KUALA NERUS: Kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi pelaksanaan Program Penyeragaman Harga di enam negeri tahun ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid berkata enam negeri tersebut termasuk Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pahang.
Beliau berkata peruntukan itu akan memanfaatkan kira-kira 1.2 juta rakyat di kawasan pedalaman dan pulau, yang terpaksa membayar harga barangan keperluan asas pada kadar lebih tinggi berbanding kawasan bandar disebabkan faktor jarak serta logistik.
"Sebanyak 798 kawasan pengedaran di 189 zon telah dikenal pasti untuk pelaksanaan program tersebut.
"Di Sabah kita ada sebanyak 224 kawasan pengedaran, Sarawak (540 kawasan pengedaran), Kedah (satu kawasan pengedaran), Kelantan (15 kawasan pengedaran), Terengganu (dua kawasan pengedaran) dan Pahang (16 kawasan pengedaran)," katanya selepas Program Penyeragaman Harga di Pulau Redang, hari ini.
Turut hadir Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saharuddin Mohd Kia.
Dalam perkembangan lain, Rosol berkata KPDNHEP memberi jaminan bekalan barangan makanan termasuk ayam dan telur untuk bulan puasa ini adalah mencukupi.
Beliau berkata pemantauan harga bagi makanan berasaskan telur dan ayam juga akan dijalankan secara berkala, bagi memastikan tiada aktiviti pencatutan oleh peniaga pada bulan berkenaan.
"Kita telah diberi jaminan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bahawa barangan keperluan asas terputus atau sukar diperoleh takkan berlaku.
"Kita jangka akan berlaku sedikit kenaikan harga pada bulan puasa, tetapi nak ingatkan juga peniaga supaya jangan terlibat dengan pencatutan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 18 2022

Rosol (kiri) mendengar sesuatu yang diperkatakan peniaga mengenai harga beras sempena Program Penyeragaman Harga Zon Pulau Redang di Kampung Baru Pulau Redang, Kuala Nerus, 18 Mac 2022. --fotoBERNAMA

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Langkah Dubai: Rosol yakin kerajaan akan bertukar
Ini kerana rakyat ketika ini tidak berpuas hati berhubung isu melanda negara terutama melibatkan kos sara hidup serta kenaikan harga barang.

PRU15: PN Terengganu kemuka senarai calon pada 3 Nov - Rosol
Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan senarai calon yang akan bertanding di lapan kerusi Parlimen di Terengganu pada PRU15, 3 November depan.

Kartel ayam: MyCC lanjut tempoh representasi lima syarikat ke 19 Disember
Representasi itu bagi tujuan untuk pihak terbabit mengemukakan bukti sekali gus menafikan kesalahan menaikkan kuantum harga makanan ternakan itu sebelum ini.

Bekalan makanan cukup sempena Deepavali - Rosol
Bekalan makanan dan keperluan pada musim perayaan Deepavali dijamin mencukupi, kata Timbalan Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Rosol Wahid.

Perkasa peranan Rakan KPDNHEP melalui pemberian insentif
Kini terdapat lebih 800,000 Rakan KPDNHEP yang berdaftar di seluruh negara, namun hanya 10 peratus yang benar-benar aktif.

KPDNHEP akan bincang dengan pembekal isu bekalan telur ayam - Rosol
KPDNHEP akan berbincang dengan pihak pembekal telur ayam di negara ini bagi menyelesaikan masalah bekalan bahan makanan itu yang disifatkan tidak stabil di pasaran.

Lebih ramai penduduk pedalaman, luar bandar nikmati harga barang lebih murah tahun depan
Peruntukan RM200 juta melalui Bajet 2023 bagi menampung kos pengangkutan untuk Program Penyeragaman Harga dan Pengedaran Barang Perlu.

KPDNHEP teruskan Program Food Bank Malaysia bantu mangsa banjir
Bagi membantu mangsa banjir sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka melanda tidak lama lagi.

KPDNHEP bincang isu bekalan telur ayam Isnin ini
Rosol berkata, ketika ini situasi bekalan telur ayam di dalam negara masih terkawal.

KPDNHEP rancang adakan KBM lebih besar tahun hadapan
Karnival itu akan diadakan seperti MAHA yang mengumpulkan semua barangan tempatan di One-Stop Showcase.