KUALA BERANG: Bekalan makanan dan keperluan pada musim perayaan Deepavali dijamin mencukupi, kata Timbalan Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Rosol Wahid.
Rosol berkata jaminan tersebut diberikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam mesyuarat yang diadakan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), baru-baru ini.
Katanya barangan termasuk ayam dan telur ketika ini dilanda masalah kekurangan bekalan terutama di negeri Pantai Timur.
"Kita diberikan jaminan oleh MAFI bahawa bekalan makanan (seluruh negara) untuk Deepavali dan tempoh selepasnya dijamin mencukupi.
"Kita akui ada terima aduan mengenai kekurangan bekalan telur dan ayam di Terengganu dan Kelantan. Jadi kita harap MAFI akan dapat merealisasikan jaminan tersebut untuk kepentingan rakyat," katanya selepas pelancaran skim harga maksimum musim perayaan Deepavali 2022 di sini, hari ini.
Menurut Rosol, masalah kekurangan telur dan ayam di Pantai Timur dipercayai berpunca daripada kawalan harga maksimum yang terlalu lama oleh kerajaan dan sumber bekalan diperoleh dari Pantai Barat.
Sehubungan itu beliau berharap Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dapat bermesyuarat segera bagi membincangkan jalan penyelesaian bagi menangani isu yang membebankan rakyat itu.
"Maklumat ini kita terima daripada industri yang mendakwa kerajaan mengawal harga terlalu lama. Ia menyebabkan industri terkesan sekali gus menyebabkan kemasukan bekalan ayam dan telur bermasalah.
"Kesannya paling ketara di Pantai Timur kerana sumber bekalan makanan protein ini datang dari Pantai Barat seperti Melaka, Johor dan Perak," katanya.
Dalam pada itu, sebanyak 14 barangan termasuk ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, telur ayam gred B, telur ayam gred C, dan daging kambing biri-biri import bertulang diumumkan sebagai barangan kawalan perayaan Deepavali berkuat kuasa pada 20 hingga 26 Okt ini.
"Barangan lain yang turut disenaraikan ialah tomato, cili merah, kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil, bawang merah besar import dan kacang dal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022
Rosol (tengah) meninjau harga ayam pada majlis Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 di sebuah pasaraya Kuala Berang hari ini. - Foto BERNAMA
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
Bekalan makanan cukup sempena Deepavali - Rosol
Bekalan makanan dan keperluan pada musim perayaan Deepavali dijamin mencukupi, kata Timbalan Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Rosol Wahid.