PADANG BESAR: Kerajaan komited dalam usaha membuka semula Zon Aliran Bebas di pintu sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian dekat sini yang dimansuhkan sejak 2015.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun berkata pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi berhubung isu keselamatan dan akan memperketat prosedur berbanding sebelum ini.
"Kalau dulu ketika laluan ini dibuka, orang ramai hanya perlu tunjuk kad pengenalan dan tiada dokumentasi yang lengkap. Semua itu kita akan perketat untuk pastikan semua elemen keselamatan tidak akan dikompromi.
"Saya juga telah berbincang dengan Menteri Besar Perlis (Mohd Shukri Ramli) mengenai perkara ini dan telah sembah maklum kepada Tuanku (Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail) berkenaan cadangan pembukaan semula laluan ini dan Tuanku beri sokongan kuat serta bertitah agar KDN (Kementerian Dalam Negeri) dan kerajaan negeri dapat duduk serta selaraskan dan pemudahcarakan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melakukan lawatan kerja ke pos pintu masuk Wang Kelian hari ini.
Saifuddin Nasution berkata pelaksanaan semula Zon Aliran Bebas itu adalah antara komitmen Kerajaan Persekutuan ketika meluluskan peruntukan RM14 juta bagi projek Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Wang Kelian seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
"Kompleks baharu ini akan menempatkan semua agensi di bawah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) yang beroperasi bermula 1 Mei lepas.
"Komponen lain yang kita rencanakan termasuklah laluan empat lorong bagi inbound dan outbound berbanding satu ketika ini," katanya.
Beliau juga berkata KDN akan sentiasa memantau keberadaan pelancong asing dari China dan India yang memasuki negara ini di bawah Pelan Liberalisasi Visa (PLV) menerusi data biometrik yang diambil ketika pelancong kedua-dua negara itu tiba di Malaysia.
Katanya justifikasi pengenalan PLV adalah untuk merancakkan semula ekonomi negara dalam sektor pelancongan dengan kehadiran pelancong dari China dan India.
Saifuddin Nasution berkata walaupun PLV yang dilaksana adalah untuk memudahkan pelancong negara terbabit, kerajaan tidak akan berkompromi terutama dalam soal keselamatan negara.
Beliau berkata melalui PLV, pelancong China dan India yang memasuki Malaysia ini tidak memerlukan visa dan boleh berada di negara ini selama 30 hari.
"Jika didapati selepas 30 hari mereka masih terus tinggal di negara ini, kita mempunyai rekod dan kita boleh meneliti keberadaan mereka secara terperinci kerana apabila mereka tiba ke negara ini, mereka perlu mengisi Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC).
"Apabila mereka tidak keluar juga dari negara ini maka kita boleh kesan mereka menerusi biometrik," katanya.
Pada tahun lepas, kerajaan mengumumkan pengecualian visa selama 30 hari kepada pelancong dari kedua-dua negara dari 1 Dis 2023 hingga 31 Dis 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi penerangan ketika sidang media mengadakan lawatan kerja di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian hari ini. - Foto BERNAMA
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Kerajaan komited ke arah pembukaan semula sempadan Wang Kelian - Saifuddin
Kerajaan komited dalam usaha membuka semula Zon Aliran Bebas di pintu sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian yang dimansuhkan sejak 2015.

Lebih sejuta rakyat Malaysia kunjungi Thailand antara Jan hingga Okt
Rakyat Malaysia mendahului angka ketibaan pelancong ke negara itu untuk tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

Pulau Langkawi catat kunjungan 200,000 pelancong sebulan - LADA
LADA berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran 2.5 juta kemasukan pelancong ke Langkawi menjelang akhir tahun ini.

MPN yakin proses pemulihan ekonomi akan kembali rancak
Majlis Pemulihan Negara (MPN) yakin proses pemulihan ekonomi negara akan kembali rancak dalam tempoh beberapa bulan akan datang susulan pembukaan semula sempadan negara pada 1 April.

Johor, Persekutuan kerjasama pastikan pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura lancar
Kerajaan Johor dan Kerajaan Persekutuan terus bekerjasama bagi memastikan persediaan pembukaan semula sempadan negara melibatkan sempadan darat Malaysia dan Singapura pada Jumaat ini, berjalan lancar.

IHH Healthcare jangka terus kembali kepada perniagaan teras bukan COVID-19 tahun ini
Pembukaan semula sempadan serta kadar vaksinasi yang tinggi memberi kesan kepada perkhidmatan berkaitan COVID-19.

MyCEB anjur 81 acara perniagaan, sumbang RM834 juta kepada ekonomi 2022
Pembukaan semula sempadan membolehkan aktiviti ekonomi dalam segmen perniagaan, pelaburan, persidangan serta pameran diperkasakan semula.

Sektor penjagaan kesihatan dijangka pulih dengan kukuh - HLIB
Ini membolehkan firma itu mengulangi pandangan 'overweight' terhadap sektor tersebut.

Media digesa terus sokong industri pelancongan perubatan negara - Khairy
Media memainkan peranan penting dalam mempamerkan keteguhan dan dedikasi petugas barisan hadapan semasa waktu sukar.

Johor akan menumpukan isu tangani kemiskinan, mobiliti sosial - Hasni
Kerajaan negeri Johor menyasarkan untuk memberi tumpuan terhadap usahanya menangani isu kemiskinan dan mobiliti sosial akibat pandemik COVID-19.