TIADA apa yang mampu dipanjatkan sutradara tersohor negara, Mamat Khalid selain daripada kesyukuran pada Yang Maha Esa kerana keadaan jantung, buah pinggang dan paru-parunya sudah semakin stabil.
Kalau ada kebimbangan sekalipun, pengarah Hantu Kak Limah itu hanya perlu memberi perhatian pada hatinya.
Dalam masa sama, Mamat harus terus menjalani rawatan fisioterapi dengan pembantu perubatan yang datang ke rumahnya setiap hari.
Rawatan berkenaan bagi mengembalikan semula kekuatan kakinya yang lemah.
"Ketika koma, banyak otot saya yang kecut menyebabkan saya harus kembali membina otot dengan melakukan rawatan fisioterapi di rumah dengan bantuan MA (pembantu perubatan).
"Selebihnya, saya harus mengawal pemakanan selain menjalani kehidupan yang lebih sihat," kata Mamat dalam temubual dengan Astro AWANI menerusi telefon pada Isnin.
Menurut beliau, semasa koma, doktor turut melakukan rawatan dialisis padanya untuk membersihkan toksik yang ada dalam tubuhnya.
"Semasa dalam koma juga doktor 'membersihkan' toksik dalam tubuh saya. Alhamdulillah saya semakin sihat. Saya juga tidak sabar untuk menanti kedatangan bulan Ramadan," kata Mamat yang kini bebas daripada penderitaan radang paru-paru.
Pada Januari lalu, Mamat berada dalam keadaan kritikal ketika dirawat di sebuah hospital di Petaling Jaya, Selangor selepas mengadu sakit dada dan batuk.
Beliau yang berusia 56 tahun berada dalam koma selama tiga minggu di Unit Rawatan Rapi (ICU).
BACA: Mamat Khalid dilapor kritikal, isteri pohon doakan yang terbaik
Mamat yang kini berkerusi roda juga memberitahu, berat badannya semakin susut sejak jatuh sakit.
"Namun begitu, saya bersyukur kerana keadaan saya semakin stabil. Alhamdulillah, terima kasih kepada Allah kerana mengurniakan kesihatan yang baik buat saya. Terima kasih juga pada keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus mendoakan saya," kata Mamat lagi.
Menjelang Ramadan yang akan disambut awal bulan depan, Mamat juga sudah menyiapkan karya terbaharu untuk ditayangkan di saluran Astro.
Naskhah bertajuk "17 Puasa" itu merupakan telemovie komedi lakonan Aziz M. Osman dan Nasrizal Ngasri.
Telefilem ini mengisahkan sekumpulan penduduk kampung yang suka ponteng puasa dan menyembunyikan kegiatan mereka dari pengetahuan keluarga masing-masing.
"17 Puasa" merupakan kesinambungan daripada filem "15 Puasa" (2004) dan "16 Puasa" (2017).
Saharudin Musthafa
Mon Apr 29 2019

Wajah terbaharu Mamat Khalid yang dikirim beliau kepada Astro AWANI menerusi kiriman mesej WhatsApp.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pemindahan pertama buah pinggang babi beri sinar kepada pesakit
Kejayaan prosedur pembedahan pemindahan buah pinggang babi ke manusia yang pertama di Amerika Syarikat (AS) disifatkan sebagai kemajuan besar di negara itu.

Madonna dedah koma 48 jam selepas jatuh, dakwa selamat dijaga malaikat
Pesohor seni Madonna berkongsi pengalaman insiden dirinya jatuh sakit sehingga koma selama dua hari atau 48 jam yang sempat mengejutkan peminatnya di seluruh dunia.

Penting untuk tingkatkan kesedaran terhadap kesihatan buah pinggang
Menurut Dr Wong Hin Seng, antara punca utama ESKD ialah diabetes, diikuti penyakit darah tinggi.

Polis Itali hantar buah pinggang guna Lamborghini
Organ tersebut dihantar dari Padua di timur laut Itali ke hospital di Modena dan ibu kota Rom.

Bukan berpunca dari ubat kurus! Shahrulezad dedah buah pinggang Nad Zainal dalam keadaan baik
Shahrulezad berkata kadar kebergantungan Nanad pada mesin oksigen pun semakin berkurangan.

Ubat batuk buatan India didakwa punca 66 kematian di Gambia - WHO
WHO juga mengeluarkan amaran produk perubatan dan meminta pengawal selia mengeluarkan barangan Maiden Pharma daripada pasaran.

Jual buah pinggang untuk beli iPhone 14? Doktor Thailand tegaskan jenaka itu tidak beretika
Di Thailand, frasa jual buah pinggang untuk iPhone 14 dilihat berleluasa hingga menjadi tular di beberapa platform media sosial.

Lebih 200 batu karang dalam buah pinggang
Pesakit berkenaan mengalami sakit teruk di bahagian kiri perutnya sejak lebih lima bulan lalu.

'Hadiah paling bermakna' - Lelaki derma buah pinggang buat bapa
Pemindahan buah pinggang untuk ayahnya merupakan hadiah paling bermakna dan berharga yang pernah dia berikan kepada insan istimewa ini.

Perokok dijangkiti COVID-19 berdepan komplikasi dua kali ganda lebih teruk
Data diperoleh daripada kajian terhadap 5,889 kes COVID-19 yang dirawat di seluruh negara dari 1 Februari hingga 31 Mei 2020.