Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar menentang keras sebarang cadangan menghentikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam.
Menurutnya, kerajaan wajib membela rakyat dan sepatutnya menyelesaikan masalah tanpa membebankan golongan itu.
“Saya secara peribadi menentang keras usaha atau pandangan penamatan skim pencen kepada rakyat yang berkhidmat dengan kerajaan sama ada lantikan lama atau baharu.
“Menjadi tanggungjawab kerajaan mengurangkan beban rakyat bukan sebaliknya,” katanya, yang juga Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara, menerusi satu kenyataan semalam.
Tambahnya, kerajaan wajib menanggung bebanan rakyat bukannya rakyat yang perlu menanggung bebanan kerajaan.
“Nak marah, marahlah... saya pun rakyat juga. Saya sanggup hilang kedudukan saya kerana isu ini,” katanya.
BACA: Ganti skim pencen: Mekanisme lantikan baharu perlu dibincang
BACA: Kerajaan akan teruskan skim pencen, namun cari jalan berjimat - Tun Mahathir
BACA: Kerajaan disaran semak semula skim pencen
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan cadangan untuk menghentikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam bagi lantikan baharu bermula tahun hadapan masih dalam peringkat kajian.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia akan dibawa ke peringkat Kabinet untuk persetujuan.
Sinar Harian
Sat Sep 07 2019

Mohd Fakhrulrazi berkata, kerajaan wajib menanggung bebanan rakyat bukannya rakyat yang perlu menanggung bebanan kerajaan. - Foto Facebook

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

'Bakar lagi saya lapor polis' - ADUN Meru selar pihak lakukan pembakaran terbuka
Katanya, tindakan membakar secara terbuka ini turut memberikan kesan kepada petugas kebersihan untuk membersihkan sampah berkenaan.

Khemah peniaga bazar 'terbang' dilanda ribut
Kejadian berlaku sekitar jam 4.30 petang ketika azan Asar susulan angin kuat disusuli hujan lebat dan kilat.

'Kerajaan perlu membela, bukan bebankan rakyat'
Menurutnya, kerajaan wajib membela rakyat dan sepatutnya menyelesaikan masalah tanpa membebankan golongan itu.