KLANG: Tular video berdurasi 33 saat memaparkan khemah 'terbang' seperti layang-layang yang dilaporkan berlaku di sebuah bazar Ramadan di hadapan masjid Pekan Meru pada petang Khamis.
Difahamkan kejadian berlaku sekitar jam 4.30 petang ketika azan Asar susulan angin kuat disusuli hujan lebat dan kilat seperti dikongsikan di Facebook Pekan Meru Klang.
Dalam entri berasingan, pemilik akaun Facebook sama turut memaparkan gambar selepas kejadian yang ada antara khemah itu terjatuh ke dalam sungai.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan pegawainya turun meninjau ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat tersebut.
Menurutnya, pihaknya dimaklumkan sekurang-kurangnya tujuh peniaga terjejas teruk dalam kejadian tersebut.
"Saya akan turun ke lokasi pada malam ini bagi meninjau keadaan di bazar dan juga rumah penduduk terjejas disebabkan ribut.
" Kita akan ambil maklumat mangsa dan berikan bantuan bersesuaian bagi meringankan beban mereka, " katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Sementara itu, seorang peniaga, Wan Mohd Zamri Wan Abdullah, 47 berkata, dia hanya sempat menjual nasi kerabu kepada dua pelanggan sebelum angin kuat datang menerbangkan khemah peniaga.
"Khemah saya tak terbang cuma tersangkut di pagar dan kakinya patah, manakala meja dah beralih hampir 10 meter.
"Mulanya memang berpaut nak elak khemah terbang tetapi keadaan angin yang terlalu kuat dan kilat menyebabkan saya ambil keputusan selamatkan diri bersama isteri dan anak berlindung dalam masjid," katanya
Katanya, dia kerugian kira-kira RM300 dalam kejadian tersebut dan makanan yang masih elok disedekahkan kepada pelanggan yang berkunjung di bazar.
Berita asal: Khemah peniaga bazar 'terbang' dilanda ribut
Sinar Harian
Sat May 01 2021
Video tular yang menunjukkan khemah 'terbang' dalam kejadian ribut di sebuah bazar Ramadan di hadapan masjid Pekan Meru, Klang pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Puting beliung gemparkan penduduk Pendang, Yan
Ribut di daerah itu mengakibatkan enam buah rumah penduduk rosak.
Operasi mencari diteruskan selepas ribut di Sepanyol ragut sekurang-kurangnya 158 nyawa
Sekurang-kurangnya 155 kematian direkodkan di Valencia, kawasan yang paling teruk terjejas.
Kemaman sekali lagi dilanda ribut
Daerah Kemaman sekali lagi dilanda ribut petang tadi hingga menyebabkan lebih 20 buah rumah di sekitar Chukai dan Kijal mengalami kerosakan, terutama di bahagian bumbung.
Ribut, hujan batu di Chukai: Warga emas hampir dihempap bumbung
Seorang warga emas nyaris dihempap siling rumah yang runtuh dalam kejadian ribut dan hujan air batu di Bandar Chukai dekat daerah Kemaman, petang semalam.
244 rumah rosak akibat ribut di Kemaman
Sebanyak 244 rumah rosak dalam kejadian ribut dan hujan air batu di Bandar Chukai di daerah Kemaman.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
Taufan Krathon: Taiwan batal semua penerbangan domestik pada Rabu
Dengan bahagian luar Taufan Krathon bergerak ke arah utara-timur laut melintasi selatan-barat daya Taiwan, semua penerbangan domestik pada Rabu dibatalkan.
'Tropical Depression' dijangka bertambah kuat, ancam Taiwan - CWA
Memandangkan keadaan persekitaran yang kondusif untuk perkembangannya, TD22 diramal mencapai sekurang-kurangnya tahap taufan.