IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bekalan Telur bagi berbincang mengenai isu kekurangan barangan keperluan itu pada Isnin depan.
Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, ketika ini situasi bekalan telur ayam di dalam negara masih terkawal.
Menurutnya, pegawai KPDNHEP akan memantau situasi berkenaan dan berharap perkara itu tidak serius.
"Semalam saya dapat panggilan daripada seorang pengusaha telur ayam dalam negara. Mereka mengaku oleh kerana kenaikan mata wang Amerika Syarikat menjadikan mereka tak mampu lagi untuk mengeluarkan telur.
"Jadi mereka memohon supaya kerajaan menambah lagi subsidi. Hari ini kita bagi subsidi 3 sen sebiji tetapi mereka nak 7 sen sebiji.
"Jika tidak, masalah bekalan ini dikhuatiri akan mendatangkan masalah berterusan.
"Saya akan bawa isu ini untuk dibincangkan pada Isnin ini. Setakat ini isu tersebut masih terkawal," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Perasmian Karnival Barangan Malaysia 2022 di pekarangan Mydin Mall Meru Raya di sini pada Sabtu.
Hadir sama pada majlis itu, Exco KPDNHEP, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Perak, Datuk Abdul Yunus Jamahri dan Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd Yusof.
Sinar Harian pada Sabtu mendedahkan beberapa negeri berdepan masalah kekurangan telur ayam di pasaran apabila barangan tersebut sukar didapati.
Sementara itu, mengenai bekalan barang-barang keperluan untuk menghadapi banjir, Rosol berkata, pihaknya sudah mengadakan mesyuarat bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
Menurutnya, selain itu pihak kementerian turut membenarkan pemborong di kawasan yang akan terlibat dengan bencana banjir menyimpan lebih 30 peratus stok daripada jumlah biasa bagi memastikan barangan keperluan mencukupi.
"Bagi sukarelawan yang mahu menyumbang kepada mangsa, kita minta mereka beli barang-barang di luar kawasan bencana bagi mengelak keperluan penduduk tempatan berkurangan.
"Contohnya jika banjir di Ipoh, penyumbang beli barang-barang dari Kuala Lumpur dan bawa ke tempat bencana untuk pastikan bekalan cukup," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 02 2022

Rosol (tengah) menerima cenderahati daripada Abdul Yunus selepas menyempurnakan Perasmian Karnival Barangan Malaysia 2022 di pekarangan Mydin Mall Meru Raya pada Sabtu. -Foto Sinar Harian

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Penurunan harga telur: Peniaga lega, bantu kurangkan kos operasi
Penurunan harga runcit telur ayam memberi peluang kepada peniaga khususnya penjual makanan meraih sedikit keuntungan.

Johor kerjasama dengan FAMA wujudkan mekanisme pembayaran tanpa tunai BRAJ
Langkah itu dapat membezakan pembelian rakyat tempatan dan warga asing khususnya Singapura yang turut berbelanja di bazar berkenaan.

Syarikat peruncit didakwa jual telur ayam gred B melebihi harga maksimum
Syarikat peruncit Kumpulan Usaha Keluarga Jaya Sdn Bhd dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjual telur ayam gred B melebihi harga maksimum pada awal tahun ini.

Harga siling ayam, telur kekal sehingga selepas Aidilfitri - Salahuddin
KPDN beri jaminan bahawa bekalan ayam dan telur mencukupi serta dijual mengikut harga siling yang ditetapkan, sepanjang Ramadan dan Aidilfitri.

Menyamar kapten tentera tipu jual telur, suami isteri didakwa
Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu pembekalan 4,245 papan telur ayam tidak wujud, hujung tahun lalu.

Lebih 18 juta telur ayam diedarkan FAMA sejak November 2022
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengedarkan sebanyak 18.06 juta biji telur ayam untuk dipasarkan melalui 368 outlet peruncitannya sejak November tahun lepas hingga hari ini.

Pengeluaran bekalan telur ayam dalam negara beransur stabil - Mohamad
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menjangkakan pengeluaran bekalan telur ayam dalam negara kembali pulih menjelang hujung tahun ini.

Subsidi telur ayam diteruskan hingga Jun dengan kos RM1.28 bilion
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan meneruskan penyediaan subsidi bagi telur ayam sehingga Jun 2023 melibatkan kos sebanyak RM1.28 bilion.

Bekalan ayam, telur mencukupi menjelang Ramadan - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengesahkan bahawa bekalan ayam serta telur di Malaysia adalah mencukupi bagi menampung permintaan tinggi menjelang bulan Ramadan ini.

Gerai jual ayam dan telur RM10 diserbu pengunjung di Jualan JER 2.0
Pengunjung sanggup beratur seawal 8 pagi kerana barangan tersebut dijual pada harga runtuh, iaitu masing-masing hanya RM10.