KUALA NERUS: Peruntukan RM200 juta melalui Bajet 2023 bagi menampung kos pengangkutan untuk Program Penyeragaman Harga dan Pengedaran Barang Perlu, akan membolehkan lebih ramai penduduk luar bandar dan pedalaman menikmati harga barangan yang sama dengan harga yang ditawarkan di kawasan bandar.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata peruntukan itu membolehkan kementerian memperluaskan Program Penyeragaman Harga dan Pengedaran Barang Perlu yang telah dilaksanakan sebelum ini ke lebih banyak kawasan pedalaman, termasuk di Sabah dan Sarawak.
"Jadi ini memberi kemudahan kepada rakyat di pedalaman menikmati harga barang yang sama seperti di bandar kerana kita telah lantik kontraktor secara tender untuk membekalkan barang keperluan di kawasan pedalaman," katanya kepada pemberita pada Karnival Jom Heboh 2022 Terengganu di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak, dekat sini, semalam.
Katanya setakat ini Program Penyeragaman Harga dan Pengedaran Barang Perlu telah memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta penduduk di lebih 700 kawasan pedalaman dan luar bandar di seluruh negara.
Bajet 2023 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen semalam memperuntukkan RM200 juta bagi menampung kos pengangkutan untuk pengedaran barang perlu sebagai inisiatif kerajaan memastikan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gas LPG, petrol dan diesel sampai kepada penduduk luar bandar pada harga yang berpatutan.
Sementara itu Rosol berkata kementerian akan tetap meneruskan penganjuran Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) secara besar-besaran pada tahun hadapan, meskipun peruntukan yang diberikan bagi kempen itu melalui Bajet 2023 adalah RM10 juta, berbanding RM20 juta untuk tahun ini.
"KBBM ini telah dilancarkan sejak 1984, namun kita melihat perlunya untuk diperhebatkan lagi kempen ini. Kita (Malaysia) sudah ada keluaran kereta, motosikal, penghawa dingin, pelbagai barangan makanan dan sebagainya. Jadi kita akan buat kempen itu besar-besaran tahun depan. Maknanya semua produk keluaran Malaysia kita akan kumpulkan dalam satu jualan karnival.
"Selain menghimpun usahawan tempatan termasuk usahawan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) jualan mega itu juga akan membolehkan pengunjung membeli barang seperti kereta di tempat jualan itu juga. Maknanya akan ada perkhidmatan bank dan sebagainya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 09 2022
![Lebih ramai penduduk pedalaman, luar bandar nikmati harga barang lebih murah tahun depan Lebih ramai penduduk pedalaman, luar bandar nikmati harga barang lebih murah tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665251094_RosolWahid.jpg)
Rosol berkata peruntukan itu membolehkan kementerian memperluaskan Program Penyeragaman Harga dan Pengedaran Barang Perlu yang telah dilaksanakan sebelum ini ke lebih banyak kawasan pedalaman. - Gambar fail
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024 Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736938209_tbKiyomizuderatemp.jpg)
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
![Kepengerusian ASEAN: Malaysia boleh majukan inisiatif karbon di rantau ini Kepengerusian ASEAN: Malaysia boleh majukan inisiatif karbon di rantau ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729938268_HazlandAbangHipni.jpg)
Kepengerusian ASEAN: Malaysia boleh majukan inisiatif karbon di rantau ini
Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia memberikan peluang terbaik untuk memajukan dagangan karbon dan kredit karbon dalam kalangan negara anggotanya.
![Belanjawan 2025: Kerajaan diharap sedia peruntukan khas tingkat industri pelancongan Melaka Belanjawan 2025: Kerajaan diharap sedia peruntukan khas tingkat industri pelancongan Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712735727_TBMelaka.jpg)
Belanjawan 2025: Kerajaan diharap sedia peruntukan khas tingkat industri pelancongan Melaka
Kerajaan Persekutuan diharapkan dapat memberikan peruntukan khas untuk memperbaiki infrastruktur dan kemudahan awam di Melaka.
![Program Kepimpinan Muda TH siri kedua perkasa sahsiah kepimpinan pelajar Program Kepimpinan Muda TH siri kedua perkasa sahsiah kepimpinan pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728393424_syedhamadahsyedot.jpg)
Program Kepimpinan Muda TH siri kedua perkasa sahsiah kepimpinan pelajar
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan usaha melestarikan pemerkasaan dan pembangunan sahsiah kepimpinan pelajar melalui Program Kepimpinan Muda TH siri kedua melibatkan 90 orang pelajar.
![[KOLUMNIS] Kerajaan komited majukan infrastruktur jalan raya di Sabah dan Sarawak [KOLUMNIS] Kerajaan komited majukan infrastruktur jalan raya di Sabah dan Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723734879_LebuhrayaPanBorneo.jpg)
[KOLUMNIS] Kerajaan komited majukan infrastruktur jalan raya di Sabah dan Sarawak
Di Malaysia, pembangunan infrastruktur seperti jalan raya merupakan kunci kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
![Bidang STEM: 100 saintis akan turun ke kawasan luar bandar - PM Bidang STEM: 100 saintis akan turun ke kawasan luar bandar - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723437985_AnwarIbrahim.jpg)
Bidang STEM: 100 saintis akan turun ke kawasan luar bandar - PM
Anwar berkata saintis-saintis mahir boleh mempamerkan penemuan-penemuan baharu dalam bidang sains, digital, mahupun kecerdasan buatan (AI).
![Sarawak perkenal MySRBN Home Prepaid Plan untuk kawasan luar bandar Sarawak perkenal MySRBN Home Prepaid Plan untuk kawasan luar bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719739498_SELANGAU.jpg)
Sarawak perkenal MySRBN Home Prepaid Plan untuk kawasan luar bandar
Sarawak akan memperkenalkan MySRBN Home Prepaid Plan iaitu pelan prabayar Internet bagi kegunaan setiap isi rumah di kawasan luar bandar dengan harga serendah RM5 seminggu untuk 200 gigabait (GB).
![KKDW sasar lima PKD Mobile tahun ini KKDW sasar lima PKD Mobile tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716592858_RubiahWang.jpg)
KKDW sasar lima PKD Mobile tahun ini
Rubiah berkata, ia berdasarkan sambutan baik masyarakat setempat terhadap program tersebut yang diadakan di tiga lokasi tahun lepas.
![KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716106827_TPMSARIKEI.jpg)
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
![PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713873211_AkmalNasrullah.jpg)
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.