KANGAR: Kerajaan Perlis berharap agar Zon Aliran Bebas di sempadan Wang Kelian-Thailand dapat dibuka semula, bagi merancakkan semula ekonomi masyarakat di kawasan berkenaan.
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata langkah itu adalah bagi membolehkan rakyat tempatan mendapat faedah sewajarnya di samping menghidupkan kembali kawasan itu yang semakin suram.
Azlan berkata banyak pihak boleh menjalankan perniagaan di kawasan terlibat, namun polisi yang ditetapkan telah membuatkan rakyat negara ini tidak mendapat manfaat sebaiknya.
"Akhirnya nanti kita akan berhadapan dengan suasana sama seperti yang berlaku di Bukit Kayu Hitam- Danok dan sebab itulah dasar kita kena betul dalam hal ini.
"Saya harap apa yang berlaku di Wang Kelian ini dapat diperbetulkan, di mana pada masa kini kita sendiri dapat lihat kawasan di Wang Prachan, Thailand mula membangun selepas kita menutup Zon Aliran Bebas ini," katanya selepas Majlis Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perlis di Dewan 2020 di sini pada Isnin.
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat ke majlis itu dan telah disambut Azlan dan isteri Datin Seri Noraswana Omar serta barisan exco kerajaan negeri.
Turut berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Sementara itu, baru-baru ini, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin menitahkan agar Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Wang Kelian di sini, dapat dinaik taraf dengan segera.
Azlan berkata kerajaan negeri sudah beberapa kali menyuarakan kepada kerajaan Persekutuan agar kemudahan Zon Aliran Bebas itu dapat diperkenalkan semula, bagi kemudahan penduduk dan masyarakat setempat.
"Kerajaan negeri memang sensitif dengan isu-isu keselamatan, pemerdagangan manusia dan penyeludupan, namun kita tak mahu hanya disebabkan oleh satu isu banyak pihak terpaksa merana.
"Kita mahukan pelaksanaan yang dapat memberi manfaat kepada semua khususnya rakyat tempatan," katanya.
Tambah Azlan kerajaan negeri juga telah mencadangkan agar aspek keselamatan di sempadan Wang Kelian dapat ditambah baik, malah perkara itu turut mendapat perhatian daripada Istana Perlis.
Kemudahan Zon Aliran Bebas di sempadan Wang Kelian sebelum ini dimansuhkan sejak 2015 atas faktor-faktor keselamatan.
Zon aliran bebas itu merupakan satu perintah yang mengecualikan rakyat Thailand dari keperluan mendapatkan pas lawatan dan keperluan mengemukakan pasport ke kawasan pintu masuk Wang Kelian di Malaysia serta mengecualikan rakyat Malaysia daripada keperluan mengemukakan pasport ke kawasan Wang Prachan di Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022
![Kerajaan Perlis harap Zon Aliran Bebas di Wang Kelian dibuka semula Kerajaan Perlis harap Zon Aliran Bebas di Wang Kelian dibuka semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652137674_KerajaanPerlis.jpg)
Kerajaan Perlis berharap agar Zon Aliran Bebas di sempadan Wang Kelian-Thailand dapat dibuka semula, bagi merancakkan semula ekonomi masyarakat di kawasan berkenaan. -Foto Sinar Harian
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Kerajaan komited ke arah pembukaan semula sempadan Wang Kelian - Saifuddin Kerajaan komited ke arah pembukaan semula sempadan Wang Kelian - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715696947_TBNASUTION.jpg)
Kerajaan komited ke arah pembukaan semula sempadan Wang Kelian - Saifuddin
Kerajaan komited dalam usaha membuka semula Zon Aliran Bebas di pintu sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian yang dimansuhkan sejak 2015.
![Kerajaan Perlis harap Zon Aliran Bebas di Wang Kelian dibuka semula Kerajaan Perlis harap Zon Aliran Bebas di Wang Kelian dibuka semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652137674_KerajaanPerlis.jpg)
Kerajaan Perlis harap Zon Aliran Bebas di Wang Kelian dibuka semula
Langkah itu adalah bagi membolehkan rakyat tempatan mendapat faedah sewajarnya di samping menghidupkan kembali kawasan itu yang semakin suram.
![Lanjut tempoh operasi ICQS Padang Besar rancakkan aktiviti ekonomi - Exco Perlis Lanjut tempoh operasi ICQS Padang Besar rancakkan aktiviti ekonomi - Exco Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61571493938_ExcoPerlis.jpg)
Lanjut tempoh operasi ICQS Padang Besar rancakkan aktiviti ekonomi - Exco Perlis
Oleh kerana kedua-dua negara mempunyai sempadan bersama, kesalinghubungan yang kukuh akan meningkatkan usaha ke arah perindustrian dan mempercepatkan proses pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara.
![Projek ICQ Padang Besar terlewat 25 peratus daripada jadual Projek ICQ Padang Besar terlewat 25 peratus daripada jadual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41539448670_PadangBesarICQ.jpg)
Projek ICQ Padang Besar terlewat 25 peratus daripada jadual
Kerajaan tidak mahu kelewatan kerja-kerja itu menyebabkan keselamatan di pintu sempadan terjejas dan mudah dibolosi.
![Buka semula ZAB, JPAM dan Rela sedia bantu kawal keselamatan - Shahidan Buka semula ZAB, JPAM dan Rela sedia bantu kawal keselamatan - Shahidan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81454147522_ZonAliranBebas.jpg)
Buka semula ZAB, JPAM dan Rela sedia bantu kawal keselamatan - Shahidan
Penarikan balik ZAB telah menjejaskan perniagaan dan pelancongan di situ menyebabkan pekan kecil itu yang biasanya menerima hampir 10,000 pengunjung pada setiap hujung minggu kini suram.