Projek menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar yang dijadual siap Jun ini, kini terlewat 25 peratus daripada jadual, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman.
Beliau berkata kerajaan tidak mahu kelewatan kerja-kerja itu menyebabkan keselamatan di pintu sempadan terjejas dan mudah dibolosi.
"Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) yang melaksanakan projek itu telah mengarahkan kontraktor melipat gandakan pembinaan supaya siap mengikut jadual. Sehingga kini cuma 55 peratus projek itu telah disiapkan.
"Kontraktor juga telah diberi amaran dan saya berharap projek yang menelan kos RM13 juta ini dapat disiapkan mengikut jadual pada Jun tahun hadapan," katanya kepada Bernama semasa ditemui selepas meninjau kemajuan pembinaan kompleks itu pada Sabtu.
Setiausaha Bahagian Kanan (Pembangunan dan Perolehan) KDN Datuk Che Murad Sayang Ramjan mengiringi Mohd Azis melakukan tinjauan itu.
Projek itu membabitkan pembinaan sebuah bangunan baharu dua tingkat, menaiktaraf bangunan sedia ada dan menambah dua lorong masuk dari Malaysia ke Thailand menjadikan empat lorong manakala lorong keluar dari Thailand ke Malaysia ditambah satu lorong menjadi tiga lorong.
Mengenai Zon Aliran Bebas di Wang Kelian yang ditutup pada 2015, beliau berkata KDN telah menerima permohonan Kerajaan Negeri supaya kemudahan itu diadakan semula dan perkara itu masih dalam pertimbangan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 13 2018

Jabatan Imigresen Malaysia mengawal keadaan di pintu sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ), Padang Besar. --fotoBERNAMA / Fail
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Tahun Baharu Cina: Singapura jangka trafik sesak di pusat pemeriksaan darat
Terdapat jangkaan kelewatan, selain mengambil kira masa tambahan untuk pelepasan imigresen dari 24 Januari hingga 2 Februari.

Lori kontena halang lalu lintas di Padang Besar, penduduk bimbang
Tinjauan mendapati hampir 100 lori kontena menunggu giliran bermula jam 3 petang setiap hari sebelum dibenarkan memasuki Thailand.

Projek ICQ Padang Besar terlewat 25 peratus daripada jadual
Kerajaan tidak mahu kelewatan kerja-kerja itu menyebabkan keselamatan di pintu sempadan terjejas dan mudah dibolosi.