ENTAH apa yang sedang dilakukan Bell Ngasri hari ini selepas dijulang Bintang Paling Popular ke-35 menerusi sebuah anugerah baru-baru ini.
Mungkin sedang diraikan keluarga, sahabat ataupun peminat — yang akui Bell saat di atas pentas sebagai ‘entah datang dari mana kerana saya tiada kelab peminat’.
Atau Bell yang lebih akrab disapa Barkoba lewat kebelakangan ini serta laungan "Yak Yak Yeay" yang menjadi 'trademark'nya sedang menggilap bukan satu tapi dua trofi yang digenggam selepas 37 tahun menjadi pelaku seni.
Jika tidak menang, tidak ramai yang tahu kesukaran Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri, 42, berdepan dilema yang dilalui dalam dunia seni hiburan.
Hanya selepas dinobat paling popular, Bell memuntahkan semua perasaan yang sarat ditanggung.
Mama angkut naik bas mini
Paling utama, dalam kesemua ucapannya dapat kita hadam bahawa restu dan doa manusia paling kuat di dalam dunia iaitu ibu adalah kunci terhadap kejayaan Bell.
“Saya ingat Mama, dialah yang nak sangat anaknya berlakon.
“Masa kecil, saya enam tahun, adik tiga dan dua tahun mama angkut naik bas mini. Bawa beg dan menyusu bergilir-gilir dalam bas.
“Ini (kemenangan) hadiah untuk dia. Dia (ibu) yang nak sangat anak dia berlakon sampai sekarang. Ah Bell dah buat,” dedah Bell seraya disambut sorak dan tepukan tetamu yang memenuhi ruang Istana Budaya.
Sementara di rumah, seluruh Malaysia yang menyaksikan ucapan Bell barangkali ikut kembang hati dan sebak.
Apa lagi saat Bell membuka cerita: “Sekecil-kecil watak, belakang hero, di celah-celah orang, muka inilah yang orang layan time iklan jika ada majlis seperti ini tapi saya bersyukur ada orang yang minat.
“Akhirnya hari ini menjadi bukti. Terima kasih semua,” katanya lagi.
Kenangan Mamat Khalid
Tidak mahu khalayak melupakan jasa sutradara Allahyarham Mamat Khalid yang mencipta watak Barkoba lewat siri 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa, Bell juga membuat satu pendedahan.
Dia mengaku adalah pelaku seni yang hanya tahu bekerja dan tidak memerlukan populariti.
Tetapi setelah 37 tahun, kualiti yang tidak pernah berkurang dicurahkan daripadanya akhirnya membawa Bell ke tangga teratas populariti.
“Allahuakbar, bersyukur ke hadrat Ilahi saya adalah antara orang yg pernah cakap tak perlu populariti, tak bergantung dengan benda ini tapi masih ada industri,” katanya.
Dan melalui Bell kita percaya dalam apa keadaan sekalipun yang dipandang lebih tinggi adalah kualiti kerana ia berkekalan, namun populariti adalah seperti air laut yang ada pasang dan juga boleh surut lalu dibawa ombak dan tidak pulang. -Gempak
Gempak
Sun Jul 23 2023

Bell mengaku adalah pelaku seni yang hanya tahu bekerja dan tidak memerlukan populariti. -Gempak

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Terima kasih beri saya watak utama' - Bell Ngasri gila-gila dalam Geng Sakau vs Hantu Ting Tong
Menurut Bell, sebelum ini dia pernah bekerjasama bersama KRU Studios menerusi filem Cicakman.

Adik dikecam jadi Timbalan Pengerusi GiatMARA, ini respons Bell Ngasri
Bell berkata dia tidak berasa sedih kerana itu adalah lumrah kehidupan dan orang ramai boleh memberikan apa sahaja pendapat di media sosial.

Bell Ngasri terima Mini Cooper Clubman S bernilai RM200,000
Bell Ngasri teruja menerima hadiah kereta jenama Mini Cooper Clubman S bernilai RM200,000 tajaan syarikat kenderaan DTC Motors pada Isnin.

Tak perlu kontroversi murahan, ini kisah kejayaan figura hebat Bell Ngasri, Elly Mazlein dan Tyzo
Kemenangan figura hebat ini juga menarik perhatian Public Health Malaysia yang turut berkongsi serba sedikit mengenai kejayaan mereka.

'Barkoba' lonjak semula populari Bell, tak lupa jasa Mamat Khalid
Katanya, watak Barkoba cukup memberi kesan dalam hidupnya, sekali gus melonjakkan semula popularitinya dalam dunia hiburan tanah air.

Berkat restu ibu, minum susu atas bas, kemenangan Bell Ngasri lambang kualiti berbanding populariti
Dia mengaku adalah pelaku seni yang hanya tahu bekerja dan tidak memerlukan populariti.

Bell Ngasri terima anugerah khas daripada stesen nombor 1 ERA
Anugerah tersebut dedikasi khas buat Bell selepas puluhan tahun dalam industri seni, daripada seusia kanak-kanak sehingga sekarang.

'Mama jangan sedih-sedih' - Bell menangis cerita kerisauan ibu selepas dicalonkan
Bell menitipkan ucapan agar ibunya tidak terlalu memikirkan tentang pencalonan sulungnya di anugerah itu.

Bukan sekadar tulang belakang kerjaya suami, isteri Bell Ngasri juga nama hebat dalam industri
Yang pasti, Sha bukan calang-calang wanita kerana dia juga berkerjaya dan berpengalaman dalam industri seni.

Ini penghinaan daripada orang yang sangat hina - Bell Ngasri
Menurut Bell, wanita berkenaan terlalu mencuba untuk menjadi kelakar sehingga tidak memikirkan bahan jenaka yang ingin dipersembahkan.