PELAKON Bell Ngasri mengambil kesempatan untuk menyatakan penghargaan kepada KRU Studios atas kepercayaan memberikan tanggungjawab kepadanya menjadi pelakon utama dalam filem Geng Sakau vs Hantu Ting Tong.
Menurut Bell, sebelum ini dia pernah bekerjasama bersama KRU Studios menerusi filem Cicakman.
“Saya berlakon sewaktu saya balik dari Makkah, sebab itu rambut saya dalam filem ini pendek macam itu. Sekitar pertengahan tahun lepas, bulan Mei kalau tak salah saya.
“Saya dengan KRU sebelum ini pernah buat Cicakman dan untuk Geng Sakau vs Hantu Ting Tong ini saya merupakan watak utama.
“Tetapi tidak hanya saya, kita juga ada kawan-kawan lain bersama. Saya ingin mengambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada KRU yang sudi letakkan saya sebagai salah seorang watak utama,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai Geng Sakau vs Hantu Ting Tong, Bell berkata ini merupakan kali pertama dia bekerja di bawah pengarahan Waan Hafiz.
“Sebelum ini saya kenal menerusi profil dia, kerja-kerja yang dia pernah hasilkan. Tidak secara rapat.
“Bila dah bekerja sekali barulah dapat kenal lebih akrab. Insya-Allah dengan hasil kerja yang dia lakukan, mungkin boleh kembali bekerja untuk naskhah yang lain,” ujarnya.
Filem komedi seram arahan Waan Hafiz ini menampilkan barisan pelakon popular seperti Bell Ngasri, Shashic Lewan, James Arokisamy, Nabila Razali, Aziz M Osman, Chew Kin Wah dan Chelsea Ng.
Jangan lupa saksikan Geng Sakau vs Hantu Ting Tong di pawagam rumah anda iaitu Astro First (saluran 480).
Sinopsis:
Geng Sakau vs Hantu Ting Tong ini mengisahkan tentang kehidupan penduduk flat yang menjadi kucar kacir apabila mereka mula diganggu oleh makhluk ghaib.
Gangguan itu berlaku apabila sekumpulan penyakau yang diketuai oleh Amir (Bell Ngasri) mencuri pakej yang mengandungi sebuah batu permata yang telah lama hilang dan menjadi punca kepada gangguan makhluk mistik yang menghantui penghuni flat tersebut. -Gempak
Gempak
Sun Oct 22 2023

Bell Ngasri menyatakan penghargaan kepada KRU Studios atas kepercayaan memberikan tanggungjawab kepadanya menjadi pelakon utama dalam filem Geng Sakau vs Hantu Ting Tong. -Gempak

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Terima kasih beri saya watak utama' - Bell Ngasri gila-gila dalam Geng Sakau vs Hantu Ting Tong
Menurut Bell, sebelum ini dia pernah bekerjasama bersama KRU Studios menerusi filem Cicakman.

Filem Hantu Kak Limah raih RM1.8 juta di hari pembukaan
Filem francais komedi seram, Hantu Kak Limah catat sejarah selepas meraih kutipan tertinggi berjumlah RM1.8 juta pada hari pembukaannya semalam.