KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPNHEP) akan memperkasakan semula peranan skuad sukarela, Rakan KPDNHEP bagi membantu memantau isu kepenggunaan seluruh negara.
Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata kini terdapat lebih 800,000 Rakan KPDNHEP yang berdaftar di seluruh negara, namun hanya 10 peratus yang benar-benar aktif dalam menyalurkan maklumat kepada kementerian.
Sehubungan itu beliau bercadang untuk menawarkan insentif atau sagu hati kepada skuad sukarela itu bagi menggalakkan mereka terus menjadi mata dan telinga kerajaan dalam isu kepenggunaan.
"Insya-Allah kita akan aktif dan perkasakan kembali skuad (Rakan KPDNHEP) ini dengan pemberian insentif dalam bentuk e-wallet atau token, mana yang aktif salurkan laporan atau maklumat kita akan bagi lebih.
"Kita sebenarnya ada ramai anggota yang berdaftar, tapi hanya sebilangan kecil yang proaktif dan selalu melapor isu kepada kita untuk diambil maklum dan tindakan," katanya selepas majlis penutup Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP-KPS 2022) Peringkat Kebangsaan 2022 di sini, semalam.
Menurut Rosol kewujudan dan khidmat Rakan KPDNHEP amat diperlukan bagi membantu pegawai dan anggota penguatkuasanya menjalankan pemantauan dengan lebih efektif di seluruh negara.
"Kita ada lebih kurang 2,200 pegawai dan anggota penguat kuasa, jumlah itu memang tak cukup kalau kita nak kerah untuk pantau seluruh negara, jadi peranan mereka penting untuk bantu pengguna," katanya.
Dalam pada itu, Rosol berkata pihaknya juga akan memperkasa peranan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) bagi memberi pendidikan dan pendedahan berkaitan ilmu kepenggunaan kepada golongan muda.
Sementara itu pada majlis semalam, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kidurong, Sarawak dinobatkan sebagai johan CIP-KPS 2022 setelah menewaskan 634 sekolah dari seluruh negara.
Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000, sijil dan piala.
Tempat kedua dimenangi oleh SMK Sri Nangka, Sabah manakala SMK Sains Shah Alam, Wilayah Persekutuan diumumkan tempat ketiga dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,000 berserta sijil serta piala.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022
Rosol Wahid (tiga, kiri) menyampaikan hadiah kepada Johan Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah 2022 dari SMK Kidurong, pada majlis penutup CIP-KPS 2022 di Kuala Terengganu semalam. -- fotoBERNAMA
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] 10 Nahas Ngeri Di Malaysia
Berikut adalah info berkenaan dengan sepuluh nahas ngeri di Malaysia.
Nahas Ayer Keroh: Ratusan menanti ketibaan jenazah
Bersama Khalish Kadir, Wartawan Astro AWANI di lokasi ketibaan jenazah lima sekeluarga.
Harga minyak naik didorong data pertumbuhan ekonomi AS
Harga minyak meningkat pada Selasa, disokong oleh data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh serta jangkaan bahawa aktiviti ekonomi global akan meningkatkan permintaan minyak.
Elak guna soket kelengkapan elektrik berlebihan
Orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi.
Rampasan lebih 200kg dadah, terbesar di Terengganu
Polis Terengganu melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu dengan merampas lebih 200 kilogram syabu bernilai RM7.8 juta.
Kertas siasatan dibuka kematian kucing di Universiti Malaya
Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian seekor kucing betina dikenali Lily, yang ditemukan dalam keadaan menyayat hati di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
Pejabat KDPB Sultan Pahang dinamakan sebagai Majlis Kesultanan Pahang
Dengan penukaran nama itu, satu lagi sejarah terlakar bagi institusi berkenaan yang berperanan memikul tanggungjawab dalam semua urusan membabitkan Sultan Pahang.
AWANI Borneo [24/12/2024] – Kes Bunuh ‘Amoi’ | ‘Hotspot’ Banjir | Sambutan Sederhana
Tumpuan AWANI Borneo 24 Dis 2024 bersama Pia Ernadya
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
Sambutan di Sibu sederhana, penduduk raikan bersama keluarga
Penduduk di Sibu sambut Krismas di bandar dan pulang kampung halaman ketika Gawai.
Perkasa peranan Rakan KPDNHEP melalui pemberian insentif
Kini terdapat lebih 800,000 Rakan KPDNHEP yang berdaftar di seluruh negara, namun hanya 10 peratus yang benar-benar aktif.
Peniaga, penyedia perkhidmatan diseru tidak ambil kesempatan terhadap pengguna
Peniaga dan penyedia perkhidmatan seharusnya menawarkan harga yang berpatutan bagi barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.