya, Allahyarham Mamat telah menghasilkan banyak filem yang berjaya di pasaran seperti Hantu Kak Limah, Zombie Kampung Pisang, Mak Laksa, Rock Oo Rock Bro dan banyak lagi.
Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid, sutradara kelahiran Ipoh, meninggal dunia pada usia 58 tahun pada 24 Oktober 2021.
Aida Aziz
Sat Apr 15 2023
Rumaizi bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program Pesta Panjut Antara Sektor MBI di Padang Ipoh, malam tadi. - Foto Astro AWANI
Saya satu-satunya yang anda ada, yang lain setakat bercakap - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menjawab mengenai dirinya yang dikaitkan dengan sebuah 'page' bola sepak yang mendakwa seorang pemain berpangkalan di Eropah mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.
Laporan DNA Cikgu Istiqomah siap, diserah kepada pendakwaan
Laporan bedah siasat dan dna guru sekolah, Istiqomah Ahmad Rozi sudah disiapkan dan diserah kepada pihak pendakwaan.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
'Saya kehilangan adik lelaki saya hari ini' - Fauziah Ahmad Daud
Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita sedih mengenai pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud akibat masalah batu karang dalam hempedu.
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Mogok pekerja Starbucks merebak ke beberapa bandar di Amerika Syarikat
Pekerja Starbucks di Amerika Syarikat meluaskan mogok mereka ke Boston, Dallas dan Portland di tengah-tengah pertikaian buruh yang memuncak.
Aplikasi Files by Google terima integrasi Gemini untuk rumus fail PDF
Ciri ini memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan dokumen PDF tanpa perlu memuat naik fail ke dalam aplikasi Gemini.
Institusi perubatan awam makin parah - Gerakan
Parti Gerakan menyifatkan institusi perubatan awam dalam negara menghadapi gelombang besar dan parah.
Hospital kerajaan terbeban jika M40 batal polisi insurans - Sim Tze Tzin
Hospital kerajaan akan menjadi terlalu padat akibat pertambahan pesakit daripada golongan M40 yang tidak lagi mampu membayar polisi insurans.
Gangguan seksual di UA perlu bukti, fakta diperoleh melalui kaedah tepat
Sebarang dakwaan berhubung gangguan seksual hendaklah berasaskan kepada bukti dan fakta yang diperoleh melalui kaedah tepat dan boleh dipercayai.
Perlis harap tempoh operasi pintu sempadan Padang Besar, Wang Kelian dilanjutkan
Kerajaan Negeri Perlis berharap operasi ICQS Padang Besar dilanjutkan kepada 12 tengah malam manakala di ICQS Wang Kelian pula beroperasi hingga 9 malam.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
Arwah Dollah Cantek miliki sifat humor ketika bekerja - Eric Floor 88
Pengacara dan juga bekas pengurus pentas program-program terbitan Astro, Dollah Cantek selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg Pusu Gombak.
'Saya ada sahabat perlu dijaga' - Awie utama rezeki dengan Wings, korban kerjaya solo
Menurut Awie, dia kini lebih selesa untuk sama-sama mencari rezeki dengan anggota kumpulan Wings yang lain.
Peniaga abadikan nama 'Warung Pak Jabit', mahu nostalgia filem terus hidup
Kedai makan terbiar yang pernah menjadi lokasi penggambaran tiga filem Allahyarham Mamat Khalid kini 'kembali' meriah.
Tourism Perak anjur wayang pacak tayang filem Mamat Khalid
Kome digalakkan membawa kerusi 'healing' atau 'bean bag' untuk keselesaan. Usoh riso kome! Masuk adalah percuma!
'Barkoba' lonjak semula populari Bell, tak lupa jasa Mamat Khalid
Katanya, watak Barkoba cukup memberi kesan dalam hidupnya, sekali gus melonjakkan semula popularitinya dalam dunia hiburan tanah air.
Berkat restu ibu, minum susu atas bas, kemenangan Bell Ngasri lambang kualiti berbanding populariti
Dia mengaku adalah pelaku seni yang hanya tahu bekerja dan tidak memerlukan populariti.
Filem pertama terbitan Awie 'Sue-On' ke pawagam Julai ini
Awie berkata, pemilihan genre seram komedi dibuat memandangkan sekarang ini dia sememangnya sudah sinonim dengan genre sedemikian.
Runding dengan waris Allahyarham Mamat Khalid, wujud galeri seni di Kampung Kuchai
MBI perlu mendapat persetujuan daripada waris Allahyarham bagi menempatkan barangan dan karyanya di galeri yang terletak di Kampung Kuchai.
Aidilfitri: Peminat cari kubur Mamat Khalid, isteri ucap terima kasih
Peminat cari kubur Mamat Khalid, isteri ucap terima kasih