JOHOR BAHRU: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM15 juta kepada negeri ini, antaranya untuk pembangunan Kampung Baru Cina serta geran perniagaan berasaskan sains dan teknologi.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata peruntukan itu diterima daripada Kementerian Perpaduan Negara serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Katanya bagi pembangunan Kampung Baru Cina serta geran perniagaan berasaskan sains dan teknologi masing-masing menerima peruntukan RM5 juta.
"Sebanyak RM5 juta lagi untuk rumah ibadat bukan Islam seluruh negeri Johor," katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau pada Ahad.
Selain itu, katanya sebanyak RM500,000 turut diberikan kepada projek pencahayaan di daerah Kota Tinggi.
Menurut Onn Hafiz kerajaan negeri turut memperuntukkan RM3.6 juta bagi menyelesaikan beberapa isu di daerah tersebut dengan RM2.3 juta daripadanya adalah untuk projek Rancangan Tebatan Banjir di Kota Mas.
"Sebanyak RM500,000 diperuntukkan untuk kerja-kerja pendawaian elektrik Bangunan Sultan Iskandar iaitu di Bangunan Pejabat Daerah, manakala RM800,000 lagi bagi menaik taraf longkang sekali gus menyelesaikan jalan terputus akibat banjir di daerah itu," katanya.
Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi daerah Kota Tinggi yang turut dihadiri Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique, yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba, yang juga Ahli Parlimen Tenggara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 22 2022
Onn Hafiz berkata peruntukan itu diterima daripada Kementerian Perpaduan Negara serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. - Gambar fail
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kluang bakal jadi hab logistik Johor - Menteri Besar
Kluang bakal menjadi hab logistik bagi negeri Johor berikutan pembangunan beberapa projek infrastruktur di daerah itu.
'Ada pihak kurang ajar, cuba kaitkan TMJ dengan kes rasuah Pengarah SPRM' - MB Johor
Onn Hafiz berkata, ia satu cubaan menjatuhkan institusi raja dan merupakan sikap yang tidak bertanggungjawab, biadap serta kurang ajar.
KPISM sanjung keprihatinan MB Johor
KPISM sentiasa berhubung rapat dengan pegawai yang bertugas di pintu masuk utama negara terutamanya BSI yang juga merupakan antara pintu masuk tersibuk di dunia.
Johor bakal rombak portfolio Exco - Onn Hafiz
Onn Hafiz mengesahkan perkara itu dan ia akan diumumkan pada minggu depan.
RM5 juta untuk Jualan Kasih Johor - Onn Hafiz
Johor memperuntukkan RM5 juta bagi program Jualan Kasih Johor (KASIH) di 300 lokasi di seluruh negeri sepanjang tahun ini.
Johor bentang Belanjawan 2024 dengan lebihan RM4.21 juta
Kerajaan negeri hari membentangkan Belanjawan Johor 2024 yang merupakan belanjawan lebihan sebanyak RM4.21 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di sini, hari ini.
2,626 kes penipuan di Johor, rugi RM166.3 juta - MB
2,626 kes penipuan direkodkan di Johor, dengan kerugian berjumlah RM166.3 juta dalam tempoh sembilan bulan bermula Januari lepas.
Belanjawan 2024: Insentif untuk Johor jadi tunjang utama pembangunan negeri - MB
Onn Hafiz menyifatkan insentif diberikan kepada Johor menerusi Belanjawan 2024 akan terus menjadi tunjang utama dalam pembangunan negeri Johor.
Johor terima peruntukan tambahan RM2 juta naik taraf zoo
Peruntukan tambahan RM2 juta disalurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi kerja-kerja menaik taraf Zoo Johor.
Johor nyatakan kesediaan jadi lokasi penubuhan rangkaian Supercharger Tesla
Kerajaan negeri telah menyatakan kesediaan dan potensi Johor untuk menjadi lokasi penubuhan rangkaian Supercharger Tesla.